PETANG :
Selepas lunch dan solat jamak , kami pun keluar dari hotel ke stesen keretapi yg berhampiran . Kali ini kami menaiki keretapi menghala ke Amsterdam Central kira kira 10 min perjalanan . Dari sana , kami berjalan keluar mengehala stesen bus untuk terus ke Volendum . Kami mengambil bus # 316 .Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 min . Bus ini jenis berhenti henti , terdapat ramai penumpang especially anak anak muda Belanda ... agak seronok melihat gelagat mereka , yg kebanyakkan baru balik sekolah . Sepanjang perjalanan , kami melalui kawasan country side .... permandangan agak memukau ..kelihatan rumah Belanda yg unik serta taman taman yg menghijau walaupun di musim sejuk .....
Tiba disana , kami turun di bus stop Volendum, Julianaweg/Centrum . Bus stop ini memang kecil . Suasana Volendum agak sunyi . Ketika kami sampai tidak ramai tourist mahupun penduduk tempatan mereka . Bandar pekan ini juga agak kecik tetapi tersusun indah . Kami berjalan jalan dikawasan sekitar meninjau keadaan bandar disini . Kedai kedai pakaian terdapat banyak buat offer discount untuk perayaan hari krismas . Juga terdapat dekorasi indah sempena menyambut perayaan ini . Untuk pengetahuan , Volendum ini merupakan sebuah perkampungan moden nelayan . Untuk melawat kesini , selain pilihan datang sendiri , terdapat banyak tourist pakej yg boleh ditempah untuk datang disini termasuk pakej yg dioffer oleh pehak hotel . Tak ramai tourist , mungkin disebabkan musim winter serta menghampiri hari krismas , jadi mereka lebih selesa berada dirumah bersama keluarga membuat persiapan untuk perayaan tersebut .
Kami terus berjalan sehingga kami sampai kawasan pantai yang mana terdapat banyak deretan rumah rumah kedai yg menjual berbagai barangan untuk tourist . Selain itu terdapat banyak cafe dan restaurant bertaburan disini . Yang istimewanya terdapat juga kedai yg menawarkan sesi sewa pakaian baju Belanda untuk fotografi . Tapi kami hanya melihat sahaja .... Kebanyakkannya tourist Indonesia gemar menyewa serta berfoto disini .
Rasanya amat berbaloi melawat kawasan perkampungan nelayan Volendum ini . Selepas menikmati masakan seafoods ini sambil berehat dibangku disamping patung nelayan ( agaknya ada cerita yg tersendiri mengenainya ) , kami pun mula beredar menuju ke bus stop untuk kembali ke Amsterdam Central . Jangan lupa no. bus #316 , yer ! . Tapi sebelum itu , kami tercari cari public toilet .... tetapi tidak kelihatan . Akhir sekali kami kepusat belibelah ala Aeon , disamping menggunakan toilet disana , dapat lah kami shopping sikit barangan untuk kenangan . Kami meninggalkan Volendum dalam pukul 4 petang ..... tetapi hari dah makin gelap sebab musim winter , masa siang agak singkat .. Untuk pengetahuan waktu maghrib disini dalam 4:30 petang
Dalam pukul 5:00 petang , kami dah tiba di Amsterdam Central . Station ini tidak jauh dari Dam Square dimana ianya merupakan pusat tarikan di Amsterdam . Disini juga terdapat banyak restaurant dan makanan halal . Kami cuma berjalan kaki kesini , hanya dalam 5 min jer dari Amsterdam Central .
Sebelum kami membeli makanan halal ini , kami singgah ke Primark . Terdapat ramai pengunjung disini .. kebanyakkan mereka shopping untuk menyambut perayaan Krismas . Harga harga disini sungguh murah ... range harga dari Euro1.... Anak gadis saya ada membeli winter but yg baru dlm Euo2 jer .. Yang lain lain , main sambar saja apa yg patut !
Selepas semua shopping settled , kami kekedai halal . Dah penat nak makan disini jadi kami buat keputusan mengbungkus 3 biji Kebab yg sizenya agak besar untuk dibawa pulang ke hotel . Cukuplah untuk kami berlima ini yg slim slim belaker ha ha ha ... Harganya dlm linkungan Euro6 - Euro 8 sebiji
Amsterdam Central |
Akhir sekali , kami menaiki keretapi dari Amsterdam Central ke station keretapi yg berhampiran dengan hotel kami .....
Selepas mandi , solat dan dinner dibilik , tak disedari kami tertidur kepenatan . Alhamdulillah dengan pembeliaan tiket , ATT one day pass , kami dapat jelajah 3 tempat yg menarik hari ini . Menjimatkan ! . Sehingga ketemu lagi cerita kembara kami esok ... see ya !
Untuk panduaan , waktu solat disini :
Dzuhur : 12:30 tengah hari .
Asar : 2:30 petang
Maghrib : 4:30 malam
Isyak : 6:30 malam
Subuh : 6:30 pagi
Perjalanan dari hotel ke Volendum |
>>>>>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment