Hai .. jumpa lagi .
Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman menaiki pesawat Emirates semasa bercuti di Eropah baru baru ini . Ianya merupakan pengalaman baru bagi kami yang pertama menaiki pesawat tersebut . Saya telah menempah tiket penerbangan pergi dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan penerbangan pulang pula dari London ke Kuala Lumpur , melalui Emirates website . Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan pakej return dari tempat yg sama contohnya kalau pergi balik dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan vice versa . Tapi bagi kami , kami memilih penerbangan di lokasi yang berbeza seperti diatas , walaupun agak mahal tapi kami jimat dari segi domestik kos transportation serta repeatition ulang alik dari pergi ke tempat yang sama . Kos penerbangan keseluruhannya untuk 5 orang adalah dalam RM18 ribu .
Penerbangan pergi :
Tiada perkhidmatan direct flight terus ke Eropah jika menaiki Emirates .Seperti penerbangan kami untuk pergi ke Amsterdam Schiphol Airport , ianya akan transit terlebih dahulu di Dubai . Penerbangan dari KL ke Dubai selalunya memakan masa selama 6 jam . Kami transit selama 3 jam dan seterusnya menaiki pesawat dari Dubai ke Amsterdam selama 6 jam lagi . Yang bestnya semua pesawat Emirates yang kami naiki adalah jumbo A380 . Ianya sangat selesa serta luas . Pesawat ini ada 2 tingkat . Kami diberi tempat duduk dibahagian bawah . Layanan pramugari Emirates ramah tetapi dibandingkan dgn MAS , saya rasa MAS lagi baik serta lebih friendly . Mungkin kerana kebanyakkan pramugari Emirates adalah dari berbagai kerakyatan , amat kurang dari UAE, sedangkan kebanyakkan crew MAS adalah rakyat tempatan yg mana keikhlasan mereka melayan lebih terserlah disamping membawa imej Malaysian . Makanan yang dihidangkan boleh dikatakan sedap dgn perbagai minuman yg boleh dipesan setiap masa sepanjang perjalanan . Hiburan didalam pesawat amat menarik dengan paparan skrin LED yang besar . Terdapat camera real- time , yang membantu kita lihat pemandangan dibawah , atas serta depan pesawat semasa ia bergerak , ianya amat membantu kepada penumpang yang duduk dibahagian tengah . Pesawat mereka juga , ada menyediakan free Wifi dalam pesawat dalam sejam yang pertama . Anda dapatlah update serta share apa apa yg perlu melalui whatsapp, FB atau Instagram .
 |
Boarding A380 Emirates .... di tingkat bawah Kelas Ekonomi |
 |
Inside A380 |
 |
Transit at Dubai Airport ( Berdekatan bilik solat ) |
 |
In flight meals |
 |
Arrived Amsterdam Schiphol Airport |
 |
Amsterdam Schiphol Airport arrival hall |
Penerbangan pulang :
Penerbangan pulang kami pula adalah dari London Heathrow terminal 3 . Kebanyakkan flight disini didominasi oleh Emirates Airlines . Terdapat banyak kemudahan disini seperti ruang solat , ruang makan serta Tax refund counter yang berhampiran dgn main entrance terminal 3 dan check in counter untuk Emirates . Amat menyenangkan untuk penumpang seperti kami . Security check disini amat ketat . Satu peristiwa yg berlaku dimana saya lupa membuka talipinggang semasa proses security check ... tiba tiba bunyi alarm . Isteri serta anak anak tiada masaalah . Aduhai ..... Selepas itu, saya disuruh melalui satu lorong lain dimana saya dicheck lebih teliti dengan alat pengesan bomb dan seterusnya melalui body scanner . Alhamdulillah ... saya lepas dgn selamat . Pengalaman serta pengajaran yg baik untuk saya serta semua . Nasib baik tiada "naked" search ... ha ha ha . Sesungguhnya memang Allah SWT maha kaya , saya diberi musibah semasa security check dari London ke Dubai , tetapi kami diberi anugerah semasa kami menaiki pesawat dari Dubai ke KL .... kami diberi layanan baik oleh pihak pesawat Emirates , melalui fast lane .... rupa rupanya kami diberi tempat duduk yang premium ditingkat atas .. Alhamdulillah ! Tempat duduk yg lebih luas serta mewah dan dalam pesawat A380 pulok tu ...ha ha ha .
Semasa transit di Dubai , kami solat jamak serta sempat ronda ronda di airport . Kami sempat sambar 3 pasang jam tangan . Harga jam disini agak murah kerana terdapat sale ...... Semasa penerbangan ke Kuala Lumpur , anak bongsu tiba tiba deman , saya bagi tahu pramugari . Dengan baik , dia memberi ubat serta menasihati agar anak mengambil banyak air semasa penerbangan ini . Terasa sangat dihargai . Alhamdulillah , semasa landing diKL , anak sudah pulih . Insyallah suatu hari nanti , jika ada rezeki kami akan terbang kembali dengan Emirates untuk ke destinasi lain pula .
 |
Towards Heathrow Teminal 3 |
 |
Entrance Terminal 3 |
 |
walking toward the boarding hall |
 |
Terminal 3 departure gate |
 |
Dubai Airport |
 |
Love this nice background abstract motif |
 |
Prayer Room |
 |
Shopping arcade |
 |
Awaitng boarding to KLIA at the Dubai Airport departure hall |
 |
A380 ... seating di tingkat pertama , adalah lebih mewah |
 |
KLIA ... Kuala Lumpur International Airport |
 |
Alhamdulillah ... selamat menjejak kaki di tanah air tercinta |
Peringatan untuk penumpang semasa melalui laluan flight security check untuk boarding , tanggalkan barang barang seperti dibawah dan letakkan dalam bakul yg disediakan :
1. Tanggalkan jam , tali pinggang serta kasut .
2. Keluarkan handphone , laptop , power bank atau segala peralatan elektrik .
3. Pastikan cecair diletakkan dalam plastik dgn kuantiti yg disyorkan seperti ubat gigi , krim ,ubat etc.
4. Pastikan poket seluar tiada siling atau besi .
5. Jacket , baju sejuk atau kot hendaklah dibuka terlebih dahulu .
Selamat Bercuti !
>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment