Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di ibukota Paris iaitu kota yg digambarkan sebagai kota cinta . Walaupun keadaan setengah tempat agak kotar , berbau hancing serta tandas awamnya amat minimum tetapi kota raya ini tidak menghampakan kerana ianya dipenuhi dengan pelbagai corak bangunan lama dan penuh epic terutamanya Eifel Tower . Kira kira pukul 1:00 tengah hari nanti kami akan bertolak ke London menaiki Eurostar . Sebelum checkout dari hotel , pagi pagi lagi kami dah keluar berjalan jalan meninjau disekeliling hotel . Hari masih pagi dan sejuk , jadi tidak ramai orang berkeliaran dikawasan itu . Walaubagaimanapun sudah ada kedai yang dah mula perniagaan mereka terutama kedai yg menyediakan sarapan . Seperti yg disebut sebelum ini kawasan ini terdapat banyak kedai halal , kami sempat singgah dikedai burger dan kebab untuk membeli beberapa biji sebagai bekalan perjalanan kami ke London nanti .
Oh , ya ! lupa nak ucapkan terima kasih kepada reception hotel atas kebaikan mereka membenarkan kami check out selepas pukul 11 pagi ...sebabnya disini checkout time pukul 11:00 pagi .. Thank you very much sir !
Selepas selesai membeli apa yg patut , kami pulang ke hotel dan checkout dalam pukul 12:00 tengah hari . Station Gare Du Nord tidak jauh cuma berjalan beberapa langkah sahaja menyeberangi jalan dihadapan pintu masuk hotel sahaja . Jadi pergerakkan perjalanan kami agak santai sambil menarik bag yg beroda menuju ke gate utama station tersebut dan kemudian terus menghala imigresen untuk menaiki Eurostar ke London .
Station Gare De Nord agak luas dan dipenuhi dengan berbagai ragam manusia . Hari ini adalah 24hb Disember dan esok adalah 25hb dan merupakan hari Krismas , jadi terdapat ramai lautan manusia disini , masing masing ingin balik kampung dan meraikan Krismas bersama keluarga dan tidak kurang juga kumpulan yg pergi bercuti seperti kami ... ha ha ha
Peringatan disini , kita kena sentiasa 'alert " ... masih terdapat perempuan "gypsy" meminta sedekah serta banyak mata mencurigakan memerhati disekeliling kita . Saya sentiasa memupuk minda anak anak supaya aktif dan berwaspada untuk menghadapi sebarang keadaan . Sampai distesen ini kami terus bergerak kearah imigresen diaras satu . Disana kelihatan manusia beratur panjang . Sambil beratur , kami ambil peluang mengemaskan 3 beg kami kembali agar beratnya seragam ... senang untuk dibawa .. kerana 1 beg , tali pemegangnya dah putus !
Setibanya kami dimigresen , ada pegawai kaunter bertanya khabar serta soalan , berapa lama kami akan bercuti di London . Mereka agak ramah . Alhamdulilah , kami lepas dengan senang . Tetapi terdapat juga dikalangan penumpang yang dicheck semua sehingga disuruh beg serta pakaian dibuka .... Pendek cerita pengawai ini ramah tetapi tegas menjalankan tugas jika mereka suspect sesuatu !
Seterusnya kami terus kebalai berlepas sebelum menaiki Eurostar diterminal yg telah ditentukan . Disini perasaan terasa agak selamat . Kami berehat sambil minum serta update apa yg patut dilaman sosial masing masing . Suasana persekitarannya disini juga agak tenang dan selesa .
Bila waktu bertolak tiba , kami terus beratur serta menuju keterminal " departure " dan menaiki train Eurostar kami . Keadaan didalam train agak selesa . Seorang anak saya duduk bersama penumpang sekeluarga dari Paris untuk bercuti di London untuk meraikan Krismis . Kami sempat berkenalan ..... nice to know you , madam !
Perjalanan ke London , St Pancras International memakan masa lebih kurang 3 jam . Sepanjang perjalanan , kelihatan disetengah area , ianya dipenuhi salji , pokok pokok yg gersang tanpa daun tetapi peliknya rumputnya masih menghijau ... Subhanallah , besarnya kuasa Allah SWT ! Selain menikmati pemandangan , diantara aktiviti aktiviti kami yg lain adalah melayan movie , lunch ( burger serta kebab yg dibeli tadi ) dan juga tidur tidur ayam .... ha ha ha
Sesampai kami di St Pancras International , railway station , terlebih dahulu saya message driver bagi mengetahui dipintu mana kami akan bertemu . Selepas itu kami membeli apa yg patut dan membersih diri ditoilet . Saya juga membeli oxyster card untuk digunakan jika menaiki kenderaan awam seperti train , subway dan bus selama kami berada di London . Sebenarnya kedudukan station St Pancras International ini amat dekat dengan station King's Cross Station , they are side by side and only separated by a pedestrian area and a road .
Setelah membeli oxyster card dan membersih diri masing masing , kami terus keluar menuju kearah pintu keluar yang telah dijanjikan dimana terdapat kereta berserta pemandu yg telah kami tempah sejak di Malaysia sedia menunggu . Pemandu merupakan student dari Malaysia yg menyambung pelajaran peringkat PhD ( Seorang pensyarah dari UMP ) . Seorang yg happy go lucky . Beliau ada rekomen beberapa tempat makan yg halal serta sedap dikawasan hotel kami iaitu kawasan Bayswater ! Untuk pengetahuan kereta yg saya tempah adalah Toyota Estima .
Bersama pemandu yg kacak ( pelajar Malaysia ) |
Setelah perjalanan lebih kurang 14 minit , kami pun tiba dihotel yg saya booking iaitu Grand Plaza Serviced Apartments yang terletak di Bayswater . Hotel yg "viral" dan hangat diperkatakan serta dikaitkan dengan Felda . Saya tempah bilik " family apartment " . Bilik yang mempunyai satu bilik tidur , 2 sofa bed , satu ruang tamu dan kitchen . Ianya amat sesuai untuk 6 orang .... tapi sayangnya tiada washing machine . Kadarnya lebih kurang RM1K semalam .
Selesai check in hotel, kami terus masuk ke bilik diikuti bersolat jamak . Disebabkan keletihan disamping suhu yg dingin , ada diantara kami tertidur sementara saya dan isteri pula tidak buang masa terus buat persediaan untuk makan malam nanti .
Jam dah menunjukkan pukul hampir 4:30 petang . Hari dah semakin gelap . Saya terus gerakkan anak anak untuk mandi dan ready untuk dinner . Selepas dinner , kami buat keputusan untuk meninjau kawasan Bayswater dan membeli bahan bekalan dapur seperti air , buah , sayuran , telur , beras dan juga daging halal .
Untuk pengetahuaan terdapat banyak kedai menjual barangan halal dan restaurant menjual makanan halal disepanjang jalan di Bayswater ini .
Dikawasan Bayswater dimana terdapat banyak deretan kedai menawarkan makanan halal . |
Resit pembelian kami di Tesco sebagai kenangan . VAT 20% good for the country income ! |
Back to the hotel |
>>>> See U