Wednesday 4 December 2019

Lawatan ke Kemboja


Hai semua ... kali ini saya ingin kongsikan mengenai lawatan ke Kemboja selama 10D9N oleh pelajar pelajar UIAM . Lawatan ini lebih kepada lawatan "misi kemanusiaan " . Untuk kesana mereka memilih penerbangan AirAsia melalui Phnom Penh .

Penerbangan dengan AirAsia ke lapangan terbang Antarabangsa Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 min  . Tiket penerbangan lebih kurang RM180. Penerbangan ke Kemboja boleh juga melalui Siem Reap  tetapi lebih mahal rm200  ( 2jam 15 min ) .

Sejurus tiba di Phnom Penh airport ,  para peserta disambut oleh wakil yg sedia menunggu  . Selepas menguruskan bagasi , mereka  meneruskan perjalanan kedestinasi yg seterusnya .

Kampung yang dipilih adalah Kampung Chhnang iaitu kampung yang dipenghuni oleh masyarakat muslim di Kemboja . Ianya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Phnom Penn melalui laluan darat .

Banyak aktiviti kemasyarakatan telah dirangka oleh para peserta disana seperti memberi barang keperluan , mengajar , membersih serta menolong para penduduk terutamanya golongan kanak kanak . Keadaan disana seperti suasana kampung pendalaman di Malaysia  lebih kurang 15 hingga 20 tahun yang lepas .   Untuk penginapan , para peserta  menginap dirumah homestay yang telah siap ditempah sejak di Malaysia .

Ada  masa yg terluang , mereka sempat bermalam di Phnom Penn dan melawat beberapa tempat yg menarik terutamanya Angkor Watt sebelum berangkat pulang ke Malaysia .. Untuk membeli belah kebanyakkan mereka menggunakan matawang USD .


Aktiviti selama 10 hari disana amat dirasai keberkesanannya serta menimbulkan keinsafan , terutamanya bagi para peserta . Kemesraan serta keramahan para penduduk kampung tersebut walaupun berlainan bangsa , bahasa dan budaya , membuatkan mereka ingin kembali untuk misi yg akan datang .  Insyaallah ..

Sekalong tahniah kepada para peserta kerana berjaya menjalani misi kemanusiaan ini disamping mengharumkan nama UIAM serta Malaysia khasnya  !



wazaruha
UNICAMB.19











wazaruha


wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha

wazaruha













>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Insyaallah ketemu lagi !


Sunday 17 November 2019

Bercuti di Fraser Hill

wazaruha

hi ... ketemu lagi .

Post kali ini adalah kisah percutian kami sekeluarga di Fraser Hill  untuk  2 hari dan 1 malam  . Fraser Hill ni terletak berhampiran daerah Raub , Pahang . Sebenarnya masih banyak tempat menarik di Malaysia yg belum pernah kami lawati , salah satunya termasuklah  Fraser Hill .

Seperti biasa terlebih dahulu kami akan booking hotel  melalui AGODA untuk pilihan tempat tinggal . Setelah melihat beberapa buah hotel , kami memilih Shahzan Inn . Mengapa kami pilih Shahzan Inn ? . Berdasarkan  reviewer , mata markah  rekomendasi hotel ini  tinggi , lokasi yg strategik , ada kedai untuk beli ole ole serta berhampiran  satu satunya Maybank ATM yg terdapat di Fraser Hill .

Percutian kesini merupakan percutian kali yg pertama  untuk kesekiannya kami hidup di Malaysia   , oleh itu perasaan kami terasa amat teruja  . Baca juga pengalaman blogger blogger mengenai percutian mereka disini . Rata rata mengatakan mereka suka disini disebabkan cuaca yg sejuk serta keadaan yg tenang serta damai ...Tahun ini merupakan ulang tahun ke 100 , bukit Fraser ini dijumpai dan diterokai . Untuk kisah sejarah selanjutnya bolehlah google ........

Perjalanan kami bermula pada pagi Jumaat dan memakan masa lebih kurang 3 jam dari tempat tinggal kami di pantai timur . Kami mengambil highway LPT dan exit di Bentong dan seterusnya menghala ke Raub dan Kuala Kubu . Sepanjang perjalanan terdapat banyak kebun kebun  durian yg ditanam sepanjang jalan . No wonder , kawasan ini dipanggil lubuk durian sehinggakan ada satu kawasan dipanggil " Musang King Village " . Sebelum sampai kesimpang jalan untuk menaiki ke bukit tersebut yg dikenali sebagai The Gap  , terdapat stop center RnR , dimana ada kemudahan tandas dan surau tetapi tiada gerai jualan . Dari sini sehingga ke Bukit Fraser lebih kurang 8 Km , jalannya ala roller coaster tetapi best .. ianya jalan " one way street " keatas ..

wazaruha


Kami sampai kedestinasi  lebih kurang pukul 1 tengah hari . Sesampai sahaja disana , kami terus melintasi iconic tower clock yg menjadi mercu tanda di Bukit Fraser ini . Disebabkan sudah hampir solat Jumaat , kami tidak singgah disini tetapi terus ke hotel kami untuk check in dan kemudiannya terus menuju ke masjid Sultan Mahmud untuk solat Jumaat . Dari pemerhatian  kami adalah Bukit Fraser ini agak tenang , damai ,  tak banyak kenderaan serta agak kecil compare to Cameron Highlands . Juga terasa berada disebuah penempatan British disebabkan bangunan disini bercorakkan British colonial building ...  terbayang kembali gambaran suasana diperkampungan British semasa bercuti di UK tempoh hari . Ternyata kami suka dengan suasana begini .

Cuaca disini agak dingin , lebih kurang 16 - 18  Degree Celcius , sehinggakan apabila mengambil wuduk , kami terketar ketar bila tersentuh air . Didalam masjid sambil mendengar kutbah pun , tubuh masih terketar ketar menahan kesejukkan . Betullah pengalaman blogger yg bercerita cuaca agak dingin disini disamping suasana yg tenang dan damai ..




wazaruha


Selesai solat , kami terus berjalan ke arah kedai makan Hamzah untuk makan tengah hari . Ianya tidak jauh dari masjid . Harga makanan agak berpatutan dan sedap .



wazaruha


wazaruha

wazaruha


Selepas makan , kami terus singgah di Clock Tower untuk bergambar . Pemandangan disini dan disekitarnya memang cantik . Kebanyakan bangunan disini berkonsepkan British !

Kawasan ini merupakan center of attraction yg mana ianya terletak berdekatan antara satu sama lain .. Apa yg anda boleh anda dapati dan lawati disini adalah :
1. Clock Tower ( merupakan Iconic di Fraser Hill )
2. Tourist information center
3. Birds information center
4. Pejabat POS
5. Klinik kesihatan
6. Golf club Diraja / Padang Golf
7. Trails / Jungle trekking
8. Puncak Inn
9. Shahzan Inn ( Kami bermalam disini )
10. Mimi Strawberi restaurant .

>> Bagi yg suka suasana happening , mungkin tidak sesuai disini


wazaruha

wazaruha

Selepas puas berfoto di center of attraction tu , kami terus bergerak menuju ke Allan's water . Disini anak anak menaiki paddle bot menjelajah tasik . Terdapat banyak ikan yang dibela didalam tasik tersebut . Terdapat juga permainan flying fox tetapi semasa kami disini , ianya under maintenance !
wazaruha

Kemudian kami menuju ke Edible Organic Garden yg terletak disebelah Allan's Water . Kami sempat membeli sayur sayuran disini termasuk ubi keledek dan ubi kentang . Buahnya nampak fresh berserta harga yg berpatutan .

wazaruha

wazaruha


wazaruha

Selesai membuat pembayaran membeli sayuran di Organic Edible Garden ,  kami mula bergerak ke Aida Daniya Tea House untuk mencuba Hi Tea set . Sesampai disana , kami dapati ruang kawasan ini agak luas dan menyenangkan untuk parking kereta . Bangunan restauran ini juga menarik semuanya berkonsepkan British . Kedudukan nya ditebing bukit dan menghadap pepohon hutan yg menghijau serta bonus point nya menghadap mentari terbenam ( sunset ) . Kami berpeluang merasai pengalaman yg indah ini sambil menghirup tea panas dan menikmati scorne serta kek coklat  .....  Alhamdulillah ! Rasanya pengalaman terbaik disini disamping keluarga tersayang . Insyaallah ada rezeki , kami akan repeat balik ..

wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha


Hari dah hampir senja , kami pun terus pulang ke Shahzan Inn untuk berehat serta menyiapkan diri bagi mengerjakan  solat jamak Maghrib/Isyak  dan bersedia untuk dinner . Sebenarnya ada pakej dinner yg menarik seperti steamboat di hotel tetapi kami buat keputusan ke Mimi Strawberi restaurant disebabkan banyak pilihan menunya serta dapat bergambar semula di kawasan iconic clock tower dimalam hari .




wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha


wazaruha




Selesai solat jamak Maghrib & Isyak , kami keluar hotel dan berjalan terus ke restauran . Terasa kesejukkan sehingga ketulang sambil angin bertiup sempoi sempoi bahasa sepanjang berjalan kaki .  Suasana agak lenggang dan tenang , tak ramai pelanggan disini bermakna kurang keriuhan serta servis menjadi cepat . Kami order nasi berlaukkan sup daging dan ayam panas . Kami betul betul menikmatinya , sedap rasanya dimakan panas panas di cuaca yg dingin ini .


wazaruha

wazaruha

Selesai dinner , kami pun bergambar sakan dipersekitaran iconic tower tersebut  . Selepas puas hati berfoto dan bergaya ...  kami pun terus pulang kehotel untuk tidur .


wazaruha


wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha


Esoknya , kami bangkit awal untuk solat subuh serta menikmati pemandangan indah sunrise dari bilik kamar kami . Untuk pengetahuan bilik kami juga menghadap padang golf jadi pemandangan semakin indah dgn kehijauan rumput padang golf ..



wazaruha


Acara pagi ini , para hero hero akan membuat jungle trekking mengikut denai / trail Abu Suradi . Untuk lebih lanjut kisah mengenai Abu Suradi trail ini , anda boleh tanya pak cik google ..



wazaruha


wazaruha

Untuk pengetahuan , semasa kami ingin meredah trail ini terdapat sepasang suami isteri mengikut kami menggunakan trail yg sama . Kami bertegur sapa secara ringkas . Malangnya lupa nak ambil foto mereka .

Mulanya kami agak kedepan , tetapi memandangkan saya terasa sedikit " pancit " , saya membenarkan mereka memintas kami . Nasib baik ada hero hero , dapat juga mereka membantu apa yg patut ...  ha ha  ha

Gambar dibawah adalah hujung denai Abu Suradi dan bermulanya denai Mager



wazaruha

wazaruha

Keluar dari denai Abu Suradi , kami bertembung kembali dengan pasangan suami isteri tadi . Kali ini kami berpeluang berkenalan lebih mesra dan mendalam .. Si suami asalnya dari Terengganu , my statemate , kerja di Talikom dan si isteri pula pensyarah Uitm  . Sekarang mereka tinggal di Masai , Johor . Di Fraser Hill ini , mereka juga tinggal di hotel Shahzan Inn , hotel yg sama dengan kami .

Mereka merupakan peminat tegar Fraser Hill , pantang ada cuti , mereka akan ke Fraser Hill . Selalunya mereka disini dengan "big biker " mereka . Memang selalunya pemilik / penunggang "big biker" gemar menyusuri jalan yg mencabar untuk ke Fraser Hill ini . Satu aktiviti yg baik disamping eratkan lagi hubungan suami isteri ... No wonder ada kelihatan kumpulan " big biker " di hotel kami tadi .

Seronok bersembang dgn mereka . Setibanya kami di kawasan foodcourt , kami berpisah , dimana kami akan breakfast disini sementara itu , mereka teruskan perjalanan untuk bersarapan di hotel . Bye , insyaallah , panjang umur kita berjumpa lagi !




wazaruha

Selepas beberapa langkah perjalanan , kami singgah di food court . Kelihatan  beberapa gerai makanan untuk breakfast telah dibuka . Jam menunjukkan pukul 9 pagi ... perut dah berkeroncongan , kami terus singgah kekedai Nurin's untuk bersarapan .

wazaruha

wazaruha

Selesai breakfast , kami terus berjalan menuju ke hotel , disamping melawat dan berfoto ditempat tempat yang menarik disepanjang perjalanan ke hotel .

wazaruha

wazaruha

wazaruha

Dalam pukul 12 tengah hari . Kami check out dari bilik hotel .

Agenda kami seterusnya ialah pergi ke " The Paddock " . Ianya terletak sehala kearah perjalanan pulang ke bawah dari Fraser Hill . Apa yang menarik disini ?
Antara aktiviti yang menarik disini adalah :
1. Horse riding
2. Archery
3. Blown pipe / Sumpit
4. Gerai jualan madu asli ( berhampiran pintu masuk )

Anak gadis memilih untuk menunggang kuda sementara kami yang lain cuma memerhati . Disini kuda ditarik tali oleh pemandunya tetapi pengalaman menunggang kuda semasa percutiaan di Medan tempuh hari , anak anak bebas menunggang sendirian . Tapi tak mengapa asalkan mission menaiki kuda tercapai ...ha ha ha   .Nak mencuba memanah tetapi terdapat ramai orang jadi kami abaikan saja .....


wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha


wazaruha


wazaruha




wazaruha


wazaruha


wazaruha

Alhamdulillah ... selesai menghabiskan masa di The Paddock dan membeli beberapa botol madu asli ,kami  pun menaiki kereta dan teruskan perjalanan turun dari Bukit Fraser ( one way street juga ) untuk kembali ke kampung halaman kami .

Masih banyak lagi tempat yg menarik disini yg belum kami lawati , Insyaallah ada rezeki , kami akan kembali semula !


>
>
>
Kesimpulan :

1. Suasana Fraser Hill yg tenang , dingin serta damai , menyebabkan kami suka bercuti disini , insyaallah ada rezeki ,kami akan kembali lagi .
2. Merupakan syurga bagi pengemar burung ( Birds Watching ) , flora dan fauna . ( Alam semulajadi )
3. Juga syurga bagi " big biker " ... satu pengalaman yg hebat bagi mereka menunggang disini  dimana jalannya ala roller coaster .
4. Sesuai untuk honeymoon . Kedudukan disini agak privacy !
5. Alami suasana perkampungan ala Inggeris
6. Cuma sayang ...
a. bilik hotel disini agak lama/usang , perlu dinaik taraf
b. promosi pelancongan kesini agak kurang menyerlah
c. tiada aktiviti yg betul betul menarik diadakan , yg ada sekadar memenuhi syarat . Teringat ketika bercuti di Medan , mereka dirikan tempat tempat khas untuk berselfie serta untuk insta photo ... khas untuk kaki kaki sosial . Dimana akan meletuskan kebanjiran pelancung muda . Seterusnya meningkatkan ekonomi disini ...
d. Cubalah yg "bertanggungjawab terhadap Fraser Hill " ini , membuat homework dengan membaca review di website terkenal " TRipAdvisor " mengenai pandangan/komen tourist dari dalam dan luar negara ...  rasanya banyak perkara yg boleh diperbaikikan  !!
e. Terdapat " tinggalan bangunan" terbiar tetapi masih menarik jika dinaik tarafkan . Contohnya dijadikan muzium , tempat tinggal atau cafe .
f. The Fraser Hill Pine resort .... nampak gah tetapi menyedihkan . Melambangkan kegagalan aktiviti pelancungan disini !





>
>