Wednesday 1 May 2019

Winter Trip London - Europe Day 9

Hi semua ......


Hari ini merupakan hari kedua di kota London dan hari ke 9 di Eropah . Bangun awal pagi terus solat dan memasak breakfast . Menu kami pagi ini adalah nasi biasa berlaukkan gulai ayam dan berulamkan cucumber yg mana bahannya dibeli di Tesco Express semalam .


Selepas semua anak anak bersiap kami pun terus menuju kehotel lobi . Pemandu kami dah siap sedia menunggu disamping kereta Toyota Estima untuk membawa kami kami keajenda untuk hari ini .






Untuk pengetahuan hari ini merupakan hari Krismis . So pada hari ini semua aktiviti di ibukota ini lumpuh . Tiada public transport berkeliaran pada hari ini . Semua gedung membeli belah ditutup . Ini adalah sebab utama mengapa kami memilih untuk lawatan diluar London pada hari ini .

Tempat yg pertama kami singgah adalah Istana Windsor . Ianya tidak begitu jauh dari bandar London . Disini kami hanya bergambar kenangan .  Cuaca agak mendung dan hujan turun renyai renyai , jadi gambar agak kelam ..





Seterusnya pemandu kami membawa kami ke kawasan Stonehenge dimana ianya merupakan antara 7 wonders didunia ini . Since hari ini merupakan hari krismis jadi kawasan ini juga ditutup  untuk lawatan pelancung . Kami hanya berupaya mengambil gambar dari jauh ( hairannya Stonehenge ini tidak dapat dilihat didalam gambar , satu misteri .... hi hi hi ). Kawasan disini agak berangin dan terasa sejuknya sehingga ke tulang ....







Next ... perjalanan kami ke Bath . Apabila dah hampir dgn Bath , kami ada  juga request pemandu berhenti di kawasan yg menarik untuk berfoto . Gambar dibawah berlatarbelakang bandar lama Bath ...








Sesampainya kami di Bath , kami singgah dimasjid untuk menunaikan solat jamak . Ianya terletak diantara  deretan rumah lama disana . Selesai solat kami makan makanan halal dan menuju serta melawat kawasan ini . Kebanyakkan bangunan disini agak lama sejak kurun yg ke 16 lagi . Bangunan ini nampak gah serta mempunyai ciri ciri senibina yg klasik serta menarik . Semuanya dijaga dengan baik .

Disini kami mengambil masa agak lama , lebih kurang 2 jam . Seronok meninjau kawasan ini , melihat bangunan serta memerhati pelbagai ragam pelancung yg datang disini , ramai serta penuh dgn manusia walaupun hari krismis ( walaupun foto kami tidak mengambarkannya .. ha ha ha ). Adalah juga membeli sedikit cenderahati untuk buat kenangan , syukur ada juga sebuah dua kedai beroperasi dalam hari cuti cuti ini ......












Selepas Bath , kami berpeluang singgah dan bergambar di bangunan berbentuk oval . Kami tidak lama disini , cuaca nya agak sejuk dan angin bertiup agak kencang ......   sejuk weeeh !




Dalam pukul 4 petang ,   kami bergerak pulang ke ibukota London . Sesampai kami di London , kami sempat singgah dan bergambar di Albert Royal Hall dimana artis Malaysia , Allahyarham Sudirman dan Siti Nurhaliza pernah membuat konsert disini




Alhamdulillah , selepas itu kami selamat tiba di hotel kami . Terima kasih kepada abang pemandu atas layanan serta penerangan yg baik mengenai tempat yg kami lawati ....... Sesiapa berminat , bolehlah hubungi beliau !






Sebelah malam , kami dah penat untuk keluar . Jadi selepas selesai tunai tanggungjawab sebagai orang Islam dan dinner masakan yg dimasak isteri dan anak gadis , kami pun tidur ...

Tunggu .... untuk pengembaraan kami seterusnya esookkkkkk 



>>>>>>>>>>>>>>>>>>