Salam semua .
Sekarang dah masuk cuti persekolahan penggal ketiga . Ianya merupakan cuti yang panjang di Malaysia . Dimanakah tempat percutian anda ? Selain daripada domestic holiday , kebanyakkan rakyat Malaysia suka bercuti diluar negara dan juga mengerjakan umrah .
Bagi kami sekeluarga , pilihan kami kali ini adalah bercuti di Medan , Indonesia . Ianya merupakan negeri percutian kami yg ke 4 di Indonesia , selain daripada Jakarta , Bandung dan Bali yang pernah kami lawati . Difahamkan , Medan merupakan negeri yang keempat yang terbesar di Indonesia dibelakangi Jakarta , Surabaya dan Bandung . Ianya terletak di kepulauan Sumatera . Penerbangan kesana cuma mengambil masa hanya 45 min dari KLIA2 .
Sebelum ini kami ke Indonesia secara menyewa mobil beserta supir sahaja , tetapi kali ini kami ingin mencuba "ground full board" pakej . Iaitu pakej meliputi supir, mobil , meals serta accomodation . Sesuai dengan tema cuti kami kali ini bersantai serta "stress free holiday" , semuanya di arrange oleh travel agent ! Untuk pengetahuan kami pernah mengguna perkhidmatan POTO travel agent untuk percutian dinegara China ( Beijing dan Shanghai ) tempuh hari , semuanya "Full board " termasuk flight dan ianya amat memuaskan dan kami bagi 5 bintang dari 5 skor ! Boleh hubungi mereka jika anda ingin kesana .
Bagaimana kami memilih travel agent ?
Step pertama , kami goggle dan baca blog dari teman teman blogger mengenai pengalaman mereka bercuti menggunakan travel agent yang direkomen . Listkan paling kurang 3 travel agent yang telah dikenal pasti .
Step kedua , kami hubungi travel agent tersebut untuk mendapatkan sebutharga berserta itenari and negotiation for their best price .
Step ketiga , kami memilih travel agent yang memberi respond yang paling cepat dan harga terbaik . Kata orang " the fastest & the best man will win "! . Tapi yg penting perlu kita ingat , rezeki dan jodoh pertemuan tu telah ditentukan oleh Allah SWT . Hasilnya kami telah memilih .......... ( Insyaallah akan diumumkan diposting yang akan datang )
Perkara lain yang paling utama perlu disediakan sebelum pergi bercuti adalah passport yg masih valid , tiket flight , travel insuran serta pertukaran wang kepada rupiah . Pertukaran duit sekarang adalah 1,000,000 rupiah = 286 myr . Antara lain yang perlu diaktifkan ialah kad credit , debit atau roaming jika perlu .
Insyaallah nanti saya akan update percutian kami di Medan berserta pengalaman kami menggunakan travel agent yang telah kami tempah untuk 4D3N package . Paling utama hasil perkongsian kami nanti boleh menjadikan panduan serta rujukan buat teman teman serta pembaca blog ini sekelian . Doakan segala urusan kami dipermudahkan , Aamiin .
Antara gambar di Medan yang ingin dikongsikan . Terima kasih Pak Yudi atas foto yg diberi .
>>>>>>>>>>>>>>>> SELAMAT BERCUTI SEMUA !!
Wednesday, 12 December 2018
Sunday, 2 December 2018
Winter Trip : Switzerland / Paris : Europe Day 6
Hai ... Ketemu lagi !
Hari ini merupakan hari terakhir di Switzerland . Perancangan kami pada pagi ini ,
1. Berjalan mengelilingi bandar Lauterbrunnen dalm pukul 7.
2. Check out dari hotel dalam pukul 9 .
3. Seterusnya menaiki train ke Geneva Cornavin Station . ( 3hr 21min )
4. Di Geneva , kami akan melawat sekitar bandar , lunch dan solat Jamak di Geneva masjid .
5. Seterusnya menaiki train untuk terus ke Paris ( France ) .. TGV ( 4hr 10min )
Kesimpulan aktiviti kami pada hari ini .
1. Meninjau persekitaran Lauterbrunnen sebelum berlepas ke Geneva :
Berat perasaan hati kami ingin meninggalkan Lauterbrunnen . Pekan kecil yang sangat indah dan menakjubkan . Sesungguhnya ciptaan Allah tiada tolak bandingan nya . Ada rezeki , insyaallah kami akan kembali lagi . Tidak dinafikan , tempat yang amat sesuai untuk didiami apabila melancong di Switzerland , berhampiran dgn station keretapi terutamanya untuk ke Jungfraujoch .
2. Perjalanan ke Geneva :
3. Sampai di Geneva train station :
a. ARRIVED GENEVA CORNAVIN STATION . SOLAT JAMAK at Geneva ISLAMIC Cente ,Rue des Eaux-Vives 104, 1207 Genève, Switzerland.
b. Visit Geneva water fauntain JET DE'EAU
Geneva merupakan salah satu bandar yang besar diSwitzerland . Disini letaknya pejabat PBB .
Terdapat bangunan bangunan yg lama dan menarik disini . Juga terdapat beberapa Islamic center .
Kami mengambil peluang solat disalah satunya . Agak senang untuk mencari halal foods disekitar
bandar Geneva , hanya beberapa langkah kaki keluar dari station keretapi .
Kami menghabiskan masa disini lebih kurang sejam menikmati keadaan kesibukkan bandar .
4. Menaiki train untuk ke Paris ( France ) - perjalanan 4hr 10min :
5. Sampai di Paris Gare De Lyon train station :
Kami tiba di Paris Gare De Lyon station lebih kurang pukul 7 malam . Station ini agak sesak dipenuhi oleh warga Eropah serta tourist yg ingin menuju kedestinasi masing masing terutama bagi mereka yg ingin pulang kekampung halaman sempena Krismas . Tiba tiba kami rasa keadaan sekeliling tidak berapa selamat . Kelihatan ada beberapa mata yg memerhati serta kelihatan beberapa tourist dihampiri oleh seseorang .
Kami dah dimaklumkan awal oleh blogger blogger supaya lebih berhati hati di Paris , terdapat banyak scammer dan pick pocket .
Alhamdulillah tiada ujian besar bagi kami . Setiba kami diarrival hall , terdapat tulisan nama saya dipegang oleh jejaka kacak Paris ! Kami terus menuju kearahnya , rupa rupanya beliau adalah driver yang ditugaskan oleh Holiday Taxis untukjemput kami ke hotel . Untuk pengetahuan saya dah booking Holiday Taxis ini sejak awal di Malaysia . Rupa rupanya driver ini adalah seorang muslim dan asalnya dari Timur Tengah . Beliau sempat menasihati kami "Do's and Don't's " di Paris .... Maaf tiada gambo beliau untuk dikongsikan !
Kami tiba dihotel selepas hampir 15 min perjalanan . Sebenarnya tak berapa jauh , cuma ianya makan masa disebabkan traffic . Hotel yg saya booking adalah hotel Richmond . Ianya betul betul terletak dihadapan station Gare Du Nord , station untuk keretapi laju Eurostar dari Paris ke London ( vice versa ) .
Disekitar hotel Richmond , terdapat banyak lagi hotel hotel yg lain . Kedudukannya agak strategik , selain didepan Gare Du Nord untuk ke London , ia juga berhampiran station bus "Hop in Hop off " serta kedai kedai makanan halal . Keburukkan pula terdapat banyak bar bar serta "homeless people" dan peminta sedekah . Tetapi jika kita tidak kacau mereka , mereka tidak ada kacau kita . Cuma pastikan diri kita serta pemikiran kita lebih alert disini .
Rumusan kami pula pasal hotel , kalau ada rezeki , Insyaallah next trip kami akan pilih hotel yg lain . Bilik hotel Richmond ini terlalu sempit dan bilik air kecik , serta terdapat banyak kerosakkan . Ataupun jika hotel yg sama , pilih pilihan bilik lain seperti bilik double or triple , memandangkan ada "hotel guest review" , mengatakan bilik tersebut baik . Forget about room for 6 pax , sangat kecil terutama bila bercampur dengan bag , nak bergerak dan solat agak tak selesa serta rasa terhimpit .
>>>>> Ok .. have to pen off now , till we meet again in next new post !

| Boleh membeli cenderahati disini |
| laluan yg selalu kami guna dari hotel ke train station |
| Kebanyakkan rumah disini diperbuat dari kayu |
| Selamat tinggal Lauterbrunnen . Insyaallah , ada rezeki kami kembali lagi |
| Awal perjalanan , masih kelihatan banyak salji |
| Menghampiri Geneva , pemandangan bertukar dgn kehijauan |
a. ARRIVED GENEVA CORNAVIN STATION . SOLAT JAMAK at Geneva ISLAMIC Cente ,Rue des Eaux-Vives 104, 1207 Genève, Switzerland.
b. Visit Geneva water fauntain JET DE'EAU
Geneva merupakan salah satu bandar yang besar diSwitzerland . Disini letaknya pejabat PBB .
Terdapat bangunan bangunan yg lama dan menarik disini . Juga terdapat beberapa Islamic center .
Kami mengambil peluang solat disalah satunya . Agak senang untuk mencari halal foods disekitar
bandar Geneva , hanya beberapa langkah kaki keluar dari station keretapi .
Kami menghabiskan masa disini lebih kurang sejam menikmati keadaan kesibukkan bandar .
| Alhamdulillah tiba di Geneva Cornavin Station . Distation yg sama akan ke Paris |
| Melawat bandar Geneva |
| Menuju ke masjid melalui cruise boat ... boleh juga melalui kereta / bus |
| Solat Jumaat serta Jamak |
| Bersama saudara Muslim diluar masjid . Mereka agak friendly |
| Alhamdulillah selesai menunaikan kewajiban |
| The famous JET D'EAU ... dibelakang ! |
| Salah satu hotel pilihan pemimpin dunia |
| Bersama mencipta sejarah didepan JET D'EAU |
| Lain lain mercu tanda di Geneva |
| Geneva city |
| Halal foods . List harga dalam Swiss Franc |
| menunggu take-away dinner |
4. Menaiki train untuk ke Paris ( France ) - perjalanan 4hr 10min :
| continue trip to Paris @ EuroRail |
| masing masing kelaparan |
| Sepanjang perjalanan ... leisure time , sharing fb , insta .... dinner kebab dan tidur |
5. Sampai di Paris Gare De Lyon train station :
Kami tiba di Paris Gare De Lyon station lebih kurang pukul 7 malam . Station ini agak sesak dipenuhi oleh warga Eropah serta tourist yg ingin menuju kedestinasi masing masing terutama bagi mereka yg ingin pulang kekampung halaman sempena Krismas . Tiba tiba kami rasa keadaan sekeliling tidak berapa selamat . Kelihatan ada beberapa mata yg memerhati serta kelihatan beberapa tourist dihampiri oleh seseorang .
Kami dah dimaklumkan awal oleh blogger blogger supaya lebih berhati hati di Paris , terdapat banyak scammer dan pick pocket .
Alhamdulillah tiada ujian besar bagi kami . Setiba kami diarrival hall , terdapat tulisan nama saya dipegang oleh jejaka kacak Paris ! Kami terus menuju kearahnya , rupa rupanya beliau adalah driver yang ditugaskan oleh Holiday Taxis untukjemput kami ke hotel . Untuk pengetahuan saya dah booking Holiday Taxis ini sejak awal di Malaysia . Rupa rupanya driver ini adalah seorang muslim dan asalnya dari Timur Tengah . Beliau sempat menasihati kami "Do's and Don't's " di Paris .... Maaf tiada gambo beliau untuk dikongsikan !
Kami tiba dihotel selepas hampir 15 min perjalanan . Sebenarnya tak berapa jauh , cuma ianya makan masa disebabkan traffic . Hotel yg saya booking adalah hotel Richmond . Ianya betul betul terletak dihadapan station Gare Du Nord , station untuk keretapi laju Eurostar dari Paris ke London ( vice versa ) .
| Welcome to Paris @ Gare De Lyon . Tak sempat ambik banyak foto , keadaan terlampau sesak ! |
| Membeli air minuman sebelum check in hotel |
| Our hotel in Paris near Gare Du Nord ( Hotel Richmond ) |
| Di Lobi hotel menunggu giliran lift ... sangat kecil |
| Bilik kami ... 1 Queen and 4 single bedroom untuk 6 pax |
Disekitar hotel Richmond , terdapat banyak lagi hotel hotel yg lain . Kedudukannya agak strategik , selain didepan Gare Du Nord untuk ke London , ia juga berhampiran station bus "Hop in Hop off " serta kedai kedai makanan halal . Keburukkan pula terdapat banyak bar bar serta "homeless people" dan peminta sedekah . Tetapi jika kita tidak kacau mereka , mereka tidak ada kacau kita . Cuma pastikan diri kita serta pemikiran kita lebih alert disini .
Rumusan kami pula pasal hotel , kalau ada rezeki , Insyaallah next trip kami akan pilih hotel yg lain . Bilik hotel Richmond ini terlalu sempit dan bilik air kecik , serta terdapat banyak kerosakkan . Ataupun jika hotel yg sama , pilih pilihan bilik lain seperti bilik double or triple , memandangkan ada "hotel guest review" , mengatakan bilik tersebut baik . Forget about room for 6 pax , sangat kecil terutama bila bercampur dengan bag , nak bergerak dan solat agak tak selesa serta rasa terhimpit .
>>>>> Ok .. have to pen off now , till we meet again in next new post !
Saturday, 10 November 2018
Bercuti di Muar , Johor
Sekarang kami kerap bercuti di Muar , Johor . Ini adalah kerana salah seorang daripada anak kami sedang menuntut di UIAM , Pagoh , jadi apabila ada masa free , kami akan pergi menziarahi beliau . Kata orang sambil menyelam , minum air . Sebenarnya ,terdapat banyak tempat yg menarik serta makanan yang enak di Muar ni .
Memandangkan kami dari timur . Selalunya perjalanan kami adalah melalui Gambang , Bandar Muadzam Shah dan bandar Segamat , seterusnya menempuhi Bukit Kepong dan akhir sekali menuju ke Pagoh serta kebandar Muar . Ada option lain iaitu melalui Kampung Alai , Gunung Ledang serta Bukit Gambir .... Jalan lain adalah melalui highway LPT , Karak dan PLUS tetapi perjalanan makan masa yang amat jauh lebih kurang 6 jam .
Selain daripada makanan yg enak , Muar juga terkenal dgn bandar Diraja Maharani dan merupakan daerah yg terbersih di Asia . Apa yg menarik juga disini terdapat banyak kebun kebun tanaman pokok landscape .
Diantara hotel yg pernah kami bermalam di Muar ialah Hotel Tropicana Boutique , Citizen dan Grace . Terbaik adalah Hotel Tropicana Boutique . Hotel diMuar ini ada juga yg berkonsepkan kabin/kontena serta resort . Yang berkonsepkan kabin , Insyaallah satu hari nanti kami akan cuba . Terbaru kami cuba tinggal di Muo Resort ... a new gems in Muar town . Nampaknya ianya juga salah satu hotel yg menarik yg berkonsepkan kampung .....
| Entrance to the resort |
| Bersantai samnil minum kopi disini |
| our deluxe room |
| Antara pokok landscape yg menarik perhatian |
| Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh |
Resort ini terletak ditengah tengah bandar Muar bukannya terletak bersebelahan dengan Sungai atau Laut , tetapi perasaan kita apabila aje berada dikawasan resort ini kita boleh rasakan seolah olah kita berada ditempat tersebut . Laluan masuk agak kecil tetapi apabila dah diperakangan resort , kita terasa nyaman serta feeling terasa suasana kampung dengan kawasan parking agak luas serta deretan bilik yg menarik . Saya pasti anak anak akan suka .... dimana terdapatnya kandang arnab , meja permainan ping pong serta karaoke . Boleh juga sembang santai dgn minum kopi FOC dihalaman berhampiran check in counter ... hmm mendamaikan .
Disamping hotel yg menarik ini , terdapat berbagai tempat makanan yg menarik di Muar yang kami telah pergi dan rasai . Contohnya :
1.Ikan bakar Sabak Awor ,
2.Asam pedas dekat Balai Bomba ,
3.Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
4.Mee Bandung Udang Galah Muo Ori .
5.Food truck dikawasan station bus Muar . ( Malam sahaja )
6.Food court diseberang jalan depan Hotel Tropicana Boutique . ( Malam sahaja )
7.Warung nasi ayam madu dan aneka Sup . ( Sarapan & berhampiran Muo Resort )
8.Warung Ayam Penyek . ( Berhampiran Muo resort )
9.Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh
Rasanya amat enak serta harga yg berpatutan .
Insyaallah dilain kunjungan kami akan cuba Kopi Muar dan Satay Muar ..
Thursday, 8 November 2018
Wnter Trip : Switzerland : Europe Day 5
Alhamdulillah , dah 5 hari kami kembara di bumi Eropah dan hari ke 2 di negara Switzerland ...
Kami ada 2 agenda pada hari ini , disebelah pagi , lawatan ke Jungfraujoch dan disebelah petang kami akan melawat Murren .
Pagi :
Hari ini merupakan hari yg dinanti nantikan dimana kami akan menjelajah ke Top of Europe , Junfraujoch . Perjalanan kami bermula dengan menaiki train dari station Lauterbrunnen yang berhampiran dengan hotel kami pada pukul 7 pagi . Hari yg masih pagi menyebabkan gerabak train kami agak kosong . Untuk pengetahuaan kami dikenakan sedikit bayaran bagi tambang train ini untuk kesana selepas discount dlm CHF88 . Tiket ini dibeli semasa didalam train . Sepanjang perjalanan , bumi dipenuhi oleh salji yang tebal serta pemandangan yang indah walaupun suasana kelam umpama melihat 2 warna , hitam dan putih .
Berikut adalah aktiviti kami pagi ini :
1. Train : Lauterbrunnen --- Kleine Scheidegg ( 42min ).. change train ... Kleine Scheidegg ..... Jungfaujoch ( 35min ) ( Saya tak cerita lebih mengenai perjalanan kesana kerana banyak yg dah dishare oleh blogger blogger yang pernah datang kesini .. hi hi hi )
2. Lepak di Jungfraujoch selama 3 jam , menikmati pemandangan banjaran Alps , bermain salji serta berfoto foto .
3. Membeli coklat Swiss .. berbaloi , harganya agak murah disini . Tips : sebelum membeli perhatikan ingredients agar tiada bahan yg meragukan .
4. Semasa dipuncak .. saya berasa agak dizzy , mungkin disebabkan tekanan serta paras Oxygen yg berkurangan tetapi kembali normal apabila perjalanan menghala kebawah , Alhamdulillah ...
Tengah hari , kami kembali turun ke hotel kami di Lauterbrunnen . Isteri dan anak anak memasak nasi untuk lunch didapur yg disediakan oleh pehak hotel . Amat enak , makan nasi berlaukkan daging masim , sambal bilis , kari ayam Brahim serta bersayurkan timun sambil melihat salji yg memutih dari dewan makan .... really miss this moments !
Agenda kami sebelah petang :
Lebih kurang pukul 2 ptg , kami bergerak berjalan kaki ke station cable car untuk ke Murren . Sebenarnya dari Murren , kami boleh kepuncak Schilthorn yg dikenali sebagai James Bond Mountain , dimana pengambaran filem James Bond diadakan . Tetapi disebabken kekangan waktu , kami hanya melawati Murren sahaja .
Berikut adalah perjalanan kami :
1. TRAVEL TO MURREN via Lauterbrunnen cable car - Grutschalp train - Murren ( 26min )
2. TRAVEL FROM MURREN via Murren - Grutschalp train - Lauterbrunnen cable car ( 26min )
Di Murren , kami meninjau keadaan sekeliling . Terdapat beberapa buah hotel disini . Keadaan agak sepi disini tetapi pemandangan senja disitu agak memukau . Kelihatan nun sayut dibawah terlihat kelip kelip cahaya datang dari perkambungan disana . Ada beberapa restaurant dibuka untuk pengunjung dan kelihatan warga tempatan menikmati dinner disitu . Kami tidak mencuba , dikhuatari halal status nya . Selepas lebih kurang 1 jam , kami pun bergerak kearah train stain untuk kembali ke Lauterbrunnen .
Kami sampai dihotel dari Murren dalam pukul 8 malam . Hari dah gelap , jadi pemandangan dipenuhi oleh lampu lampu kuning yang indah . Cuaca agak terang pada malam itu disebabkan tiada salji turun . Sampai sahaja dihotel , isteri segera menyiapkan makanan malam . Selepas solat dan makan malam , kami berehat sambil sambil update social media masing masing untuk dikongsikan bersama ahli keluarga lain serta rakan rakan ... di Malaysia .
Selepas itu kami pun tidur bermimpi yg indah indah belaker .. hi hi hi ... ZZZZZZZZ
Valley Hostel adalah pilihan terbaik disini . Really recommended :
1. Dekat dgn station Lauterbrunnen senang untuk ke Jungfraujoch dan Murren .
2. Bilik besar , bersih dan selesa .
3. Ruang memasak dan makan yg luas serta bersih . Mempunyai pemandangan luaran yg indah .
4. Dekat dgn kedai cenderamata serta COOP untuk membeli bahan untuk masakan.
5. Ada pusat laundry dibangunan dihadapan hotel .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kami ada 2 agenda pada hari ini , disebelah pagi , lawatan ke Jungfraujoch dan disebelah petang kami akan melawat Murren .
Pagi :
Hari ini merupakan hari yg dinanti nantikan dimana kami akan menjelajah ke Top of Europe , Junfraujoch . Perjalanan kami bermula dengan menaiki train dari station Lauterbrunnen yang berhampiran dengan hotel kami pada pukul 7 pagi . Hari yg masih pagi menyebabkan gerabak train kami agak kosong . Untuk pengetahuaan kami dikenakan sedikit bayaran bagi tambang train ini untuk kesana selepas discount dlm CHF88 . Tiket ini dibeli semasa didalam train . Sepanjang perjalanan , bumi dipenuhi oleh salji yang tebal serta pemandangan yang indah walaupun suasana kelam umpama melihat 2 warna , hitam dan putih .
Berikut adalah aktiviti kami pagi ini :
1. Train : Lauterbrunnen --- Kleine Scheidegg ( 42min ).. change train ... Kleine Scheidegg ..... Jungfaujoch ( 35min ) ( Saya tak cerita lebih mengenai perjalanan kesana kerana banyak yg dah dishare oleh blogger blogger yang pernah datang kesini .. hi hi hi )
2. Lepak di Jungfraujoch selama 3 jam , menikmati pemandangan banjaran Alps , bermain salji serta berfoto foto .
3. Membeli coklat Swiss .. berbaloi , harganya agak murah disini . Tips : sebelum membeli perhatikan ingredients agar tiada bahan yg meragukan .
4. Semasa dipuncak .. saya berasa agak dizzy , mungkin disebabkan tekanan serta paras Oxygen yg berkurangan tetapi kembali normal apabila perjalanan menghala kebawah , Alhamdulillah ...
| Mula bergerak dari hotel . Photo ini pernah keluar di website " TripAdvisor " |
| Train dari Lauterbrunnen ke Klenie Scheidegg . |
| Stopped at Klenie Scheidegg . Change with another train to Jungfraujoch |
| Train station di Jungfraujoch |
| Dipuncak Alps ... boleh keluar untuk bermain salji |
| Kelihatan banjaran Alps dibelakang |
| Swiss coklat agak murah disini |
Tengah hari , kami kembali turun ke hotel kami di Lauterbrunnen . Isteri dan anak anak memasak nasi untuk lunch didapur yg disediakan oleh pehak hotel . Amat enak , makan nasi berlaukkan daging masim , sambal bilis , kari ayam Brahim serta bersayurkan timun sambil melihat salji yg memutih dari dewan makan .... really miss this moments !
| Pemandangan diluar hotel ... snow everywhere |
| Hotel kitchen and dining hall ... clean and spacious |
Agenda kami sebelah petang :
Lebih kurang pukul 2 ptg , kami bergerak berjalan kaki ke station cable car untuk ke Murren . Sebenarnya dari Murren , kami boleh kepuncak Schilthorn yg dikenali sebagai James Bond Mountain , dimana pengambaran filem James Bond diadakan . Tetapi disebabken kekangan waktu , kami hanya melawati Murren sahaja .
Berikut adalah perjalanan kami :
1. TRAVEL TO MURREN via Lauterbrunnen cable car - Grutschalp train - Murren ( 26min )
2. TRAVEL FROM MURREN via Murren - Grutschalp train - Lauterbrunnen cable car ( 26min )
Di Murren , kami meninjau keadaan sekeliling . Terdapat beberapa buah hotel disini . Keadaan agak sepi disini tetapi pemandangan senja disitu agak memukau . Kelihatan nun sayut dibawah terlihat kelip kelip cahaya datang dari perkambungan disana . Ada beberapa restaurant dibuka untuk pengunjung dan kelihatan warga tempatan menikmati dinner disitu . Kami tidak mencuba , dikhuatari halal status nya . Selepas lebih kurang 1 jam , kami pun bergerak kearah train stain untuk kembali ke Lauterbrunnen .
| Mendaki gunung dgn Lauterbrunnen cable car |
| Pemandangan hitam putih yg menakjubkan ! |
| Pemandangan perkampungan Lauterbrunnen disebelah malam |
Selepas itu kami pun tidur bermimpi yg indah indah belaker .. hi hi hi ... ZZZZZZZZ
Valley Hostel adalah pilihan terbaik disini . Really recommended :
1. Dekat dgn station Lauterbrunnen senang untuk ke Jungfraujoch dan Murren .
2. Bilik besar , bersih dan selesa .
3. Ruang memasak dan makan yg luas serta bersih . Mempunyai pemandangan luaran yg indah .
4. Dekat dgn kedai cenderamata serta COOP untuk membeli bahan untuk masakan.
5. Ada pusat laundry dibangunan dihadapan hotel .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Subscribe to:
Posts (Atom)