Hai semua ... kali ini saya ingin kongsikan mengenai lawatan ke Kemboja selama 10D9N oleh pelajar pelajar UIAM . Lawatan ini lebih kepada lawatan "misi kemanusiaan " . Untuk kesana mereka memilih penerbangan AirAsia melalui Phnom Penh .
Penerbangan dengan AirAsia ke lapangan terbang Antarabangsa Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 min . Tiket penerbangan lebih kurang RM180. Penerbangan ke Kemboja boleh juga melalui Siem Reap tetapi lebih mahal rm200 ( 2jam 15 min ) .
Sejurus tiba di Phnom Penh airport , para peserta disambut oleh wakil yg sedia menunggu . Selepas menguruskan bagasi , mereka meneruskan perjalanan kedestinasi yg seterusnya .
Kampung yang dipilih adalah Kampung Chhnang iaitu kampung yang dipenghuni oleh masyarakat muslim di Kemboja . Ianya lebih kurang 2 jam lebih perjalanan dari Phnom Penn melalui laluan darat .
Banyak aktiviti kemasyarakatan telah dirangka oleh para peserta disana seperti memberi barang keperluan , mengajar , membersih serta menolong para penduduk terutamanya golongan kanak kanak . Keadaan disana seperti suasana kampung pendalaman di Malaysia lebih kurang 15 hingga 20 tahun yang lepas . Untuk penginapan , para peserta menginap dirumah homestay yang telah siap ditempah sejak di Malaysia .
Ada masa yg terluang , mereka sempat bermalam di Phnom Penn dan melawat beberapa tempat yg menarik terutamanya Angkor Watt sebelum berangkat pulang ke Malaysia .. Untuk membeli belah kebanyakkan mereka menggunakan matawang USD .
Aktiviti selama 10 hari disana amat dirasai keberkesanannya serta menimbulkan keinsafan , terutamanya bagi para peserta . Kemesraan serta keramahan para penduduk kampung tersebut walaupun berlainan bangsa , bahasa dan budaya , membuatkan mereka ingin kembali untuk misi yg akan datang . Insyaallah ..
Sekalong tahniah kepada para peserta kerana berjaya menjalani misi kemanusiaan ini disamping mengharumkan nama UIAM serta Malaysia khasnya !
UNICAMB.19 |
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Insyaallah ketemu lagi !