Thursday, 13 December 2018

Denial boarding by AirAsia

Salam semua .


wazaruha




Semua orang bila ingin pergi bercuti keluar negara dengan menaiki pesawat impikan semuanya smooth  bermula dari check in , boarding dan seterusnya berlepas " take off " . Tetapi semuanya tidak begitu , saya percaya ada diantara kita yg mempunyai pengalaman pahit dan manis  bila menaiki pesawat . Selalunya yang "Manis" ditelan jer , habis cerita .... tetapi bila tang yang "Pahit" tu lah yang kita luahkan  , yang mana selalunya famous word ialah "miss flight"  or " denial from boarding " .  Alasannya adalah samada lambat untuk "check in"  atau  " boarding " disebabkan kelewatan tiba di boarding gate  or seribu macam  alasan  lagi .

Berikut adalah pengalaman kami dengan pesawat AirAsia . Kami sepatutnya menaiki pesawat QZ135 ETD : 10:00 pagi ke Medan . Proses check in smooth dan selesai bag drop lebih kurang pukul 8 pagi . Pada  boarding pass tertera boarding time pukul 9:20 pagi  dan gate akan ditutup dlm 9:40 ( Hanya 20 min ...  agak terkejut masa agak pendek yg diberikan  , mungkin kami tak perasan duration tersebut sebelum ini )

Selepas itu kerana masih ada masa , kami bergerak ke food court yang berhampiran untuk bersarapan . Dalam pukul 9 pagi , kami mula berjalan untuk kedewan perlepasan antarabangsa seterusnya melepasi imigresen . Ketika berjalan , salah seorang anak mengadu sakit perut untuk hajat besar . Mungkin kerana masalah sakit perut , beliau mengambil masa agak lama dimana waktu itu jam menunjukkan pukul 9:30 pagi . Dalam hati dah berdebar . Saya buat keputusan , saya , isteri serta 2 anak berjalan terus ke boarding gate  Q17 . Sementara seorang anak lagi menunggu si adik  yang masih didalam tandas . Bila berhampiran kaunter final checking , saya menunggu 2 orang anak sementara isteri bersama 2 anak terus ke boarding gate  Q17 . Menurut mereka , mereka tiba disitu dalam pukul 9:45 pagi ( 5 min lewat ) tetapi sudah tidak dibenarkan masuk . Bersama mereka terdapat 3 orang penumpang wanita  lagi dan sekeluarga suami isteri bersama anak anak yg masih kecil  , yg juga tidak dibenarkan masuk boarding . Mereka cuba merayu tetapi gagal . Saya tiba sejurus selepas itu dlm 9:50 pagi . Terpampang didepan mata pesawat AirAsia masih disitu ( parking bay ) . Tetapi saya akur dan redha dengan apa yg berlaku . Ini merupakan pengajaran yg baik untuk kami dimana first time ianya berlaku terhadap kami , sepanjang kami bercuti menaiki pesawat  untuk keluar negara serta menjadi pedoman kepada kami .

Bagaimana kami menghadapi masalah ini dan tindakan susulan :
1. Saya bertanya dengan pegawai yg bertugas apa yg perlu kami lakukan untuk selesaikan masalah serta posibility untuk tukar flight . ( Be cool and calm )
2. Terlebih dahulu beliau sarankan  agar pick up luggage di dewan arrival antarabangsa yg terletak  berhampiran dgn conveyor belt no.10 . Ada sebarang masalah boleh bertanya dgn pegawai AirAsia disana . Selepas itu  boleh terus naik ke kaunter Customer Service , 2nd floor , untuk soal pertukaran pesawat AirAsia yang lain berserta harga atau penalti yg perlu dibayar . Kalau tak sure boleh buat pertanyaan dengan pegawai bertugas ( Airasia staff , Imigresen dan Kastam )
3. Semasa didewan pick up luggage / area conveyor belt # 10 , kami terpaksa menunggu kira kira 30 min untuk bag kami sampai , ketika itu jam dalam 10:40 pagi .
3. Selesai mengambil beg , kami terus ke 2nd floor menuju ke Customer Service Counter untuk soal pertukaran flight  . Pegawai disana ada menanyakan mengapa terlepas flight ? Saya menceritakan keluarga sampai digate jam 9:45 pagi , lewat 5 min kerana anak  buang air besar tapi dah tidak dibenarkan masuk .Tetapi beliau menjelaskan mengikut report katanya dalam 9:55 pagi . Saya secara positif  berkata "Whatever is , things already happened and lets move forward to settled the issue " . Alhamdulillah dengan bantuan pegawai AirAsia Customer Service , kami dapat booking penerbangan QZ123 pada pukul 11:02 malam  dengan tambahan bayaran sebanyak RM780 .
4. Untuk pengetahuan , jarak boarding gate KLIA2 agak jauh , jadi bagi ruang masa sekurang kurangnya 30 min untuk berjalan sebelum boarding time yg tertera ditiket .
5. Untuk makan makan , saya syorkan , selepas check in terus ke boarding hall , terdapat banyak kedai disitu . Boleh bersantai disitu dan lepas makan tak perlu terkejar ke departure gate .
6. Untuk "ground package " di Medan . Saya menghubungi agent kami , Pak Yudi , dimana beliau agak simpati dengan masalah kami dan sanggup menunggu lampu hijau dari kami untuk tindakan susulan . Terima kasih kerana mendengar ! Doakan agar percutian kami nanti dipermudahkan serta selamat pergi dan kembali . Aamiin


Semoga pengalaman kami tidak dibenarkan menaiki pesawat ini menjadikan panduan serta pengajaran yang terbaik untuk kami di masa akan datang dan kami doakan agar tidak berlaku lagi !


>>>>>>>>>>>>>>>



No comments:

Post a Comment