Wednesday 1 August 2018

Winter trip : Amsterdam : Europe Day 2 ... afternoon


PETANG :

Selepas lunch dan solat jamak , kami pun keluar dari hotel ke stesen keretapi yg berhampiran . Kali ini kami menaiki keretapi menghala ke Amsterdam Central kira kira 10 min perjalanan  . Dari sana , kami berjalan keluar mengehala stesen bus untuk terus ke Volendum . Kami mengambil bus # 316    .Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 min . Bus ini jenis berhenti henti , terdapat ramai penumpang especially anak anak muda Belanda ...  agak seronok melihat gelagat  mereka , yg kebanyakkan baru  balik sekolah . Sepanjang perjalanan , kami melalui kawasan country side .... permandangan agak memukau ..kelihatan rumah Belanda yg unik serta taman taman yg menghijau walaupun di musim sejuk .....



wazaruha


Tiba disana , kami turun di bus stop Volendum, Julianaweg/Centrum . Bus stop ini memang kecil . Suasana Volendum agak sunyi . Ketika kami sampai tidak ramai tourist mahupun penduduk tempatan mereka . Bandar pekan ini juga agak kecik tetapi tersusun indah . Kami berjalan jalan dikawasan sekitar meninjau keadaan bandar disini . Kedai kedai pakaian terdapat banyak buat offer discount untuk perayaan hari krismas . Juga terdapat dekorasi indah sempena menyambut perayaan ini . Untuk pengetahuan , Volendum ini merupakan sebuah perkampungan moden nelayan . Untuk melawat kesini , selain pilihan datang sendiri , terdapat banyak tourist pakej yg boleh ditempah untuk datang disini termasuk pakej yg dioffer oleh pehak hotel . Tak ramai tourist , mungkin disebabkan musim winter serta menghampiri hari krismas , jadi mereka lebih selesa berada dirumah bersama keluarga membuat persiapan untuk perayaan tersebut .



wazaruha



wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha


Kami terus berjalan sehingga kami sampai kawasan pantai yang mana terdapat banyak deretan rumah rumah kedai yg menjual berbagai barangan untuk tourist . Selain itu terdapat banyak  cafe dan restaurant bertaburan disini . Yang istimewanya  terdapat juga kedai yg menawarkan sesi sewa pakaian baju Belanda untuk fotografi . Tapi kami hanya melihat sahaja .... Kebanyakkannya tourist Indonesia gemar menyewa serta berfoto disini .

wazaruha

Setelah beberapa langkah berjalan kehadapan , kami temui gerai masakan seafoods seperti yg diceritakan oleh blogger blogger apabila datang kesini . Tanpa buang masa , kami order fish n chips serta sejenis ikan yg sangat sedap dimakan . Lupa nama serta harganya .... hi hi hi

wazaruha

Rasanya amat berbaloi melawat kawasan perkampungan nelayan Volendum ini . Selepas menikmati masakan seafoods ini sambil berehat dibangku disamping patung nelayan ( agaknya ada cerita yg tersendiri mengenainya ) , kami pun mula beredar menuju ke bus stop untuk kembali ke Amsterdam Central . Jangan lupa no. bus #316 ,  yer ! . Tapi sebelum itu , kami tercari cari public toilet .... tetapi tidak kelihatan . Akhir sekali kami kepusat belibelah ala Aeon , disamping menggunakan toilet disana , dapat lah kami shopping sikit barangan untuk kenangan . Kami meninggalkan Volendum dalam pukul 4 petang  ..... tetapi hari dah makin gelap sebab musim winter , masa siang agak singkat  .. Untuk pengetahuan waktu maghrib disini dalam 4:30 petang


wazaruha

wazaruha


Dalam pukul 5:00 petang , kami dah tiba di Amsterdam Central . Station ini tidak jauh dari Dam Square dimana ianya merupakan pusat tarikan di Amsterdam . Disini juga terdapat banyak restaurant dan makanan halal . Kami cuma berjalan kaki kesini , hanya dalam 5 min jer dari Amsterdam Central .

wazaruha

wazaruha


Sebelum kami membeli makanan halal ini , kami singgah ke Primark . Terdapat ramai pengunjung disini .. kebanyakkan mereka shopping untuk menyambut perayaan Krismas . Harga harga disini sungguh murah ... range harga dari Euro1....  Anak gadis saya ada membeli winter but yg baru dlm Euo2 jer .. Yang lain lain , main sambar saja apa yg patut !







Selepas semua shopping settled , kami kekedai halal . Dah penat nak makan disini jadi kami buat keputusan mengbungkus 3 biji Kebab yg sizenya agak besar untuk dibawa pulang ke hotel  . Cukuplah untuk kami berlima ini yg slim slim belaker ha ha ha ... Harganya dlm linkungan Euro6 - Euro 8 sebiji



wazaruha
Amsterdam Central


wazaruha

Akhir sekali , kami menaiki keretapi dari Amsterdam Central ke station keretapi yg berhampiran dengan hotel kami .....




Selepas mandi , solat dan dinner dibilik , tak disedari kami tertidur kepenatan .  Alhamdulillah dengan pembeliaan tiket , ATT one day pass , kami dapat jelajah 3 tempat yg menarik hari ini . Menjimatkan ! .  Sehingga ketemu lagi cerita kembara kami esok ... see ya !

Untuk panduaan  , waktu solat disini :
Dzuhur : 12:30 tengah hari .
Asar : 2:30 petang
Maghrib : 4:30 malam
Isyak : 6:30 malam
Subuh : 6:30 pagi


Perjalanan dari hotel ke Volendum


>>>>>>>>>>>>>>>>>>