Wednesday, 12 December 2018

Bercuti di Medan

Salam semua .

Sekarang dah masuk cuti persekolahan penggal ketiga . Ianya merupakan cuti yang panjang di Malaysia . Dimanakah tempat percutian anda ? Selain daripada domestic holiday , kebanyakkan rakyat Malaysia suka bercuti diluar negara dan juga mengerjakan umrah .

Bagi kami sekeluarga , pilihan kami kali ini  adalah bercuti di Medan , Indonesia . Ianya merupakan negeri percutian kami yg ke 4 di Indonesia , selain daripada Jakarta , Bandung dan Bali yang pernah kami lawati . Difahamkan , Medan merupakan negeri yang keempat yang terbesar di Indonesia dibelakangi Jakarta , Surabaya dan Bandung . Ianya terletak di kepulauan Sumatera . Penerbangan kesana cuma mengambil masa hanya 45 min dari KLIA2 .

Sebelum ini kami ke Indonesia secara menyewa mobil beserta supir sahaja , tetapi kali ini kami ingin mencuba "ground full board" pakej . Iaitu pakej meliputi supir, mobil , meals serta accomodation . Sesuai dengan tema cuti kami kali ini bersantai serta "stress free holiday" , semuanya di arrange oleh travel agent ! Untuk pengetahuan kami pernah mengguna perkhidmatan POTO travel agent  untuk percutian dinegara China ( Beijing dan Shanghai ) tempuh hari , semuanya "Full board " termasuk flight dan ianya amat memuaskan dan kami bagi 5 bintang dari 5 skor ! Boleh hubungi mereka jika anda ingin kesana .

Bagaimana kami memilih travel agent ?
Step pertama , kami goggle dan baca blog dari teman teman blogger mengenai pengalaman mereka bercuti menggunakan travel agent yang direkomen . Listkan paling kurang 3 travel agent yang telah dikenal pasti .
Step kedua , kami hubungi travel agent tersebut untuk mendapatkan sebutharga berserta itenari and negotiation  for their best price  .
Step ketiga , kami memilih travel agent yang memberi respond yang paling cepat dan harga terbaik  . Kata orang " the fastest & the best man will win "! . Tapi yg penting perlu kita ingat , rezeki dan jodoh pertemuan tu telah ditentukan oleh  Allah  SWT . Hasilnya kami telah memilih  ..........   ( Insyaallah akan diumumkan diposting yang akan datang )


Perkara lain yang paling utama perlu disediakan  sebelum pergi bercuti adalah  passport yg masih valid , tiket flight , travel insuran serta pertukaran wang kepada rupiah . Pertukaran duit sekarang adalah 1,000,000 rupiah = 286 myr . Antara lain yang perlu diaktifkan ialah kad credit , debit atau roaming jika perlu .


Insyaallah nanti saya akan update percutian kami di Medan berserta pengalaman kami menggunakan travel agent yang telah kami tempah  untuk 4D3N package . Paling utama hasil perkongsian kami nanti boleh menjadikan  panduan serta rujukan buat teman teman serta pembaca blog ini sekelian . Doakan segala urusan kami dipermudahkan , Aamiin .


Antara gambar di Medan yang ingin dikongsikan . Terima kasih Pak Yudi atas foto yg diberi .


wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha









>>>>>>>>>>>>>>>>    SELAMAT BERCUTI SEMUA    !!


1 comment:

  1. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan

    ReplyDelete