Wednesday 4 December 2019

Lawatan ke Kemboja


Hai semua ... kali ini saya ingin kongsikan mengenai lawatan ke Kemboja selama 10D9N oleh pelajar pelajar UIAM . Lawatan ini lebih kepada lawatan "misi kemanusiaan " . Untuk kesana mereka memilih penerbangan AirAsia melalui Phnom Penh .

Penerbangan dengan AirAsia ke lapangan terbang Antarabangsa Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 min  . Tiket penerbangan lebih kurang RM180. Penerbangan ke Kemboja boleh juga melalui Siem Reap  tetapi lebih mahal rm200  ( 2jam 15 min ) .

Sejurus tiba di Phnom Penh airport ,  para peserta disambut oleh wakil yg sedia menunggu  . Selepas menguruskan bagasi , mereka  meneruskan perjalanan kedestinasi yg seterusnya .

Kampung yang dipilih adalah Kampung Chhnang iaitu kampung yang dipenghuni oleh masyarakat muslim di Kemboja . Ianya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Phnom Penn melalui laluan darat .

Banyak aktiviti kemasyarakatan telah dirangka oleh para peserta disana seperti memberi barang keperluan , mengajar , membersih serta menolong para penduduk terutamanya golongan kanak kanak . Keadaan disana seperti suasana kampung pendalaman di Malaysia  lebih kurang 15 hingga 20 tahun yang lepas .   Untuk penginapan , para peserta  menginap dirumah homestay yang telah siap ditempah sejak di Malaysia .

Ada  masa yg terluang , mereka sempat bermalam di Phnom Penn dan melawat beberapa tempat yg menarik terutamanya Angkor Watt sebelum berangkat pulang ke Malaysia .. Untuk membeli belah kebanyakkan mereka menggunakan matawang USD .


Aktiviti selama 10 hari disana amat dirasai keberkesanannya serta menimbulkan keinsafan , terutamanya bagi para peserta . Kemesraan serta keramahan para penduduk kampung tersebut walaupun berlainan bangsa , bahasa dan budaya , membuatkan mereka ingin kembali untuk misi yg akan datang .  Insyaallah ..

Sekalong tahniah kepada para peserta kerana berjaya menjalani misi kemanusiaan ini disamping mengharumkan nama UIAM serta Malaysia khasnya  !



wazaruha
UNICAMB.19











wazaruha


wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha



wazaruha

wazaruha













>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Insyaallah ketemu lagi !