Kali ini saya ingin kongsikan percutiaan saya bersama keluarga di Pulau Pinang serta sharekan beberapa tempat yg menarik untuk dikunjungi . Sebenarnya Pulau Pinang mempunyai puluhan tempat tempat yg menarik samada tempat bersejarah , makanan , shopping mall maupun pantai pantai nya yang bersih dan sesuai untuk mandi contohnya Batu Feringgi serta menerokai Bukit Bendera yg terkenal untuk pemandangan Georgetown yg menarik .
Percutiaan saya selama 2D1N , bermula dengan menginap di hotel St Giles Wembley , bertempat ditengah tengah bandaraya Georgetown serta berdekatan dengan Komtar , Penang Times Square , Kedai Jeruk Pak Ali , pasar Chowrasa , kedai nasi kandar Hameed serta Masjid Kapitan bagi mereka suka bersolat berjemaah ketika bercuti .
Berikut antara rumusan tempat yg menarik yang saya cadangkan :
1. The Top Komtar ( Bangunan Komtar , Georgetown )
- Dibuka pada Disember 2016 . Dapat melihat bandaraya Pulau Pinang terutamanya bagi yg tidak gayat . Terdapat 3 bahagian menarik untuk diterokai Tech Dome Penang , Jurassic Research Center dan Rainbow Skywalk .
2. Made in Penang Interactive Museum ( Pengkalan Weld , Georgetown )
- menceritakan sejarah Pulau Pinang sebagai pelabuhan terkenal di Asia Tenggara .
- dapat mempelajari kekayaan kebudayaan Pulau Pinang secara interaktif dengan menerokai 5 bahagian muzium - Wall painting , Handmade jetty water front , Interactive 3D trick art , Interactive kiosk dan Coffee time .
3. Tropical Spice Garden ( Lone Crag Villa Jln Teluk Bahang )
- Juara anugerah taman terbaik Asia Tenggara .
- Keindahan alam semulajadi serta terdapat lebih 500 jenis tumbuhan herba serta rempah ratus untuk dilihat dan dipelajari .
4. Penang Escape Theme Park ( Jln Teluk Bahang )
- Taman tema berkonsep outdoor serta sangat sesuai bagi peminat aktiviti lasak .
5. Lain lain :
- Pasar Chowrasta ( Georgetown )
- Teddy Ville Museum ( Ground floor @ Double tree resort by Hilton )
- Entopia by Penang Butterfly farm ( Jln Teluk Bahang )
- Wonderfood Museum ( Lebuh Pantai , Georgetown )
6. Syurga makanan :
- Mee Sotong Hameed
- Briyani Kapitan
- Cendol teochew
- Jeruk madu Pak Ali
7. Design Village Outlet Mall ( Bandar Cassia @ Batu Kawan )
- Terbesar di Pulau Pinang , mempunyai keluasaan sebanyak 25 ekar serta mempunyai lebih daripada 150 stores berjenama terkenal . Berdekatan dengan jambatan kedua di tanah besar .
- Sesuai untuk membeli belah barang yg berjenama tetapi dgn harga diskaun yg menarik .
Antara gambar gambar yg menarik untuk dikongsikan ....................
St Giles Wembly hotel |
berehat di lobi |
Check in disini . Local city tax dikenakan semasa check in |
the hotel |
Swimming pool yg menarik |
Penang Times Square |
Georgetown |
Dihadapan bangunan semasa zaman kolonial dahulu |
Berlatarbelakangkan Transformer |
me @ Komtar |
view from our rooom |
Georgetown at night |
Penang street foods |
food court or street foods @ padang kota lama |
City view |
Bike to rent ... if you want to explore the city by bicycle |
the Kapitan mosque |