Saturday, 10 November 2018

Bercuti di Muar , Johor


Sekarang kami kerap bercuti di Muar , Johor . Ini adalah kerana salah seorang daripada anak kami sedang menuntut di UIAM , Pagoh , jadi apabila ada masa free , kami akan pergi menziarahi beliau . Kata orang sambil menyelam , minum air . Sebenarnya ,terdapat banyak tempat yg menarik serta makanan yang enak di Muar ni .

Memandangkan kami dari timur . Selalunya perjalanan kami adalah melalui Gambang , Bandar Muadzam Shah dan bandar Segamat , seterusnya menempuhi Bukit Kepong dan akhir sekali  menuju ke Pagoh serta kebandar  Muar .  Ada option lain iaitu melalui Kampung Alai , Gunung Ledang serta Bukit Gambir .... Jalan lain adalah melalui highway LPT , Karak dan PLUS tetapi perjalanan makan masa yang amat jauh lebih kurang 6 jam .

Selain daripada makanan yg enak , Muar juga terkenal dgn bandar Diraja Maharani dan merupakan daerah yg terbersih di Asia . Apa yg menarik juga disini terdapat banyak kebun kebun tanaman pokok landscape .

Diantara hotel yg pernah kami bermalam di Muar ialah Hotel Tropicana Boutique , Citizen dan Grace . Terbaik adalah Hotel Tropicana Boutique .  Hotel diMuar ini ada juga yg berkonsepkan kabin/kontena serta resort . Yang berkonsepkan kabin , Insyaallah satu hari nanti kami akan cuba . Terbaru kami cuba tinggal di Muo Resort ... a new gems in Muar town . Nampaknya ianya  juga salah satu hotel yg menarik yg berkonsepkan kampung .....


wazaruha
Entrance to the resort

wazaruha

wazaruha

wazaruha
Bersantai samnil minum kopi disini

wazaruha


wazaruha

wazaruha



wazaruha
our deluxe room

wazaruha


wazaruha
Antara pokok landscape yg menarik perhatian 

wazaruha
Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh




Resort ini terletak ditengah tengah bandar Muar bukannya terletak bersebelahan dengan  Sungai atau Laut , tetapi perasaan kita apabila aje berada dikawasan resort ini kita boleh rasakan seolah olah kita berada ditempat tersebut . Laluan masuk agak kecil tetapi apabila dah diperakangan resort , kita terasa nyaman serta feeling terasa suasana kampung dengan kawasan parking agak luas serta deretan bilik yg menarik . Saya pasti anak anak akan suka .... dimana terdapatnya kandang arnab , meja permainan ping pong serta karaoke . Boleh juga sembang santai dgn minum kopi FOC dihalaman berhampiran check in counter ...  hmm mendamaikan .


Disamping hotel yg menarik ini , terdapat berbagai tempat makanan yg menarik di Muar yang kami telah pergi dan rasai  . Contohnya  :
1.Ikan bakar Sabak Awor ,
2.Asam pedas dekat Balai Bomba ,
3.Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
4.Mee Bandung Udang Galah Muo Ori  .
5.Food truck dikawasan station bus Muar . ( Malam sahaja )
6.Food court diseberang jalan depan Hotel Tropicana Boutique . ( Malam sahaja )
7.Warung nasi ayam madu dan aneka Sup . ( Sarapan & berhampiran Muo Resort )
8.Warung Ayam Penyek . ( Berhampiran Muo resort )
9.Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh

Rasanya amat enak serta harga yg berpatutan .

Insyaallah dilain kunjungan kami akan cuba Kopi Muar dan Satay Muar ..







1 comment:

  1. http://hukum.uma.ac.id/2019/12/09/lomba-foto-lingkungan-kampus-uma-2019-fakultas-hukum-uma/

    ReplyDelete