Wednesday 1 January 2020

Bercuti di Kuala Terengganu

Assalaimualaikum . Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang .

Ketemu lagi . Selamat Menyambut Tahun Baru 2020 . Semoga tahun ini , 2020 , lebih baik lagi dari tahun 2019 .

Kisah kali ini adalah pengalaman percutian kami di Kuala Terengganu , kisah ringkas .. apakah tarikan di Kuala Terengganu yang terkini .

1. Ikon terbaru . Jambatan " Draw Bridge " - jambatan yg menyambungkan diantara bandar KT dan Seberang Takir  . Ianya dapat diangkat apabila kapal beasr ini melaluinya dan merupakan yang pertama di Asia . Memang menarik kawasan persekitaran ini . Kawasan terletak dimuara sungai Kuala Terengganu . Terdapat banyak bangunan baru disekelilingnya yang masih didalam pembinaan . Jika anda di KT , disyorkan melawat jambatan ikonik ini ..
Diantara aktiviti disini , anda boleh menaiki jambatan ini ke menara 'tingkat peninjau' dan dikenakan fee sebanyak RM5 per pax sahaja . Nikmatilah pemandangan indah bandar KT ini dari atas dan alami pengalaman duduk atau berdiri atas "gelas kaca"  .
Sementara itu , menara sebelah lagi dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2020 khas bagi mereka yang menempah restaurant .

wazaruha

wazaruha

wazaruha

wazaruha



wazaruha

wazaruha

wazaruha

2. Pasar Kedai Payang . Terletak tidak jauh dari jambatan angkat , anda boleh pergi beli belah di pasar Kedai Payang . Pasar ini adalah pasar legend di KT , terdapat banyak pilihan untuk membeli belah terutamanya kain ela yg berasaskan batik serta songket Terengganu . Terdapat juga kuih muih tradisional Terengganu yg harus dicuba . Untuk pengetahuan tapak pasar ini merupakan untuk sementara sahaja . Pasar kekal adalah masih dalam pembinaan semula ditapak Kedai Payang yang asal  .
Bagi mereka yg meminati sejarah/mitos  , bolehlah melawat serta menaiki Bukit Puteri ini yg hanya terletak dihadapan pasar Kedai Payang . Disini adalah tempat peninggalan tuan puteri ,  yg kisahnya baginda merajuk disebabkan pinggan mangkuk yg dipinjam kpd rakyat tidak dikembalikan selepas selesai majlis keramaian pada zaman dahulu kala

wazaruha

wazaruha
Dibelakang merupakan laluan ke Bukit Puteri




 3. Bukit Panorama restaurant . Amat disyorkan untuk makan disini terutamanya untuk dinner . Makanan rasanya sedap dan harga berpatutan . Yang penting , anda makan sambil menikmati pemandangan suasana malam bandar Kuala Terengganu . Waktu kami pergi , hari hujan , jadi kami makan didalam .........
Ada perkara perlu diambil kira adalah :
1). jalan kesini serta suasana agak gelap , perlu ditambah percahayaan .
2). tandas agak usang serta kotor , perlu ditambahbaikan .
3). satu tempat yg berpotensi untuk dijadikan restauran pilihan jika melawat KT

wazaruha


wazaruha


wazaruha


4. Museum  Negeri Terengganu . 
Museum yg menarik perhatian di KT . Cara persembahan menarik dengan artifek dipamirkan didalam bangunan yg berbentuk rumah tradisional Terengganu .



wazaruha


5. Taman Tamaddun Islam ( TTI ), Masjid Kristal dan Terengganu river Cruise .
TTI merupakan salah satu tempat tarikan utama apabila bercuti di Terengganu . Apa yg menarik disini , kita boleh melihat replika ikon ikon monumen masjid yg terdapat diseluruh dunia seperti  , masjid Al Aqsa , Taj Mahal dll .
Disini juga kita dapat melihat keindahan masjid Kristal , tapi sayang  semasa kami melawat , masjid ini ditutup untuk kerja kerja " upgrading " dan " refurbishment ".
Satu lagi tarikan yg pasti menimbul keinginan untuk mencubanya ialah " Terengganu river cruise " ( cruise selama 45 min  ). Kami mencubanya , satu pengalaman yg menarik mengelilingi pulau pulau serta menikmati pemandangan keindahan bandar KT , TTI serta Drawbridge dari sudut atas kapal . Disamping belayar sepanjang sungai , ada pemandu pelancung menerangkan sedikit sebanyak sejarah tempat yg kami lewati . Teringat kami pengalaman menaiki cruise di Vietnam , Amsterdam dan Shanghai .... tapi cruise ini berakhir pada pukul 6:45 petang ,  alangkah indahnya jika ada cruise sebelah malam . Pakej cruise ditawarkan bersama meals ringkas seperti sup , nasi air dan mi goreng tetapi malangnya tanpa air ... kena order dan bayar sendiri ...ha ha ha . Satu lagi , meals ini hanya boleh dinikmati selepas selesai cruise dan direstaurant berhampiran dengan TTI , bukannya diatas kapal .
Pada pandangan saya , beberapa perkara perlu dipertingkatkan lagi :
1. Meals to include air ... at least the smallest bottle of mineral water
2. Menu meals ... ditambah kepada masakan tradisional Terengganu seperti nasi dagang atau nasi kerabu
3. Mewujudkan banyak tempat tempat khas untuk "selfie " atau "welfie " ... banyak terdapat di Indonesia seperti Bandung , Medan dll ... menarik lebih ramai remaja / pelawat .
4. Pakaian seragam pekerja berdasarkan tradisional dress ... cadangan : pakaian berbatik , bertanjak bagi lelaki  , kebaya longgar bagi perempuan



wazaruha


wazaruha


wazaruha

wazaruha


wazaruha




wazaruha


wazaruha




wazaruha



wazaruha

wazaruha




6. Melawat Tasik Kenyir , Duty Free Shop 
Salah satu tasik buatan yang terbesar di Malaysia . Tasik kenyir ini memang dah terkenal bagi pelancung di sini . Antara yg menarik , water park , rumah bot , lubuk  ikan kelah dan elephant sanctuary . Tarikan terbaharu adalah Duty Free Shop . Kami kesini pada hari itu adalah semata mata ingin membeli coklat di Duty free shop ini . Kawasan kedai ini tidak lah sebesar kedai di Langkawi , tetapi harganya masih sama seperti harga duty free shop disana , dan bestnya harga menjadi lebih murah apabila ada promosi " sale " .





wazaruha


wazaruha



wazaruha

wazaruha


wazaruha


>>>>     SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2020  >>>>>>>>


2 comments: