Today is our last day in Amsterdam . Wake up early in the morning , took our bath and had a heavy breakfast which my wife and daughter prepared before their sleep . After that we check out from our hotel at 6 am which is before Suboh . Our plan is to pray at the Schiphol Airport . We rush to the train station and bought the one way train ticket to the airport . Kali ini kami akan menaiki pesawat Easyjet untuk terbang ke Switzerland iaitu ke airport Basel Mulhouse .
Sampai sahaja di Schiphol Airport , kami terus pergi kekaunter check in dan settled drop bag . Sebenarnya kami membeli ticket fast lane , jadi urusan menjadi cepat walaupun ramai penumpang lain . Selepas itu seterusnya kami pergi mencari surau untuk solat subuh . Sebenarnya terdapat surau di departure lounge tetapi puas kami cari tapi tidak ketemui . Cuba mendapat matlumat melalui phone information counter dimana reception memberi guide tetapi ianya juga tidak ketemui . Akhir sekali kami pilih disatu sudut yang agak lenggang serta terpencil dan disitulah kami mendirikan solat subuh . Alhamdulillah selesai sudah kewajipan kami .
Selepas itu kami terus keboarding gate . Terdapat ramai penumpang beratur . Bagi kami , kami terus bergerak ke fast lane line . Semua urusan menjadi senang disebabkan kami adalah pemegang fast lane priority passenger , berbaloi membayar sedikit extra .... semuanya diutamakan dari mula mula check in , bag drop seterusnya boarding pesawat . Kami mendapat pengalaman yang agak baik dengan Easyjet ini . Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 40 min .
|
Hari terakhir kami di hotel ini . Ready untuk check out |
|
Sunyi sepi di subuh hari |
|
Menunggu train ke Schiphol Airport . Not so many people around |
|
At the airport |
|
Done solat |
|
Our Easyjet flight to Switzerland . Airbus A319/320 |
Alhamdulillah kami landed di Basel Mulhouse Airport lebih kurang pukul 10 pagi . Sampai sahaja diairport , kami terus ke SBB kaunter untuk membeli tiket 3 days SWISS Pass untuk 4 orang ( CHF210 per pax ) dan si bongsu dapat free ( 15 tahun dan kebawah tiada bayaran dikenakan ).
Dari situ kami menaiki bas #50 untuk kestesen keretapi Basel Bahnhof . Rancangan perjalanan kami hari ini ialah seperti berikut :
1. Menaiki keretapi dari Basel ke Luzern . ( 1 jam )
2. Melawat tempat yang menarik di Luzern. ( 1 jam )
3. Menaiki "Panoramic train" dari Luzern ke Interlaken OST ( 2 jam 32min )
4. Menaiki keretapi dari Interlaken OST ke Lauterbrunnen . ( 20 min )
5. Menginap di Valley Hostel di Lauterbrunnen . Malam melawat sekitar Lauterbrunnen .
|
SBB ticket kaunter di Basel Mulhouse Airport |
|
Train ke Luzern |
|
Dihadapan Stesen Keretapi di Luzern |
|
Santai berjalan menjelajah bandar Luzern |
Setibanya kami di Luzern , kami terus ke tourist information center bagi mengetahui dimana lokasi Luggage Locker serta mengambil risalah tempat tempat yang menarik dan peta bandar Luzern . Locker tak jauh dari situ , cara menyimpan agak senang , cari locker yang bersesuai dengan size bag , masukkan siling or credit card . Rate berdasarkan masa . Saya lupa rate sebenar tapi tak silap dalam hanya 1Euro sejam .
Selepas itu kami berjalan kearah jambatan kayu yang famous iaitu Chapel Bridge . Kami menghabiskan masa disini dalam sejam . Mulanya dalam rancangan melawat masjid serta Lion Monument tetapi disebabkan kekangan masa serta badan dah letih , kami batalkan . Insyaallah ada rezeki , dilain trip kami boleh ziarah kembali ...
Saat yang dinantikan telah tiba , lebih kurang pukul 3 petang , kami bertolak ke Interlaken OST dengan menaiki Panoramic Train . Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan yg amat mengujakan ... sungguh indah ! Subhanallah ... bumi Switzerland dipenuhi dengan salji yg memutih yg berlatarbelakangkan tasik serta gunung ganang . Terdapat juga rumput yg menghijau serta rumah rumah kayu nan indah . ... tiada kata kata yg boleh mengambarkannya . Bagi kami , this is The most beautiful scenic view on earth that we ever seen . Alhamdulillah
|
Excited menaiki panoramic train |
|
have a light snack |
|
View yg menghijau walaupun dimusim sejuk |
|
Kebanyakkan rumah disini dibuat dari kayu |
|
Dikawasan dimana salji turun agak lebat |
Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan selama 1 jam dengan pemandangan yg memukaukan kami tiba di Interlaken OST . Dari situ kami tukar train ke Lauterbrunnen . Perjalanan kesana pula mengambil masa 20 min . Ramai daripada penumpang turun dan tinggal di resort berhampiran di Interlaken OST . Adalah 2 , 3 family meneruskan perjalanan ke Lauterbrunnen seperti kami . Oh ya ! kami sempat berkenalan satu couple honeymoon dari Korea Selatan . Banyak juga kami berborak tetapi lupa nak minta matlumat social media masing masing . Anyhow happy honeymoon & good to know you guys !
|
Selamat datang ke Lauterbrunnen |
|
Gambar diambil oleh isteri pasangan Korean sebelah saya itu |
Sesampainya kami di Lauterbrunnen ,kami terus berjalan menuju ke hotel yang kami tempah iaitu " Valley Hostel " . Only short distant from train station by walking . Kami menempah dua bilik disini , satu double dan satu triple . Sebab utama kami memilih hotel ini disebabkan review yg baik , berdekatan dengan COOP mini market , train station untuk perjalanan kami the Top of the Europe mountain ( Wengen - Kleine Scheidegg - Jungfraujoch ) serta cable car station untuk ke Murren - Schilthorn . Yang penting kami boleh lihat waterfall Staubach dari bilik hotel kami . Satu lagi waterfall yg famous berhampiran ialah Trummelbach yang boleh dilawati dgn public bus . Dihotel ini ada tempat memasak yg selesa , walaupun terpaksa berkongsi dengan penginap yg lain .Bayaran yg dikenakan ialah CHF440 ( 3D2N ) . Sesiapa yang ingin basuh pakaian ada laundry shop terletak dibangunan berhadapan dengan Valley Hostel . Sepanjang menginap disini kami berkenalan dengan keluarga dari Singapura dan Malaysia . Ini menunjukkan hotel ini agak famous dengan warga Asia .
Selepas check in , my wife dan daughter terus memasak untuk hidangan malam . Terasa enak dan lazat , makan nasi dengan berlauk ikan belas , daging masim , sambal hitam serta berulamkan cucumber yang dibeli dari COOP . Sebelah malam kami hanya bersantai sambil menikmati pemandangan indah disini . Saya dan anak bujang lelaki keluar melihat sekeliling bandar Lauterbrunnen . Disebabkan cuaca sejuk serta suhu -2 Darjah Celcius , kami hanya bertahan lebih kurang 15 min jer , kemudian terus pulang ke hotel . Selepas itu terus ZZZZZZ
Esok .... Tunggu ! Kembara ke Jungfraujoch . Good nite
|
Valley Hostel |
|
Bilik double |
|
Bilik triple |
|
Tempat menasak |
|
Dining hall |
|
Good Night and sweet dreams ! |
Rumusannya pada hari ini kami banyak pergerakkan iaitu beribu ribu KM jauhnya , dari Amsterdam menuju ke Switzerland . Berbaloi rasanya menguna pesawat dapat menjimatkan masa serta badan tidak cepat penat ......
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>