Tuesday, 25 September 2018

Winter trip : Amsterdam : Europe Day 3

Alhamdulillah , dah masuk hari yg ketiga kami berada diAmsterdam . Nampaknya cuaca sejuk dah menjadi sebati dengan diri kami ,  jadi pada hari ketiga ini kami menjadi lebih selesa mengharungi musim winter di Amsterdam . Suhu terkini antara 0 hingga 2 Degree Celcius . Program kami pada hari ini ialah :
- Melawat Madame Tussaad .
- Melawat area Dam Square, Daamraak
- Melawat Bloemenmarket.
- Melawat Albert Cuyp Market.
- Canal cruise ( Night Cruise )

Selepas heavy breakfast didalam hotel dengan menyediakan makanan  bekalan dari Malaysia , kami terus berjalan ke stesen bas yg berhampiran dengan hotel . Bagi menjimatkan kos , kami membeli tiket    GVB @ 1day E7.5pax ( Jika ingin lebih dari satu hari , kami syorkan @2days E12.5pax @3daysE17.00pax ). Kami beli tiket ini dikaunter yg terletak didalam stesen kertapi berhampiran .
Naik bus #281 , dimana perjalanan selama 20 min dan apabila sampai , bas terus berhenti di stesen dihadapan antara Amsterdam Central Stesen dan Dam Square .



wazaruha
Menunggu bus#281  untuk ke Amsterdam Central ( tidak jauh dari hotel )



wazaruha
Dikawasan Dam Square .. cantik bangunan ini

Dari situ kami terus menapak ke dataran . Sebenarnya tiket yg kami beli melayakkan kami menaiki tram tetapi kami hanya berjalan kaki , exploring suasana pagi di sini . Ketika ini tidak ramai pengunjung sebab waktu masih pagi . Sepanjang perjalanan berjalan kaki , kami tempuhi dan melepasi  Primark Amsterdam , H&M , halal restaurant serta terjumpa  juga , Adults Museum , Body Worlds Museum , Red District .. tetapi kami tak singgah cuma tinjau dari jauh .

wazaruha
Morning walk ....  berjalan rasa selesa dengan cuaca yg dingin 




wazaruha

wazaruha


Kami terus berjalan sehingga ketemui Madame Tussaud . Kami dah beli tiket online , special package included canal cruise serta fast lane , melalui website " Tours & Tickets " . Berbaloi , harganya murah berbanding membeli tiket dikaunter ..Madamme Tusaad @ 5 pax ,  Euro19.7 per pax ( Online : Euro 84.5 )Canal cruise @ 5 pax , Euro16 per pax ( Online : Euro 62 ) . Untuk pengetahuan , bagi yang berumur 15 tahun kebawah terdapat " special discount" atau "free" bergantung apa pakej yg ditawarkan . Beruntunglah sibongsu kami ..


wazaruha
Berfoto didepan bangunan Madame Tussaud

wazaruha
With King & Queen of Netherland


wazaruha
Horray ... Messi

wazaruha
007 .. James Bond

wazaruha
My date 

Selesai bercanda serta bergambar dgn artis lilin didalam Madame Tussaud , kami pun keluar dan bergambar pula didataran Daamraak berhampiran . Program seterusnya ke Bloemenmarket dan Albert Cyup . Kami bersepakat mencuba Tram untuk kesana . Ianya tidak jauh dari sini , selang beberapa stop sahaja  . Untungnya GVB@ 1 day pass , kami boleh menaiki samada bus atau tram sepanjang 1 hari tiada batas kekerapan naik turun , yg penting tap " in "dan "out" pass tu jer .

Keadaan Albert Cyup market menyerupai pasar malam serta pasar tani di Malaysia . Terdapat banyak barang yg dijual disini termasuk pakaian , cenderamata , makanan , buahan , sayuran serta kehidupan laut yg fresh serta bersaiz "king"  yg jarang kita lihat di Malaysia . Kami membeli sedikit hadiah kenangan , buah buahan serta crepe nutella yg dijual oleh pasangan muslim . Sedap rasanya ! Lunch dengan Crepe dan buah .. ha ha ha .Agak senang untuk mencari makanan halal disini . Juga harga cenderamata disini seperti key chain dan fridge magnet agak murah .



wazaruha


wazaruha
Memilih cenderamata ...  sampai terlelap !

wazaruha
Kawasan berfoto yg paling banyak  diambil apabila diAmsterdam

wazaruha






wazaruha
Sedap Crepe nin


wazaruha


wazaruha




Selesai menghabiskan masa disini , kami terus berjalan kearah tram untuk ke stesen bus dan bertujuan untuk  balik kehotel  . Tetapi sebelum itu kami singgah di halal restaurant untuk dinner bagi menghilangkan kelaparan kami . Niat kami ingin kemasjid Ar Rahman , tetapi disebabkan hal yg tak dapat dielakkan terpaksa dibatalkan . Insyaallah ada rezeki dan panjang umur , boleh pergi next trip .


sebenarnya disaat ini semuanya lapar !


wazaruha
Alhamdulillah kenyang  , Big portion .. dalam Euro 10 per plate





Disebelah malam pula , kami  kembali semula kesini untuk night canal cruise . Final night activity in Amsterdam !


wazaruha
kami menggunakan perkhidmatan LOVERS

wazaruha

wazaruha
senyuman untuk camera .. selepas itu , semua  Z Z Z Z Z

wazaruha


wazaruha


Untuk night cruise ini , tambahan bayaran dikenakan sempena perayaan hari krismas yg dipanggil " Water Colors Cruise surcharge " sebanyak Euro 32.50 untuk 5 pax . Pemandangan agak indah dengan deretan lampu neon warna warni menyinari sepanjang cruise ini serta " Water Colors " show . Cruise ini mengambil masa lebih kurang 40 min . Kami agak keletihan dan tetidur seketika sepanjang cruise tersebut . Selesai ajer , kami pun bergegas keluar untuk menaiki bus terus menuju pulang kehotel . Selesai membersih diri dan solat , kami pun terus masuk tidur . Alhamdulillah selesai sudah agenda kami pada hari ini .

Sepanjang perjalanan kami di Eropah , kami menggunakan "Google Maps" untuk navigate kami  kearah tempat yang ingin kami lawati  . Semuanya details , pilihan samada menaiki tram , bus atau train .. siap info tentang no. kenderaan serta waktu bertolak, tiba ..dan lain lain lagi.. yang penting mempunyai WIFI ,, sebab itu saya siang siang dah tempah serta menyewa poket wifi dari syarikat Travel Recommend , Malaysia ! Para pembaca blog ini bolehlah tiru macam saya .. hi hi hi

Esok ... menuju ke SWITZERLAND by Easyjet ! Tunggu !!!!


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


No comments:

Post a Comment