Kembali kepada kembara kami pada hari kedua di Amsterdam . Seawal 5:30 pagi kami dah bangkit , memasak untuk sarapan dan untuk lunch , serta bersolat subuh bila sampai waktunya . Anak anak masih berselimut kesejukkan ... tetapi mereka tetap bersiap awal untuk lawatan pagi ini . Terdapat 2 agenda kami pada hari ini , sebelah pagi melawat Zaanse Schans dan sebelah petang melawat perkampungan nelayan di Volendum .......... .
PAGI :
Keluar hotel kami terus ke kaunter stesen keretapi Amsterdam Sloterdijk yg berhampiran untuk membeli tiket 1 day ATT Pass , Euro 16 per person ..... , dimana keuntungannya ia cover perjalanan kami menaiki keretapi serta bas untuk kedestinasi kami pada hari ini . Bila trip sendiri ni kita bebas buat perancangan untuk menjimatkan kos travelling . Kalau kita kurang pasti , pekerja kaunter atau tourist police boleh membantu kita .
Untuk pilihan perjalanan ke Zaanse Schans , kita boleh pilih samada 1). menaiki Keretapi dari Stesen Sloterdijk terus berhenti di Stesen Koog Zandijk . Selepas itu terus berjalan lebih kurang 15 min ke destinasi ( masa tercepat ) . Atau ... 2). ambil keretapi dari Stesen Sloterdijk terus berhenti di Amsterdam Central , dari sana ambik bus no. 391 terus berhenti di Zaanse Schans ( 40 min perjalanan )
Bersiap - siap untuk bergerak |
Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi ke Zaanse Schans . Kami berhenti dan turun distesen Koog Zandijk selepas 20 min masa perjalanan .... , dari situ kami ada bertanya pada penduduk disitu untuk pastikan arah dan mereka secara baik menerangkan serta menunjuk kearah yg patut kami lalui . Pertanyaan itu hanya untuk confirmation dan ambil peluang beramah mesra dgn orang Belanda , sbb kami menggunakan "Google Map" bagi navigate kami kearah yg betul . Jadi dari stesen keretapi tersebut , kami terus berjalan kaki kearah Zaanse Schanse . Perjalanan memakan masa lebih kurang 13 min tetapi dalam cuaca sejuk sebegitu , kita tak terasa lamanya . Sepanjang perjalanan , kami menikmati pemandangan serta terpegun melihat keindahan serta kebersihan rumah rumah orang Belanda ni .
Perjalanan semakin hampir ke Zaanse Schanse bila kita menyeberangi jambatan seperti gambar dibawah ini . Difahamkan jambatan ini boleh terangkat apabila kapal ingin melalui dibawahnya . Kelihatan kincir kincir air berderetan seperti menyambut kedatangan kami sekeluarga . Agak senang untuk melawat kawasan ini . Terdapat layout yg besar untuk kita fahami tempat yg menarik untuk kita lawati kawasan dipersekitarannya . Kami tiba disana dalam jam 9 pagi , jadi masih tidak ramai tourist datang .... . Disini cuaca agak berangin dan menambah lagi kesejukkan kami . untuk pengetahuaan suhu sekitar 2 Darjah Celcius . Isteri suka memakai rayban disebabkan boleh melindungi mata dari terkena angin sejuk yg boleh menyebabkan mata berair .
Acara kami , kebanyakannya berfoto di kawasan ini berlatarbelakangkan kincir air , bangunan yg unik serta pokok pokok yg tiada di Malaysia . Dalam pukul 10 pagi baru terdapat gerombolan tourist yg kebanyakkannya dari negara China .... tidak ketinggalan juga tourist dari Malaysia dan Indonesia ... . Kami sempat beramah mesra dengan seorang pensyarah yg datang bersama keluarga dari Kuantan , Pahang . Tapi lupa nak berfoto buat kenangan ...
Antara lain kami singgah di Cafe untuk membeli hot chocolate serta chocolate bar , tempat jualan cheese dimana kami sempat memborong beberapa kilo cheese berbagai perisa ... hi hi hi .... serta melawat rumah contoh Belanda bersama ahjuma - ahjuma Belanda . Akhir sekali kami melawat tempat buatan terompah Belanda .
bersama " ahjuma - ahjuma Belanda " |
terompah gergasi -- antara tarikan di Belanda |
Akhir sekali dalam pukul 10:30 pagi , kami bergerak ke stesen keretapi untuk kembali ke hotel . Dalam 20 min kami dah sampai ke hotel dimana kami makan tengah hari serta menunggu waktu Zuhur untuk solat jamak . Selepas itu kami bergerak ke stesen keretapi untuk agenda kami seterusnya , ke kampung nelayan Volendum , ..... . Sehingga ketemu lagi untuk kembara kami seterusnya disana ..
Perjalanan dari hotel ke Zaanse Schans |
........>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment