Sunday, 2 December 2018

Winter Trip : Switzerland / Paris : Europe Day 6

 Hai ... Ketemu lagi !

Hari ini merupakan hari terakhir di Switzerland . Perancangan kami pada pagi ini ,
1. Berjalan mengelilingi bandar Lauterbrunnen dalm pukul 7.
2. Check out dari hotel dalam pukul 9 .
3. Seterusnya menaiki train ke Geneva Cornavin Station . ( 3hr 21min )
4. Di Geneva , kami akan melawat sekitar bandar , lunch dan solat Jamak di Geneva masjid .
5. Seterusnya menaiki train untuk terus ke Paris ( France ) ..  TGV  ( 4hr 10min )


Kesimpulan aktiviti kami pada hari ini .

1.  Meninjau persekitaran  Lauterbrunnen sebelum berlepas ke Geneva :
Berat perasaan hati kami ingin meninggalkan Lauterbrunnen . Pekan kecil yang sangat indah dan menakjubkan . Sesungguhnya ciptaan Allah tiada tolak bandingan nya . Ada rezeki , insyaallah kami akan kembali lagi . Tidak dinafikan , tempat yang amat sesuai untuk didiami apabila melancong di Switzerland , berhampiran dgn station keretapi terutamanya untuk ke Jungfraujoch .


wazaruha
Boleh membeli cenderahati disini

wazaruha
laluan yg selalu kami guna dari hotel ke train station 

wazaruha
Kebanyakkan rumah disini diperbuat dari kayu 

wazaruha
Selamat tinggal Lauterbrunnen . Insyaallah , ada rezeki kami kembali lagi

 2. Perjalanan ke Geneva  :


wazaruha
Awal perjalanan , masih kelihatan banyak salji

wazaruha
Menghampiri Geneva , pemandangan bertukar dgn kehijauan

 3. Sampai di Geneva train station :
     a. ARRIVED GENEVA CORNAVIN STATION . SOLAT JAMAK  at Geneva ISLAMIC  Cente ,Rue des Eaux-Vives 104, 1207 Genève, Switzerland.
      b. Visit Geneva water fauntain JET DE'EAU
Geneva merupakan salah satu bandar yang besar diSwitzerland . Disini letaknya pejabat PBB .
Terdapat bangunan bangunan yg lama dan menarik disini . Juga terdapat beberapa Islamic center .
Kami mengambil peluang solat disalah satunya . Agak senang untuk mencari halal foods disekitar
bandar Geneva , hanya beberapa langkah kaki keluar dari station keretapi .
Kami menghabiskan masa disini lebih kurang sejam menikmati keadaan kesibukkan bandar .



wazaruha
Alhamdulillah tiba di Geneva Cornavin Station . Distation yg sama akan ke Paris


wazaruha
Melawat  bandar Geneva



wazaruha
Menuju ke masjid melalui cruise boat ... boleh juga melalui kereta / bus

wazaruha
Solat Jumaat serta Jamak

wazaruha
Bersama saudara Muslim diluar masjid . Mereka agak friendly 

wazaruha
Alhamdulillah selesai menunaikan kewajiban 


The famous JET D'EAU ...  dibelakang !

wazaruha
Salah satu hotel pilihan pemimpin dunia


wazaruha
Bersama mencipta sejarah didepan JET D'EAU

wazaruha
Lain lain mercu tanda di Geneva


wazaruha
Geneva city

wazaruha
Halal foods . List harga dalam Swiss Franc 

wazaruha
menunggu take-away dinner 

4. Menaiki train untuk ke Paris ( France ) - perjalanan 4hr 10min  :

wazaruha
continue trip to Paris @ EuroRail
wazaruha
masing masing kelaparan

wazaruha
Sepanjang perjalanan ...   leisure time , sharing  fb , insta ....  dinner kebab  dan tidur 




5. Sampai di Paris Gare De Lyon train station :
Kami tiba di Paris Gare De Lyon station lebih kurang pukul 7 malam . Station ini agak sesak dipenuhi oleh warga Eropah serta tourist yg ingin menuju kedestinasi masing masing terutama bagi mereka yg ingin pulang kekampung halaman sempena Krismas  . Tiba tiba kami rasa keadaan sekeliling tidak berapa selamat . Kelihatan ada beberapa mata yg memerhati serta kelihatan beberapa tourist dihampiri oleh seseorang  .
Kami dah dimaklumkan awal oleh blogger blogger supaya lebih berhati hati di Paris , terdapat banyak scammer dan pick pocket .
Alhamdulillah tiada ujian besar bagi kami . Setiba kami diarrival hall  , terdapat tulisan nama saya dipegang oleh jejaka kacak Paris ! Kami terus menuju kearahnya , rupa rupanya beliau adalah driver yang ditugaskan oleh Holiday Taxis untukjemput kami ke hotel . Untuk pengetahuan saya dah booking Holiday Taxis ini sejak awal di Malaysia . Rupa rupanya driver ini adalah seorang muslim dan asalnya dari Timur Tengah  . Beliau sempat menasihati kami "Do's and Don't's " di Paris .... Maaf tiada gambo beliau untuk dikongsikan !
Kami tiba dihotel selepas hampir 15 min perjalanan . Sebenarnya tak berapa jauh , cuma ianya makan masa disebabkan traffic . Hotel yg saya booking adalah hotel Richmond . Ianya betul betul terletak dihadapan station Gare Du Nord , station untuk keretapi laju Eurostar dari Paris ke London ( vice versa ) .

wazruha
Welcome to Paris @  Gare De Lyon . Tak sempat ambik banyak foto , keadaan terlampau sesak !


wazaruha
Membeli air minuman sebelum check in hotel

wazaruha
Our hotel in Paris near Gare Du Nord ( Hotel Richmond )

wazaruha
Di Lobi hotel menunggu giliran lift ... sangat kecil 

wazaruha
Bilik kami ... 1 Queen and 4 single bedroom untuk 6  pax

Disekitar hotel Richmond , terdapat banyak lagi hotel hotel yg lain . Kedudukannya agak strategik , selain didepan Gare Du Nord untuk ke London , ia juga berhampiran station bus "Hop in Hop off " serta kedai kedai makanan halal  . Keburukkan pula terdapat banyak bar bar serta "homeless people" dan peminta sedekah . Tetapi jika kita tidak kacau mereka , mereka tidak ada kacau kita . Cuma pastikan diri kita serta pemikiran kita lebih alert disini .
Rumusan kami pula pasal hotel , kalau ada rezeki , Insyaallah next trip kami akan pilih hotel yg lain . Bilik hotel Richmond ini terlalu sempit dan bilik air kecik , serta terdapat banyak kerosakkan  . Ataupun jika hotel yg sama ,  pilih pilihan bilik lain seperti bilik double or triple , memandangkan ada "hotel guest review" , mengatakan bilik tersebut baik . Forget about room for 6 pax , sangat kecil terutama bila bercampur dengan bag , nak bergerak dan solat agak tak selesa serta rasa terhimpit .

>>>>>     Ok .. have to pen off now , till we meet again in next new post !





No comments:

Post a Comment