Tuesday, 13 February 2018

Winter Trip : Fly with Emirates

 Hai .. jumpa lagi .

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman menaiki pesawat Emirates semasa bercuti di Eropah baru baru ini . Ianya merupakan pengalaman baru bagi kami yang pertama menaiki pesawat tersebut . Saya telah menempah tiket penerbangan pergi dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan penerbangan pulang pula dari London ke Kuala Lumpur , melalui Emirates website . Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan pakej return dari tempat yg sama contohnya kalau pergi balik dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dan vice versa . Tapi bagi kami , kami memilih penerbangan di lokasi yang berbeza seperti diatas , walaupun agak mahal tapi kami jimat dari segi domestik kos transportation serta repeatition ulang alik dari pergi ke tempat yang sama . Kos penerbangan keseluruhannya untuk 5 orang adalah dalam RM18 ribu .




Penerbangan pergi :
Tiada perkhidmatan direct flight terus ke Eropah jika menaiki Emirates .Seperti penerbangan kami untuk pergi ke Amsterdam Schiphol Airport , ianya akan transit terlebih dahulu di Dubai . Penerbangan dari KL ke Dubai selalunya memakan masa selama 6 jam . Kami transit selama 3 jam dan seterusnya menaiki pesawat dari Dubai ke Amsterdam selama 6 jam lagi . Yang bestnya semua pesawat Emirates yang kami naiki adalah jumbo A380 . Ianya sangat selesa serta luas . Pesawat ini ada 2 tingkat . Kami diberi tempat duduk dibahagian bawah . Layanan pramugari Emirates ramah tetapi dibandingkan dgn MAS , saya rasa MAS lagi baik serta lebih friendly . Mungkin kerana kebanyakkan pramugari Emirates adalah dari berbagai kerakyatan  , amat kurang dari UAE,  sedangkan kebanyakkan crew MAS adalah rakyat tempatan yg mana keikhlasan mereka melayan lebih terserlah disamping membawa imej Malaysian  . Makanan yang dihidangkan boleh dikatakan sedap dgn perbagai minuman yg boleh dipesan setiap masa sepanjang perjalanan . Hiburan didalam pesawat amat menarik dengan paparan skrin LED yang besar . Terdapat camera real- time  , yang membantu kita lihat pemandangan dibawah , atas serta depan pesawat  semasa ia bergerak , ianya amat membantu kepada penumpang yang duduk dibahagian tengah  . Pesawat  mereka juga , ada menyediakan free Wifi dalam pesawat dalam sejam yang pertama . Anda dapatlah update serta share  apa apa yg perlu melalui whatsapp, FB atau Instagram .



wazaruha1
Boarding A380 Emirates .... di tingkat bawah Kelas Ekonomi

wazaruha1
Inside A380





wazaruha1
Transit at Dubai Airport ( Berdekatan bilik solat )


wazaruha1
In flight meals


wazaruha1
Arrived Amsterdam Schiphol Airport



wazaruha1
Amsterdam Schiphol Airport arrival hall




Penerbangan pulang :
Penerbangan pulang kami pula adalah dari London Heathrow terminal 3 . Kebanyakkan flight disini didominasi oleh Emirates Airlines . Terdapat banyak kemudahan disini seperti ruang solat , ruang makan serta Tax refund counter yang berhampiran dgn main entrance terminal 3 dan check in counter untuk Emirates . Amat menyenangkan untuk penumpang seperti kami . Security check disini amat ketat . Satu peristiwa yg berlaku dimana saya lupa membuka talipinggang semasa proses security check ...  tiba tiba bunyi alarm . Isteri serta anak anak tiada masaalah . Aduhai .....   Selepas itu, saya disuruh melalui satu lorong lain dimana saya dicheck lebih teliti dengan alat pengesan bomb dan seterusnya melalui body scanner . Alhamdulillah ... saya lepas dgn selamat . Pengalaman serta pengajaran yg baik untuk saya serta semua . Nasib baik tiada "naked" search ...  ha ha ha . Sesungguhnya memang Allah SWT maha kaya , saya diberi musibah semasa security check dari London ke Dubai , tetapi kami diberi anugerah semasa kami menaiki pesawat dari Dubai ke KL .... kami diberi layanan baik oleh pihak pesawat Emirates , melalui fast lane ....  rupa rupanya kami diberi tempat duduk yang premium ditingkat atas .. Alhamdulillah ! Tempat duduk yg lebih luas serta mewah dan dalam pesawat A380 pulok tu ...ha ha ha .
Semasa transit di Dubai , kami solat jamak serta sempat ronda ronda di airport . Kami sempat sambar 3 pasang jam tangan . Harga jam disini agak murah kerana terdapat sale ......   Semasa penerbangan ke Kuala Lumpur , anak bongsu tiba tiba deman , saya bagi tahu pramugari . Dengan baik , dia memberi ubat serta menasihati agar anak mengambil banyak air semasa penerbangan ini . Terasa sangat dihargai . Alhamdulillah , semasa landing diKL , anak sudah pulih . Insyallah suatu hari nanti , jika ada  rezeki kami akan terbang kembali dengan Emirates untuk ke destinasi lain pula .



wazaruha1
Towards Heathrow Teminal 3



wazaruha1
Entrance Terminal 3

wazaruha1
walking toward the boarding hall

wazaruha1
Terminal 3 departure gate


wazaruha1
Dubai Airport

wazaruha1
Love this nice background abstract motif

wazaruha1
Prayer Room

wazaruha1
Shopping arcade 


wazaruha1
Awaitng boarding to KLIA at the Dubai Airport departure hall





wazaruha1
A380 ...  seating di tingkat pertama , adalah lebih mewah

wazaruha1
KLIA ...  Kuala Lumpur International Airport

wazaruha1
Alhamdulillah ...  selamat menjejak kaki di tanah air tercinta 


Peringatan untuk penumpang semasa melalui laluan flight security check untuk boarding , tanggalkan barang barang seperti dibawah dan letakkan dalam bakul yg disediakan  :
1. Tanggalkan jam , tali pinggang serta kasut .
2. Keluarkan handphone , laptop , power bank  atau segala peralatan elektrik .
3. Pastikan cecair diletakkan dalam plastik dgn kuantiti yg disyorkan seperti ubat gigi , krim ,ubat etc.
4. Pastikan poket seluar tiada siling atau besi .
5. Jacket , baju sejuk atau kot hendaklah dibuka terlebih dahulu .

Selamat Bercuti !



>>>>>>>>>>>>>>