Monday, 4 March 2019

Winter Trip From Paris to London - Europe Day 8

Salam semua , jumpa lagi disiaran ini .

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di ibukota Paris iaitu kota yg digambarkan sebagai kota cinta  .  Walaupun keadaan setengah tempat agak kotar , berbau hancing serta tandas awamnya amat minimum tetapi kota raya ini tidak menghampakan kerana  ianya dipenuhi dengan pelbagai corak bangunan lama dan penuh epic terutamanya Eifel Tower . Kira kira pukul 1:00 tengah hari nanti kami akan bertolak ke London menaiki Eurostar . Sebelum checkout dari hotel , pagi pagi lagi kami dah keluar berjalan jalan meninjau disekeliling hotel . Hari masih pagi dan sejuk , jadi tidak ramai orang berkeliaran dikawasan itu . Walaubagaimanapun sudah ada kedai yang dah mula perniagaan mereka terutama kedai yg menyediakan sarapan . Seperti yg disebut sebelum ini kawasan ini terdapat banyak kedai halal , kami sempat singgah dikedai burger dan kebab untuk membeli beberapa biji sebagai bekalan perjalanan kami ke London nanti .

Oh , ya ! lupa nak ucapkan terima kasih kepada reception hotel atas kebaikan mereka membenarkan kami check out selepas pukul 11 pagi ...sebabnya disini checkout time pukul 11:00 pagi .. Thank you very much sir !

Selepas selesai membeli apa yg patut , kami pulang ke hotel dan checkout dalam pukul 12:00 tengah hari  . Station Gare Du Nord tidak jauh cuma berjalan beberapa langkah sahaja menyeberangi jalan dihadapan pintu masuk hotel sahaja . Jadi pergerakkan perjalanan kami agak santai  sambil menarik bag yg beroda menuju ke gate utama station tersebut dan kemudian terus menghala imigresen untuk menaiki Eurostar ke London .




wazaruha


wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha


Station Gare De Nord agak luas dan dipenuhi dengan berbagai ragam manusia . Hari ini adalah 24hb Disember dan esok adalah 25hb dan merupakan hari Krismas , jadi terdapat ramai lautan manusia disini , masing masing ingin balik kampung dan meraikan Krismas bersama keluarga dan tidak kurang juga kumpulan yg pergi bercuti seperti kami ... ha ha ha

Peringatan disini , kita kena sentiasa 'alert " ... masih terdapat perempuan "gypsy" meminta sedekah serta banyak mata mencurigakan memerhati disekeliling kita . Saya sentiasa memupuk minda anak anak supaya aktif dan berwaspada untuk menghadapi sebarang keadaan  . Sampai distesen ini kami terus bergerak kearah imigresen diaras satu . Disana kelihatan manusia beratur panjang . Sambil beratur , kami ambil peluang mengemaskan 3 beg kami kembali agar beratnya seragam ... senang untuk dibawa .. kerana 1 beg , tali pemegangnya dah putus  !





wazaruha


wazaruha


Setibanya kami dimigresen , ada pegawai kaunter  bertanya khabar serta soalan , berapa lama kami akan bercuti di London . Mereka agak ramah . Alhamdulilah , kami lepas dengan senang . Tetapi terdapat juga dikalangan penumpang yang dicheck semua sehingga disuruh beg serta pakaian  dibuka  ....  Pendek cerita pengawai ini ramah tetapi tegas menjalankan tugas jika mereka suspect sesuatu !

Seterusnya kami terus kebalai berlepas sebelum menaiki Eurostar diterminal yg telah ditentukan . Disini perasaan terasa  agak  selamat . Kami berehat sambil minum serta update apa yg patut dilaman sosial masing masing . Suasana persekitarannya disini juga agak tenang dan selesa .



wazaruha

wazaruha

wazaruha


wazaruha


Bila waktu bertolak tiba , kami terus beratur serta menuju keterminal " departure " dan menaiki train Eurostar kami . Keadaan didalam train agak selesa . Seorang anak saya duduk bersama penumpang sekeluarga dari Paris untuk bercuti di London untuk meraikan Krismis . Kami sempat berkenalan ..... nice to know you , madam !




wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha


Perjalanan ke London , St Pancras International memakan masa lebih kurang 3 jam . Sepanjang perjalanan , kelihatan disetengah area , ianya dipenuhi salji , pokok pokok yg gersang tanpa daun  tetapi peliknya rumputnya masih  menghijau  ...  Subhanallah , besarnya kuasa Allah SWT !  Selain menikmati pemandangan , diantara aktiviti aktiviti kami yg lain adalah  melayan movie , lunch ( burger serta kebab yg dibeli tadi ) dan juga  tidur tidur ayam ....  ha ha ha

Sesampai kami di St Pancras International , railway station ,  terlebih dahulu saya  message driver bagi mengetahui dipintu mana kami akan bertemu . Selepas itu kami membeli apa yg patut dan membersih diri ditoilet . Saya juga membeli oxyster card untuk digunakan jika menaiki kenderaan awam seperti train , subway dan bus selama kami berada di London . Sebenarnya kedudukan station St Pancras International ini amat dekat dengan station King's Cross Station , they are side by side and only separated by a pedestrian area and a road .


wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha


Setelah membeli oxyster card dan membersih diri masing masing , kami terus keluar menuju kearah pintu keluar yang telah dijanjikan dimana terdapat kereta berserta pemandu yg telah kami tempah sejak di Malaysia sedia menunggu . Pemandu merupakan student  dari Malaysia yg menyambung pelajaran peringkat PhD ( Seorang pensyarah dari UMP ) . Seorang yg happy go lucky . Beliau ada rekomen beberapa tempat makan yg halal serta sedap dikawasan hotel kami iaitu kawasan Bayswater ! Untuk pengetahuan kereta yg saya tempah adalah Toyota Estima .


wazaruha

wazaruha
Bersama pemandu  yg kacak ( pelajar Malaysia )


Setelah perjalanan lebih kurang 14 minit , kami pun tiba  dihotel yg saya booking iaitu  Grand Plaza Serviced Apartments yang terletak di Bayswater  . Hotel yg "viral" dan hangat diperkatakan serta dikaitkan dengan Felda  . Saya tempah bilik " family apartment " . Bilik yang mempunyai satu bilik tidur , 2 sofa bed , satu  ruang tamu  dan kitchen  . Ianya amat sesuai untuk 6 orang .... tapi sayangnya tiada washing machine . Kadarnya lebih kurang RM1K semalam .

Selesai check in hotel, kami terus masuk ke bilik  diikuti bersolat jamak . Disebabkan keletihan disamping  suhu yg dingin , ada diantara kami tertidur  sementara saya dan isteri pula tidak buang masa terus buat persediaan untuk makan malam nanti  .


wazaruha

wazaruha

wazaruha


wazaruha



Jam dah menunjukkan pukul hampir 4:30 petang . Hari dah semakin gelap . Saya terus gerakkan anak anak untuk mandi dan ready untuk dinner . Selepas dinner ,  kami buat keputusan untuk meninjau kawasan Bayswater dan membeli bahan bekalan dapur seperti air , buah , sayuran , telur , beras dan juga daging halal .

Untuk pengetahuaan terdapat banyak kedai menjual barangan halal dan restaurant menjual makanan halal disepanjang jalan di Bayswater ini .

wazaruha
Dikawasan Bayswater  dimana terdapat banyak deretan kedai menawarkan makanan halal .


wazaruha
Resit pembelian kami di Tesco  sebagai kenangan . VAT 20% good for the country income !


wazaruha
Back to the hotel 

Selesai membelibelah kami pun berjalan kembali kehotel . Esok hari Krismas , kami dah siap menempah transport dan driver berserta itenari yg menarik untuk lawatan kami seterusnya diluar kotaraya  London .... Tunggu !




>>>>    See U




Sunday, 3 February 2019

Winter Trip - Paris - Europe Day 7



Salam semua . Sambung balik cerita  percutian kami di Eropah baru baru ini . Hari ini merupakan hari ke 2 di Paris dan hari ke 7 dibumi Eropah .

Kami keluar dari hotel selepas breakfast makanan yg dibawa dari Malaysia .

Kami terus berjalan menuju ke bus station Big Bus yang terletak tidak jauh dari hotel dimana lokasinya betul betul didepan Station keretapi Gare De Nord . Sebab utama mengapa kami memilih hotel ini sebagai pilihan utama kami adalah ianya  sangat dekat  dgn Big Bus station , hampir station keretapi Eurostaruntuk ke London  dan terdapat banyak pilihan makanan halal dikawasan ini .

Agenda utama hari ini :
1. Menaiki Big Bus ( HOP ON HOP OFF ) untuk melawat tempat tempat menarik di Paris . Disebabkan esok kami akan bertolak ke London , jadi pilihan menaiki bus ini amat berbaloi , jimat masa serta dapat menjelajahi hampir kesemua tempat menarik di Paris ini terutamanya Tugu besi Eifel Tower .
2. Shopping di Galaries Lafayette ...  syurga beli belah untuk si isteri . Dapat juga si isteri dan anak gadis membeli beberapa biji tas beg mewah disini . Saya cuma mengigit jari ... ha ha ha . Satu pesanan , jika selesai membeli jangan lupa ambil resit dan terus ke kaunter tax refund untuk mengisi borang VAT refund . Borang ini perlu diserahkan di airport yang terakhir untuk berangkat pulang ke tanahair , contohnya kami ,,, borang diserah di Heathrow Airport . Cara pemulangan wang adalah cara cash atau debit dalam credit card ... bebas ikut selera pilihan anda !



wazaruha
Dalam Big Bus sambil mendengar ulasan mengenai tempat tourist melalui ear piece

wazaruha
Anak anak ditingkat atas . Walaupun sejuk tetapi teruja

wazaruha
Melalui famous shopping area De Champs

wazaruha
Tugu yang selalu menjadi trade mark di Paris


wazaruha
Recomend turun disini untuk mendapat angle gambar  Eifel Tower yg menarik

wazaruha
Bergambar dikota cinta Paris

wazaruha


wazaruha

wazaruha
masing masing ceria dihadapan tugu besi ini

wazaruha
Eifel Tower dari dekat

wazaruha
Coffee break & lunch  ...  terbaik jika mahu guna restroom/ toilet

wazaruha
Galaries Lafayette

wazaruha
window shopping and gadgets for the boys

wazaruha

wazaruha
Good experienced ...  walking in the crowd in Paris

wazaruha




wazaruha

wazaruha
Berjalan menuju ke muzium

wazaruha
Pyramid muzium


wazaruha

wazaruha
Dinner disini . 

wazaruha
Harga makanan berpatutan disini

wazaruha
View dihadapan hotel kami , Gare Du Nord

Kesimpulan kami di Paris :
1. Kalau kita sakit perut , agak susah mencari restroom di sini . Option utama , pergi ke Cafe or kedai makan untuk mengguna restroom mereka tapi sebelum tu orderlah apa yang patut ... ha ha ha. Kalau terjumpa yang free ... teramatlah kotor , janganlah MASUK !
2. Shopping barangan bag wanita amat berbaloi disini , harga amat best disini means more cheaper compared to Malaysia .
3. Terdapat banyak scammer , beggars & pick pocket disekeliling . Be extra careful & alert . Alhamdulillah tiada kejadian tak elok bagi kami selama di Paris .
4. Ambil HOHO bas jika anda ingin jimat masa dan menjelajah Paris dengan maksimum dalam masa satu hari .
5. Pilihan tinggal dikawasan Gare Du Nord apabila tinggal di Paris terutama untuk muslim . Terdapat banyak halal foods disini ..
6. Suhu disini dalam  antara 2 - 8 Degree Celcius
7. Untuk mendapat photoshot menarik berlatarbelakangkan Eiffel Tower better turun dikawasan Trocadero ...
8. Kalau nak beli cenderahati , boleh juga beli dgn mat mat hitam dikawasan Trocadero ini . Boleh tawar menawar dan harganya amat menarik ...  proses pembelian pastikan cepat sebelum mereka dikejar pehak berkuasa !


Esok kami akan bertolak ke London   >>>>  jumpa lagi !



>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday, 15 January 2019

Kacang Pool Haji di Johor Bharu


Salam semua . Selamat menyambut tahun baru 2019 !

Hari ini saya nak share review sedikit pasal percutian selama 3D2N di JB baru baru ini especially berkaitan hotel dan makanan .  Percutian ini adalah cuti "sambil menyelam minum air "  iaitu bersantai sambil menziarah anakanda yg belajar disana .

Kali ini kami tinggal di De Sweet Boutique Hotel . Hotel ini masih baru dan deco didalamnya agak menarik . Ianya terletak bertentangan dgn Aeon pasaraya . Disini kami menempah family room . Biliknya agak basic dan sesuai dengan harganya . Kekurangnya , ianya agak jauh dari tempat makan . Tetapi jika kita berkereta ianya tidak menjadi hal .



wazaruha



wazaruha


wazaruha


Sebenarnya kami dah selalu sangat bercuti di JB , jadi banyak tempat tempat yg menarik disini yg telah kami jelajahi . Terdapat banyak Permainan Tema disini contohnya  Legoland , Hello Kitty dan lain lain lagi ....   agak sesuai untuk percutian family khasnya untuk kanak kanak . Selain daripada itu JB merupakan pusat belibelah yg menarik tumpuan dewasa serta warga Singapura seperti Aeon Tebrau , IKEA , JPO dan  Paradigm Mall

JB juga terkenal dengan pilihan berbagai juadah dengan  harga dari yg agak murah berbanding dari harga makanan dibandar minyak dipantai timur yang saya tinggal sekarang .. Antara yg makanan yang terkenal disini adalah kacang pool . Kacang pool merupakan salah satu dari wishlist menu makanan kami  di JB . Jadi pada trip kali ini , kami tidak melepaskan peluang ke kedai Kacang Pool Haji . Sebenarnya kedai ini mempunyai banyak cawangan , yg kami cuba adalah kedai yg berhampiran balai bomba JB . Senang ajer nak pergi , tekan  saja Waze   .....

Dibawah adalah menu makanan yg terdapat dikedai tersebut . Kedainya memang menarik serta bersih . Malam itu terdapat juga beberapa orang pelanggan lain . Kelihatan  seperti  tourist sama macam kami . Kami order beberapa set kacang pool daging dan kambing . Cara memakannya adalah cicah bersama dengan roti . Rasanya amat best dan memenuhi citarasa kami . Resepinya anda boleh tanya Pak cik Google ....

Cubalah bila anda ke JB ! Pasti anda akan menyukainya ....   hmmm     BEST !!





wazaruha


wazaruha


wazaruha


wazaruha





wazaruha




$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$