Monday 15 October 2018

Winter Trip : Amsterdam / Switzerland : Europe Day 4


Today is our last day in Amsterdam . Wake up early in the morning  , took our bath and had a heavy breakfast which my wife and daughter prepared before their sleep . After that we  check out from our hotel at 6 am which is before Suboh . Our plan is to pray at the Schiphol Airport . We rush to the train station and bought the one way train ticket to the airport . Kali ini kami akan menaiki pesawat Easyjet untuk terbang ke Switzerland iaitu ke airport Basel Mulhouse .

Sampai sahaja di Schiphol Airport , kami terus pergi kekaunter check in dan settled drop bag . Sebenarnya kami membeli ticket fast lane , jadi urusan menjadi cepat walaupun ramai penumpang lain . Selepas itu seterusnya kami pergi mencari surau untuk solat subuh . Sebenarnya terdapat surau di departure lounge tetapi puas kami cari tapi tidak ketemui . Cuba mendapat matlumat melalui phone information counter dimana reception memberi guide tetapi ianya juga tidak ketemui . Akhir sekali kami pilih disatu sudut yang agak lenggang serta terpencil dan disitulah kami mendirikan solat subuh . Alhamdulillah selesai sudah kewajipan kami .

Selepas itu kami terus keboarding gate . Terdapat ramai penumpang beratur  . Bagi kami , kami terus bergerak ke fast lane line  . Semua urusan menjadi senang disebabkan kami adalah pemegang fast lane priority passenger , berbaloi membayar sedikit extra .... semuanya diutamakan dari mula mula check in , bag drop seterusnya  boarding pesawat . Kami mendapat pengalaman yang agak baik dengan Easyjet ini . Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 40 min .



wazaruha
Hari terakhir kami di hotel ini . Ready untuk check out

wazaruha
Sunyi sepi di subuh hari

wazaruha
Menunggu train ke Schiphol Airport . Not so many people around


wazaruha
At the airport

wazaruha
Done solat

wazaruha

wazaruha

wazaruha
Our Easyjet flight to Switzerland . Airbus A319/320

Alhamdulillah kami landed di Basel Mulhouse Airport lebih kurang pukul 10 pagi . Sampai sahaja diairport , kami terus ke SBB kaunter untuk membeli tiket 3 days SWISS Pass untuk 4 orang ( CHF210 per pax ) dan si bongsu dapat free ( 15 tahun dan kebawah tiada bayaran dikenakan  ).
Dari situ kami menaiki bas #50 untuk kestesen keretapi Basel Bahnhof . Rancangan perjalanan kami hari ini ialah seperti berikut :
1. Menaiki keretapi dari Basel ke Luzern . ( 1 jam )
2. Melawat tempat yang menarik di Luzern. ( 1 jam )
3. Menaiki "Panoramic train" dari Luzern ke Interlaken OST ( 2 jam 32min )
4. Menaiki keretapi dari Interlaken OST ke Lauterbrunnen . ( 20 min )
5. Menginap di Valley Hostel di Lauterbrunnen . Malam melawat sekitar Lauterbrunnen .



wazaruha
SBB ticket kaunter di Basel Mulhouse Airport

wazaruha
Train ke Luzern

wazaruha
Dihadapan Stesen Keretapi di Luzern

wazaruha

wazaruha
Santai berjalan menjelajah bandar Luzern





Setibanya kami di Luzern , kami terus ke tourist information center bagi mengetahui dimana lokasi Luggage Locker serta mengambil risalah tempat tempat yang menarik dan peta bandar Luzern . Locker tak jauh dari situ , cara menyimpan agak senang , cari locker yang bersesuai dengan size bag , masukkan siling or credit card . Rate berdasarkan masa . Saya lupa rate sebenar tapi tak silap dalam hanya 1Euro sejam .
Selepas itu kami berjalan kearah jambatan kayu yang famous iaitu Chapel Bridge  . Kami menghabiskan masa disini dalam sejam . Mulanya dalam rancangan melawat masjid serta Lion Monument tetapi disebabkan kekangan masa serta badan dah letih , kami batalkan . Insyaallah ada rezeki , dilain trip kami boleh ziarah kembali ...

Saat yang dinantikan telah tiba , lebih kurang pukul 3 petang , kami bertolak ke Interlaken OST dengan menaiki Panoramic Train . Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan yg amat mengujakan ...  sungguh indah !  Subhanallah  ... bumi Switzerland dipenuhi dengan salji yg memutih yg berlatarbelakangkan tasik serta gunung ganang . Terdapat juga rumput yg menghijau serta rumah rumah kayu nan indah . ... tiada kata kata yg boleh mengambarkannya . Bagi kami , this is The most beautiful scenic view on earth that we ever seen . Alhamdulillah


wazaruha
Excited menaiki panoramic train

wazaruha
have a light snack

wazaruha
View yg menghijau walaupun dimusim sejuk

wazaruha
Kebanyakkan rumah disini dibuat dari kayu

wazaruha
Dikawasan dimana salji turun agak lebat

Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan selama 1 jam dengan pemandangan yg memukaukan kami tiba di Interlaken OST . Dari situ kami tukar train ke Lauterbrunnen . Perjalanan kesana pula mengambil masa 20 min . Ramai daripada penumpang turun dan tinggal di resort berhampiran di Interlaken OST . Adalah 2 , 3 family meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen seperti kami . Oh ya ! kami sempat berkenalan satu couple honeymoon dari Korea Selatan . Banyak juga kami berborak tetapi lupa nak minta matlumat social media masing masing . Anyhow happy honeymoon & good to know you  guys !




wazaruha
Selamat datang ke Lauterbrunnen


wazaruha

wazaruha
Gambar diambil oleh isteri pasangan Korean sebelah saya itu



Sesampainya kami di Lauterbrunnen ,kami terus berjalan menuju ke hotel yang kami tempah iaitu  " Valley Hostel " . Only short distant from train station by walking . Kami menempah dua bilik disini , satu double dan satu triple . Sebab utama kami memilih hotel ini disebabkan review yg baik , berdekatan dengan COOP mini market , train station untuk perjalanan kami the Top of the Europe mountain ( Wengen - Kleine Scheidegg - Jungfraujoch ) serta cable car station untuk ke Murren - Schilthorn  . Yang penting kami boleh lihat waterfall Staubach  dari bilik hotel kami . Satu lagi waterfall yg famous berhampiran  ialah Trummelbach yang boleh dilawati dgn public bus . Dihotel ini  ada tempat memasak yg selesa , walaupun terpaksa berkongsi dengan penginap yg lain .Bayaran yg dikenakan ialah CHF440 ( 3D2N ) . Sesiapa yang ingin basuh pakaian ada laundry shop terletak dibangunan berhadapan  dengan Valley Hostel . Sepanjang menginap disini kami berkenalan dengan keluarga dari Singapura dan Malaysia . Ini menunjukkan hotel ini agak famous dengan warga Asia .

Selepas check in , my wife dan daughter terus memasak untuk hidangan malam . Terasa enak dan lazat , makan nasi dengan berlauk  ikan belas , daging masim , sambal hitam serta berulamkan cucumber yang dibeli dari COOP . Sebelah  malam kami hanya bersantai sambil menikmati pemandangan indah disini . Saya dan anak bujang lelaki keluar melihat sekeliling bandar Lauterbrunnen . Disebabkan cuaca sejuk serta suhu -2 Darjah Celcius , kami hanya bertahan lebih kurang 15 min jer , kemudian terus pulang ke hotel . Selepas itu terus  ZZZZZZ

Esok .... Tunggu ! Kembara ke Jungfraujoch  . Good nite

wazaruha
Valley Hostel




wazaruha
Bilik double

wazaruha
Bilik triple

wazaruha
Tempat menasak

wazaruha
Dining hall
wazaruha

wazaruha




wazaruha
Good Night and sweet dreams !

Rumusannya pada hari ini kami banyak pergerakkan iaitu beribu ribu KM jauhnya , dari Amsterdam menuju ke Switzerland  . Berbaloi rasanya menguna pesawat dapat menjimatkan masa serta badan tidak cepat penat ......


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>