Saturday 21 April 2018

Winter Trip : Amsterdam : Europe Day 1

Hai , jumpa lagi .

Alhamdulillah , kami tiba di Schiphol Airport dalam pukul 1 tengah hari  . Kami bergegas turun ke pintu keluar bersama sama penumpang lain . Penerbangan flight kami agak penuh . Suhu ketika itu 2 Degree Celcius . Kedinginan mula terasa menyelubungi badan . Syukur , kami dapat melepasi Kastam serta Imegresen dengan lancar  . Adalah sedikit pertanyaan dari Imegresen mengapa datang kesini . Kami bagitau  , its a family holiday . Dengan perasaan hormat , dia  wish us happy holiday . Schiphol Airport ini merupakan airport berkonsepkan "one stop centre" , ia adalah pusat untuk penerbangan , train station dan bus station , jadi ianya agak sibuk serta penuh dengan manusia . Agak mudah untuk mencari apa yang kita kehendaki , tengok ajer displayboard atau signboard atau tersenang tanya di kaunter pertanyaan . Mereka akan jawab pertanyaan dengan baik . Penggunaan bahasa Inggeris agak meluas disini . Semasa diluar bangunan Schiphol Airport ini kami mengambil peluang mengambil foto . Dalam hati kami sekeluarga amat gembira serta ceria dapat menikmati pemandangan di luar airport . Bagi anak anak , mereka lagilah excited memandangkan ini lah kali pertama mereka menjejaki kaki di tanah negara eropah . Maka terteralah seperti gambar gambar di bawah dengan posing control ayu ...   ha ha ha



wazaruha
ALHAMDULILLAH , WE ARE HERE !




wazaruha




wazaruha



wazaruha


wazaruha


wazaruha


wazaruha






Di Amsterdam , kami menginap di hotel Meininger Amsterdam City West  . Kami booking bilik Sixtuple room untuk 4D3N melalui Agoda.com dengan harga kesemuanya RM1,490.00 . Untuk kesana kami menggunakan train yang cuma 1 stop sahaja iaitu Sloterdjik Station dari Amsterdam Schiphol Airport Station , dalam jangkamasa 15 min perjalanan . Kami membeli tiket one way sahaja . Station ini adalah sederhana besarnya  . Terdapat beberapa hotel disekitarannya .  Juga terdapat perkhidmatan tram dan bus jadi ianya merupakan kawasan yg stratejik untuk dijadikan sebagai tempat penginapan selama bercuti di Amsterdam . Hotel Meininger ini hanyalah bersebelahan dengan station disebelah kiri pintu keluar utama .



wazaruha
Bergambar dihadapan hotel

wazaruha
reception counter


wazaruha
Queen bed ...   suasana bilik


wazaruha
double decker bed

wazaruha
pemandangan diluar hotel


Check in hotel agak cepat walaupun terdapat ramai guest . Staff mereka juga baik serta friendly . Keadaan bilik kami tempah agak luas dimana terdapat 1 queen bed dan 4 katil double decker . Suasana hotel bersih dan nyaman . Terdapat perkhidmatan dapur ditingkat bawah bagi mereka yang ingin memasak serta perkhidmatan washing machine / drier untuk pakaiaan .  Tetapi kami memasak dalam bilik jer ...... melalu rice cooker serta menggunakan bahan bahan makanan yg dibawa dari Malaysia .

Hari ini merupakan hari pertama disini , aktiviti kami cuma berjalan sekitar hotel dan membeli bahan makanan terutamanya beras , mineral water , buah buahan serta sayur sayuran di kedai ala ala mini Tesco iaitu SPARC mini market . Cadangan asal ingin ke Amsterdam Central untuk menaiki canal cruise tetapi memandangkan keletihan , kami  menghabiskan masa berkeliaran disini sahaja ..



wazaruha
Station Amsterdam Sloterdjik 

wazaruha
Shopping bahan bahan makanan

wazaruha
Mini market .. SPARC


wazaruha
suasana di lobby hotel

wazaruha
Good nite .. have a sweet dream in Amsterdam 



Untuk pengetahuan pada musim winter ini , pukul 4 petang dah pun gelap , manakala waktu maghrib bermula 4:30 petang . Jadi waktu siang nya lebih pendek dlm 8 jam , berbanding waktu malam ( 16 jam ) . Diatas kesedaran ini , jadi cadangan perjalanan kami telah saya jadualkan akan bermula pada pukul 7:30 esok pagi selepas solat suboh yg masuk pukul 6:40 pagi .

Esok bermulanya jelajah tempat menarik di Amsterdam ... tunggu yer !



wazaruha
Perjalanan train dari airport ke hotel