Salam semua . Sambung balik cerita percutian kami di Eropah baru baru ini . Hari ini merupakan hari ke 2 di Paris dan hari ke 7 dibumi Eropah .
Kami keluar dari hotel selepas breakfast makanan yg dibawa dari Malaysia .
Kami terus berjalan menuju ke bus station Big Bus yang terletak tidak jauh dari hotel dimana lokasinya betul betul didepan Station keretapi Gare De Nord . Sebab utama mengapa kami memilih hotel ini sebagai pilihan utama kami adalah ianya sangat dekat dgn Big Bus station , hampir station keretapi Eurostaruntuk ke London dan terdapat banyak pilihan makanan halal dikawasan ini .
Agenda utama hari ini :
1. Menaiki Big Bus ( HOP ON HOP OFF ) untuk melawat tempat tempat menarik di Paris . Disebabkan esok kami akan bertolak ke London , jadi pilihan menaiki bus ini amat berbaloi , jimat masa serta dapat menjelajahi hampir kesemua tempat menarik di Paris ini terutamanya Tugu besi Eifel Tower .
2. Shopping di Galaries Lafayette ... syurga beli belah untuk si isteri . Dapat juga si isteri dan anak gadis membeli beberapa biji tas beg mewah disini . Saya cuma mengigit jari ... ha ha ha . Satu pesanan , jika selesai membeli jangan lupa ambil resit dan terus ke kaunter tax refund untuk mengisi borang VAT refund . Borang ini perlu diserahkan di airport yang terakhir untuk berangkat pulang ke tanahair , contohnya kami ,,, borang diserah di Heathrow Airport . Cara pemulangan wang adalah cara cash atau debit dalam credit card ... bebas ikut selera pilihan anda !
Dalam Big Bus sambil mendengar ulasan mengenai tempat tourist melalui ear piece |
Anak anak ditingkat atas . Walaupun sejuk tetapi teruja |
Melalui famous shopping area De Champs |
Tugu yang selalu menjadi trade mark di Paris |
Recomend turun disini untuk mendapat angle gambar Eifel Tower yg menarik |
Bergambar dikota cinta Paris |
masing masing ceria dihadapan tugu besi ini |
Eifel Tower dari dekat |
Coffee break & lunch ... terbaik jika mahu guna restroom/ toilet |
Galaries Lafayette |
window shopping and gadgets for the boys |
Good experienced ... walking in the crowd in Paris |
Berjalan menuju ke muzium |
Pyramid muzium |
Dinner disini . |
Harga makanan berpatutan disini |
View dihadapan hotel kami , Gare Du Nord |
Kesimpulan kami di Paris :
1. Kalau kita sakit perut , agak susah mencari restroom di sini . Option utama , pergi ke Cafe or kedai makan untuk mengguna restroom mereka tapi sebelum tu orderlah apa yang patut ... ha ha ha. Kalau terjumpa yang free ... teramatlah kotor , janganlah MASUK !
2. Shopping barangan bag wanita amat berbaloi disini , harga amat best disini means more cheaper compared to Malaysia .
3. Terdapat banyak scammer , beggars & pick pocket disekeliling . Be extra careful & alert . Alhamdulillah tiada kejadian tak elok bagi kami selama di Paris .
4. Ambil HOHO bas jika anda ingin jimat masa dan menjelajah Paris dengan maksimum dalam masa satu hari .
5. Pilihan tinggal dikawasan Gare Du Nord apabila tinggal di Paris terutama untuk muslim . Terdapat banyak halal foods disini ..
6. Suhu disini dalam antara 2 - 8 Degree Celcius
7. Untuk mendapat photoshot menarik berlatarbelakangkan Eiffel Tower better turun dikawasan Trocadero ...
8. Kalau nak beli cenderahati , boleh juga beli dgn mat mat hitam dikawasan Trocadero ini . Boleh tawar menawar dan harganya amat menarik ... proses pembelian pastikan cepat sebelum mereka dikejar pehak berkuasa !
Esok kami akan bertolak ke London >>>> jumpa lagi !
>>>>>>>>>>>>>>