Hai , jumpa lagi .
Alhamdulillah , kami tiba di Schiphol Airport dalam pukul 1 tengah hari . Kami bergegas turun ke pintu keluar bersama sama penumpang lain . Penerbangan flight kami agak penuh . Suhu ketika itu 2 Degree Celcius . Kedinginan mula terasa menyelubungi badan . Syukur , kami dapat melepasi Kastam serta Imegresen dengan lancar . Adalah sedikit pertanyaan dari Imegresen mengapa datang kesini . Kami bagitau , its a family holiday . Dengan perasaan hormat , dia wish us happy holiday . Schiphol Airport ini merupakan airport berkonsepkan "one stop centre" , ia adalah pusat untuk penerbangan , train station dan bus station , jadi ianya agak sibuk serta penuh dengan manusia . Agak mudah untuk mencari apa yang kita kehendaki , tengok ajer displayboard atau signboard atau tersenang tanya di kaunter pertanyaan . Mereka akan jawab pertanyaan dengan baik . Penggunaan bahasa Inggeris agak meluas disini . Semasa diluar bangunan Schiphol Airport ini kami mengambil peluang mengambil foto . Dalam hati kami sekeluarga amat gembira serta ceria dapat menikmati pemandangan di luar airport . Bagi anak anak , mereka lagilah excited memandangkan ini lah kali pertama mereka menjejaki kaki di tanah negara eropah . Maka terteralah seperti gambar gambar di bawah dengan posing control ayu ... ha ha ha
 |
ALHAMDULILLAH , WE ARE HERE ! |
Di Amsterdam , kami menginap di hotel Meininger Amsterdam City West . Kami booking bilik Sixtuple room untuk 4D3N melalui Agoda.com dengan harga kesemuanya RM1,490.00 . Untuk kesana kami menggunakan train yang cuma 1 stop sahaja iaitu Sloterdjik Station dari Amsterdam Schiphol Airport Station , dalam jangkamasa 15 min perjalanan . Kami membeli tiket one way sahaja . Station ini adalah sederhana besarnya . Terdapat beberapa hotel disekitarannya . Juga terdapat perkhidmatan tram dan bus jadi ianya merupakan kawasan yg stratejik untuk dijadikan sebagai tempat penginapan selama bercuti di Amsterdam . Hotel Meininger ini hanyalah bersebelahan dengan station disebelah kiri pintu keluar utama .
 |
Bergambar dihadapan hotel |
 |
reception counter |
 |
Queen bed ... suasana bilik |
 |
double decker bed |
 |
pemandangan diluar hotel |
Check in hotel agak cepat walaupun terdapat ramai guest . Staff mereka juga baik serta friendly . Keadaan bilik kami tempah agak luas dimana terdapat 1 queen bed dan 4 katil double decker . Suasana hotel bersih dan nyaman . Terdapat perkhidmatan dapur ditingkat bawah bagi mereka yang ingin memasak serta perkhidmatan washing machine / drier untuk pakaiaan . Tetapi kami memasak dalam bilik jer ...... melalu rice cooker serta menggunakan bahan bahan makanan yg dibawa dari Malaysia .
Hari ini merupakan hari pertama disini , aktiviti kami cuma berjalan sekitar hotel dan membeli bahan makanan terutamanya beras , mineral water , buah buahan serta sayur sayuran di kedai ala ala mini Tesco iaitu SPARC mini market . Cadangan asal ingin ke Amsterdam Central untuk menaiki canal cruise tetapi memandangkan keletihan , kami menghabiskan masa berkeliaran disini sahaja ..
 |
Station Amsterdam Sloterdjik |
 |
Shopping bahan bahan makanan |
 |
Mini market .. SPARC |
 |
suasana di lobby hotel |
 |
Good nite .. have a sweet dream in Amsterdam |
Untuk pengetahuan pada musim winter ini , pukul 4 petang dah pun gelap , manakala waktu maghrib bermula 4:30 petang . Jadi waktu siang nya lebih pendek dlm 8 jam , berbanding waktu malam ( 16 jam ) . Diatas kesedaran ini , jadi cadangan perjalanan kami telah saya jadualkan akan bermula pada pukul 7:30 esok pagi selepas solat suboh yg masuk pukul 6:40 pagi .
Esok bermulanya jelajah tempat menarik di Amsterdam ... tunggu yer !
 |
Perjalanan train dari airport ke hotel |
No comments:
Post a Comment