Sunday, 1 July 2018

Winter trip : Amsterdam : Europe Day 2

Salam semua . Hai bertemu kembali dah hampir 3 bulan , saya tak update blog ini . Banyak perkara telah berlaku di Malaysia , yang paling bersejarah , gagalnya BN menjadi parti pemerintah negara Malaysia . Semoga BN tabah menghadapi dugaan serta guna masa ini sebaik mungkin untuk muhasabah diri . Tahniah kepada PH @ Malaysia Baru !

Kembali kepada kembara kami pada hari kedua di Amsterdam . Seawal 5:30 pagi kami dah bangkit , memasak untuk sarapan dan untuk lunch , serta bersolat subuh bila sampai waktunya . Anak anak masih berselimut kesejukkan ... tetapi mereka tetap bersiap awal untuk lawatan pagi ini . Terdapat 2 agenda kami pada hari ini  , sebelah pagi melawat Zaanse Schans dan sebelah petang melawat perkampungan nelayan di Volendum ..........  .


PAGI  :

Keluar hotel kami terus ke kaunter stesen keretapi Amsterdam Sloterdijk yg berhampiran untuk membeli tiket 1 day ATT Pass , Euro 16 per person .....   , dimana keuntungannya ia cover perjalanan kami menaiki keretapi serta bas untuk kedestinasi kami pada hari ini . Bila trip sendiri ni kita bebas buat perancangan untuk menjimatkan kos travelling . Kalau kita kurang pasti , pekerja kaunter atau tourist police boleh membantu kita .

Untuk pilihan perjalanan ke Zaanse Schans , kita boleh pilih samada 1). menaiki Keretapi dari Stesen Sloterdijk terus berhenti di Stesen Koog Zandijk . Selepas itu  terus berjalan lebih kurang 15 min ke destinasi ( masa tercepat ) . Atau ... 2). ambil keretapi dari Stesen Sloterdijk terus berhenti di Amsterdam Central , dari sana ambik bus no. 391 terus berhenti di Zaanse Schans ( 40 min perjalanan )



wazaruha
Bersiap - siap untuk bergerak 

wazaruha

wazaruha

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi ke Zaanse Schans  . Kami berhenti dan turun distesen Koog Zandijk  selepas 20 min masa perjalanan  .... , dari situ kami ada bertanya pada penduduk disitu untuk pastikan arah dan mereka secara baik menerangkan serta menunjuk kearah yg patut kami lalui . Pertanyaan itu hanya untuk confirmation dan ambil peluang beramah mesra dgn orang Belanda , sbb kami menggunakan "Google Map" bagi navigate kami kearah yg betul . Jadi dari stesen keretapi tersebut , kami terus berjalan kaki kearah Zaanse Schanse . Perjalanan memakan masa lebih kurang 13 min tetapi dalam cuaca sejuk sebegitu , kita tak terasa lamanya . Sepanjang perjalanan , kami menikmati pemandangan serta terpegun melihat keindahan serta kebersihan rumah rumah orang Belanda ni .


wazaruha


wazaruha

Perjalanan semakin hampir ke Zaanse Schanse bila kita menyeberangi jambatan seperti gambar dibawah ini . Difahamkan jambatan ini boleh terangkat apabila kapal ingin melalui dibawahnya . Kelihatan kincir kincir air berderetan seperti menyambut kedatangan kami sekeluarga . Agak senang untuk melawat kawasan ini . Terdapat layout yg besar untuk kita fahami tempat yg menarik untuk kita lawati kawasan dipersekitarannya . Kami tiba disana dalam jam 9 pagi , jadi masih tidak ramai tourist datang .... . Disini cuaca agak berangin dan menambah lagi kesejukkan kami . untuk pengetahuaan suhu sekitar  2 Darjah Celcius . Isteri suka memakai rayban disebabkan boleh melindungi mata dari terkena angin sejuk yg boleh menyebabkan mata berair .


wazaruha



wazaruha

wazaruha

wazaruha

Acara kami , kebanyakannya berfoto di kawasan ini berlatarbelakangkan kincir air , bangunan yg unik serta pokok pokok yg tiada di Malaysia . Dalam pukul 10 pagi baru terdapat gerombolan tourist yg kebanyakkannya dari negara China ....  tidak ketinggalan juga tourist dari Malaysia dan Indonesia ... . Kami sempat beramah mesra dengan seorang pensyarah yg datang bersama keluarga dari Kuantan , Pahang . Tapi lupa nak berfoto buat kenangan ...


wazaruha

wazaruha




wazaruha


wazaruha

Antara lain kami singgah di Cafe untuk membeli hot chocolate serta chocolate bar  , tempat jualan cheese dimana kami sempat memborong beberapa kilo cheese berbagai perisa ... hi hi hi .... serta melawat rumah contoh Belanda bersama ahjuma - ahjuma Belanda  . Akhir sekali kami melawat tempat buatan terompah Belanda .

wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha
bersama " ahjuma - ahjuma Belanda "

wazaruha

wazaruha

wazaruha
terompah gergasi -- antara tarikan di Belanda 


wazaruha


Akhir sekali dalam pukul 10:30 pagi , kami bergerak  ke stesen keretapi untuk kembali ke hotel . Dalam 20 min kami dah sampai ke hotel dimana kami makan tengah hari serta menunggu waktu Zuhur untuk solat jamak . Selepas itu kami bergerak ke stesen keretapi untuk agenda kami seterusnya , ke kampung nelayan  Volendum , .....    . Sehingga ketemu lagi untuk kembara kami seterusnya disana ..


Perjalanan dari hotel ke Zaanse Schans




........>>>>>>>>>>>>>>>>>>>







Saturday, 21 April 2018

Winter Trip : Amsterdam : Europe Day 1

Hai , jumpa lagi .

Alhamdulillah , kami tiba di Schiphol Airport dalam pukul 1 tengah hari  . Kami bergegas turun ke pintu keluar bersama sama penumpang lain . Penerbangan flight kami agak penuh . Suhu ketika itu 2 Degree Celcius . Kedinginan mula terasa menyelubungi badan . Syukur , kami dapat melepasi Kastam serta Imegresen dengan lancar  . Adalah sedikit pertanyaan dari Imegresen mengapa datang kesini . Kami bagitau  , its a family holiday . Dengan perasaan hormat , dia  wish us happy holiday . Schiphol Airport ini merupakan airport berkonsepkan "one stop centre" , ia adalah pusat untuk penerbangan , train station dan bus station , jadi ianya agak sibuk serta penuh dengan manusia . Agak mudah untuk mencari apa yang kita kehendaki , tengok ajer displayboard atau signboard atau tersenang tanya di kaunter pertanyaan . Mereka akan jawab pertanyaan dengan baik . Penggunaan bahasa Inggeris agak meluas disini . Semasa diluar bangunan Schiphol Airport ini kami mengambil peluang mengambil foto . Dalam hati kami sekeluarga amat gembira serta ceria dapat menikmati pemandangan di luar airport . Bagi anak anak , mereka lagilah excited memandangkan ini lah kali pertama mereka menjejaki kaki di tanah negara eropah . Maka terteralah seperti gambar gambar di bawah dengan posing control ayu ...   ha ha ha



wazaruha
ALHAMDULILLAH , WE ARE HERE !




wazaruha




wazaruha



wazaruha


wazaruha


wazaruha


wazaruha






Di Amsterdam , kami menginap di hotel Meininger Amsterdam City West  . Kami booking bilik Sixtuple room untuk 4D3N melalui Agoda.com dengan harga kesemuanya RM1,490.00 . Untuk kesana kami menggunakan train yang cuma 1 stop sahaja iaitu Sloterdjik Station dari Amsterdam Schiphol Airport Station , dalam jangkamasa 15 min perjalanan . Kami membeli tiket one way sahaja . Station ini adalah sederhana besarnya  . Terdapat beberapa hotel disekitarannya .  Juga terdapat perkhidmatan tram dan bus jadi ianya merupakan kawasan yg stratejik untuk dijadikan sebagai tempat penginapan selama bercuti di Amsterdam . Hotel Meininger ini hanyalah bersebelahan dengan station disebelah kiri pintu keluar utama .



wazaruha
Bergambar dihadapan hotel

wazaruha
reception counter


wazaruha
Queen bed ...   suasana bilik


wazaruha
double decker bed

wazaruha
pemandangan diluar hotel


Check in hotel agak cepat walaupun terdapat ramai guest . Staff mereka juga baik serta friendly . Keadaan bilik kami tempah agak luas dimana terdapat 1 queen bed dan 4 katil double decker . Suasana hotel bersih dan nyaman . Terdapat perkhidmatan dapur ditingkat bawah bagi mereka yang ingin memasak serta perkhidmatan washing machine / drier untuk pakaiaan .  Tetapi kami memasak dalam bilik jer ...... melalu rice cooker serta menggunakan bahan bahan makanan yg dibawa dari Malaysia .

Hari ini merupakan hari pertama disini , aktiviti kami cuma berjalan sekitar hotel dan membeli bahan makanan terutamanya beras , mineral water , buah buahan serta sayur sayuran di kedai ala ala mini Tesco iaitu SPARC mini market . Cadangan asal ingin ke Amsterdam Central untuk menaiki canal cruise tetapi memandangkan keletihan , kami  menghabiskan masa berkeliaran disini sahaja ..



wazaruha
Station Amsterdam Sloterdjik 

wazaruha
Shopping bahan bahan makanan

wazaruha
Mini market .. SPARC


wazaruha
suasana di lobby hotel

wazaruha
Good nite .. have a sweet dream in Amsterdam 



Untuk pengetahuan pada musim winter ini , pukul 4 petang dah pun gelap , manakala waktu maghrib bermula 4:30 petang . Jadi waktu siang nya lebih pendek dlm 8 jam , berbanding waktu malam ( 16 jam ) . Diatas kesedaran ini , jadi cadangan perjalanan kami telah saya jadualkan akan bermula pada pukul 7:30 esok pagi selepas solat suboh yg masuk pukul 6:40 pagi .

Esok bermulanya jelajah tempat menarik di Amsterdam ... tunggu yer !



wazaruha
Perjalanan train dari airport ke hotel





Tuesday, 13 February 2018

Winter Trip : Fly with Emirates

 Hai .. jumpa lagi .

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman menaiki pesawat Emirates semasa bercuti di Eropah baru baru ini . Ianya merupakan pengalaman baru bagi kami yang pertama menaiki pesawat tersebut . Saya telah menempah tiket penerbangan pergi dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan penerbangan pulang pula dari London ke Kuala Lumpur , melalui Emirates website . Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan pakej return dari tempat yg sama contohnya kalau pergi balik dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan vice versa . Tapi bagi kami , kami memilih penerbangan di lokasi yang berbeza seperti diatas , walaupun agak mahal tapi kami jimat dari segi domestik kos transportation serta repeatition ulang alik dari pergi ke tempat yang sama . Kos penerbangan keseluruhannya untuk 5 orang adalah dalam RM18 ribu .




Penerbangan pergi :
Tiada perkhidmatan direct flight terus ke Eropah jika menaiki Emirates .Seperti penerbangan kami untuk pergi ke Amsterdam Schiphol Airport , ianya akan transit terlebih dahulu di Dubai . Penerbangan dari KL ke Dubai selalunya memakan masa selama 6 jam . Kami transit selama 3 jam dan seterusnya menaiki pesawat dari Dubai ke Amsterdam selama 6 jam lagi . Yang bestnya semua pesawat Emirates yang kami naiki adalah jumbo A380 . Ianya sangat selesa serta luas . Pesawat ini ada 2 tingkat . Kami diberi tempat duduk dibahagian bawah . Layanan pramugari Emirates ramah tetapi dibandingkan dgn MAS , saya rasa MAS lagi baik serta lebih friendly . Mungkin kerana kebanyakkan pramugari Emirates adalah dari berbagai kerakyatan  , amat kurang dari UAE,  sedangkan kebanyakkan crew MAS adalah rakyat tempatan yg mana keikhlasan mereka melayan lebih terserlah disamping membawa imej Malaysian  . Makanan yang dihidangkan boleh dikatakan sedap dgn perbagai minuman yg boleh dipesan setiap masa sepanjang perjalanan . Hiburan didalam pesawat amat menarik dengan paparan skrin LED yang besar . Terdapat camera real- time  , yang membantu kita lihat pemandangan dibawah , atas serta depan pesawat  semasa ia bergerak , ianya amat membantu kepada penumpang yang duduk dibahagian tengah  . Pesawat  mereka juga , ada menyediakan free Wifi dalam pesawat dalam sejam yang pertama . Anda dapatlah update serta share  apa apa yg perlu melalui whatsapp, FB atau Instagram .



wazaruha1
Boarding A380 Emirates .... di tingkat bawah Kelas Ekonomi

wazaruha1
Inside A380





wazaruha1
Transit at Dubai Airport ( Berdekatan bilik solat )


wazaruha1
In flight meals


wazaruha1
Arrived Amsterdam Schiphol Airport



wazaruha1
Amsterdam Schiphol Airport arrival hall




Penerbangan pulang :
Penerbangan pulang kami pula adalah dari London Heathrow terminal 3 . Kebanyakkan flight disini didominasi oleh Emirates Airlines . Terdapat banyak kemudahan disini seperti ruang solat , ruang makan serta Tax refund counter yang berhampiran dgn main entrance terminal 3 dan check in counter untuk Emirates . Amat menyenangkan untuk penumpang seperti kami . Security check disini amat ketat . Satu peristiwa yg berlaku dimana saya lupa membuka talipinggang semasa proses security check ...  tiba tiba bunyi alarm . Isteri serta anak anak tiada masaalah . Aduhai .....   Selepas itu, saya disuruh melalui satu lorong lain dimana saya dicheck lebih teliti dengan alat pengesan bomb dan seterusnya melalui body scanner . Alhamdulillah ... saya lepas dgn selamat . Pengalaman serta pengajaran yg baik untuk saya serta semua . Nasib baik tiada "naked" search ...  ha ha ha . Sesungguhnya memang Allah SWT maha kaya , saya diberi musibah semasa security check dari London ke Dubai , tetapi kami diberi anugerah semasa kami menaiki pesawat dari Dubai ke KL .... kami diberi layanan baik oleh pihak pesawat Emirates , melalui fast lane ....  rupa rupanya kami diberi tempat duduk yang premium ditingkat atas .. Alhamdulillah ! Tempat duduk yg lebih luas serta mewah dan dalam pesawat A380 pulok tu ...ha ha ha .
Semasa transit di Dubai , kami solat jamak serta sempat ronda ronda di airport . Kami sempat sambar 3 pasang jam tangan . Harga jam disini agak murah kerana terdapat sale ......   Semasa penerbangan ke Kuala Lumpur , anak bongsu tiba tiba deman , saya bagi tahu pramugari . Dengan baik , dia memberi ubat serta menasihati agar anak mengambil banyak air semasa penerbangan ini . Terasa sangat dihargai . Alhamdulillah , semasa landing diKL , anak sudah pulih . Insyallah suatu hari nanti , jika ada  rezeki kami akan terbang kembali dengan Emirates untuk ke destinasi lain pula .



wazaruha1
Towards Heathrow Teminal 3



wazaruha1
Entrance Terminal 3

wazaruha1
walking toward the boarding hall

wazaruha1
Terminal 3 departure gate


wazaruha1
Dubai Airport

wazaruha1
Love this nice background abstract motif

wazaruha1
Prayer Room

wazaruha1
Shopping arcade 


wazaruha1
Awaitng boarding to KLIA at the Dubai Airport departure hall





wazaruha1
A380 ...  seating di tingkat pertama , adalah lebih mewah

wazaruha1
KLIA ...  Kuala Lumpur International Airport

wazaruha1
Alhamdulillah ...  selamat menjejak kaki di tanah air tercinta 


Peringatan untuk penumpang semasa melalui laluan flight security check untuk boarding , tanggalkan barang barang seperti dibawah dan letakkan dalam bakul yg disediakan  :
1. Tanggalkan jam , tali pinggang serta kasut .
2. Keluarkan handphone , laptop , power bank  atau segala peralatan elektrik .
3. Pastikan cecair diletakkan dalam plastik dgn kuantiti yg disyorkan seperti ubat gigi , krim ,ubat etc.
4. Pastikan poket seluar tiada siling atau besi .
5. Jacket , baju sejuk atau kot hendaklah dibuka terlebih dahulu .

Selamat Bercuti !



>>>>>>>>>>>>>>