Sunday 3 February 2019

Winter Trip - Paris - Europe Day 7



Salam semua . Sambung balik cerita  percutian kami di Eropah baru baru ini . Hari ini merupakan hari ke 2 di Paris dan hari ke 7 dibumi Eropah .

Kami keluar dari hotel selepas breakfast makanan yg dibawa dari Malaysia .

Kami terus berjalan menuju ke bus station Big Bus yang terletak tidak jauh dari hotel dimana lokasinya betul betul didepan Station keretapi Gare De Nord . Sebab utama mengapa kami memilih hotel ini sebagai pilihan utama kami adalah ianya  sangat dekat  dgn Big Bus station , hampir station keretapi Eurostaruntuk ke London  dan terdapat banyak pilihan makanan halal dikawasan ini .

Agenda utama hari ini :
1. Menaiki Big Bus ( HOP ON HOP OFF ) untuk melawat tempat tempat menarik di Paris . Disebabkan esok kami akan bertolak ke London , jadi pilihan menaiki bus ini amat berbaloi , jimat masa serta dapat menjelajahi hampir kesemua tempat menarik di Paris ini terutamanya Tugu besi Eifel Tower .
2. Shopping di Galaries Lafayette ...  syurga beli belah untuk si isteri . Dapat juga si isteri dan anak gadis membeli beberapa biji tas beg mewah disini . Saya cuma mengigit jari ... ha ha ha . Satu pesanan , jika selesai membeli jangan lupa ambil resit dan terus ke kaunter tax refund untuk mengisi borang VAT refund . Borang ini perlu diserahkan di airport yang terakhir untuk berangkat pulang ke tanahair , contohnya kami ,,, borang diserah di Heathrow Airport . Cara pemulangan wang adalah cara cash atau debit dalam credit card ... bebas ikut selera pilihan anda !



wazaruha
Dalam Big Bus sambil mendengar ulasan mengenai tempat tourist melalui ear piece

wazaruha
Anak anak ditingkat atas . Walaupun sejuk tetapi teruja

wazaruha
Melalui famous shopping area De Champs

wazaruha
Tugu yang selalu menjadi trade mark di Paris


wazaruha
Recomend turun disini untuk mendapat angle gambar  Eifel Tower yg menarik

wazaruha
Bergambar dikota cinta Paris

wazaruha


wazaruha

wazaruha
masing masing ceria dihadapan tugu besi ini

wazaruha
Eifel Tower dari dekat

wazaruha
Coffee break & lunch  ...  terbaik jika mahu guna restroom/ toilet

wazaruha
Galaries Lafayette

wazaruha
window shopping and gadgets for the boys

wazaruha

wazaruha
Good experienced ...  walking in the crowd in Paris

wazaruha




wazaruha

wazaruha
Berjalan menuju ke muzium

wazaruha
Pyramid muzium


wazaruha

wazaruha
Dinner disini . 

wazaruha
Harga makanan berpatutan disini

wazaruha
View dihadapan hotel kami , Gare Du Nord

Kesimpulan kami di Paris :
1. Kalau kita sakit perut , agak susah mencari restroom di sini . Option utama , pergi ke Cafe or kedai makan untuk mengguna restroom mereka tapi sebelum tu orderlah apa yang patut ... ha ha ha. Kalau terjumpa yang free ... teramatlah kotor , janganlah MASUK !
2. Shopping barangan bag wanita amat berbaloi disini , harga amat best disini means more cheaper compared to Malaysia .
3. Terdapat banyak scammer , beggars & pick pocket disekeliling . Be extra careful & alert . Alhamdulillah tiada kejadian tak elok bagi kami selama di Paris .
4. Ambil HOHO bas jika anda ingin jimat masa dan menjelajah Paris dengan maksimum dalam masa satu hari .
5. Pilihan tinggal dikawasan Gare Du Nord apabila tinggal di Paris terutama untuk muslim . Terdapat banyak halal foods disini ..
6. Suhu disini dalam  antara 2 - 8 Degree Celcius
7. Untuk mendapat photoshot menarik berlatarbelakangkan Eiffel Tower better turun dikawasan Trocadero ...
8. Kalau nak beli cenderahati , boleh juga beli dgn mat mat hitam dikawasan Trocadero ini . Boleh tawar menawar dan harganya amat menarik ...  proses pembelian pastikan cepat sebelum mereka dikejar pehak berkuasa !


Esok kami akan bertolak ke London   >>>>  jumpa lagi !



>>>>>>>>>>>>>>