Members of our family ... thanks for sending us to Airport |
Post ini adalah pengenalan untuk schedule yang saya buat untuk percutiaan hujung tahun 2017 ke Western Eropah. Sebenarnya memang percutiaan ini dinanti -nantikan oleh my family . Kecuali saya dan isteri , anak anak belum pernah menjejakkan kaki mereka ke Eropah . Sebab itu mereka terlalu excited apabila dimaklumkan percutiaan kali ini ke Eropah . Ke negara mana kah yang akan kami pergi ? Dalam wish list mereka , London dan Paris , tetapi terpulang kepada saya sebagai Tour Leader & Ketua Keluarga membuat final decision ke negara mana dan dalam jangkamasa 15 hari . Yang paling penting menepati budget yg telah saya sediakan . Untuk pengetahuaan , percutiaan ini tanpa menggunakan travel agent , semuanya perancangan diuruskan sendiri dengan cadangan menggunakan public transport serta pilihan hotel sendiri .
Setelah merancang yang terbaik , akhirnya saya memilih 4 negara sahaja , Amsterdam , Switzerland , Paris dan London serta perjalanan bermula dari 16hb Disember sehingga 29hb Disember . Ini adalah antara perkara yang saya buat untuk persediaan percutiaan kami :
1. Seperti biasa saya suka membaca blog blog yang sharing pasal pengalaman percutiaan mereka supaya saya dapat pengetahuaan serta matlumat yg penting untuk saya jadikan panduan semasa bercuti nanti , manakah tempat yang patut dilawati , hotel pilihan , makanan halal , tempat solat serta public transport yang digunakan dll . Contoh blog yg saya layari ;
2. Melayari skyscanner.com serta hoppers.com bagi memilih airlines yang termurah semasa tarikh penerbangan kami . Tips : harga penerbangan return akan lebih murah jika kita pergi dan balik dikota yang sama , contoh nya London , harganya dlm RM2500 return . Tetapi kami memilih , pergi melalui Amsterdam dan balik melalui London , harganya dlm RM3200 return . Harganya agak mahal , walaubagaimana pun kami saving dari segi repeat negara yg sama , transportation serta masa . Jadi terpulang kepada keselesaan serta budget masing masing . Informasi penerbangan termurah daripada website yg dinyatakan tetapi untuk membuat final booking , saya terus ke website airline yg dinyatakan . Untuk penerbangan ini , saya memilih Emirates Airline . Tiada direct flight ke destinasi kami tetapi transit di Dubai untuk beberapa jam . Yang baik nya dapat rehat serta solat diairport memandakangkan masa penerbangan agak lama , 6 jam penerbangan dari Klia ke Dubai jika transit dan sambung Dubai ke Amsterdam dlm 6 jam lagi .( dlm 12 jam if direct flight ) , Selain dari itu dapat mejelajahi Dubai Airport serta shopping for tax free . Kami membeli jam berjenama Police dan Citizen disini .
3. Melayari hotel website seperti Agoda.com , Booking.com atau Hostelworld.com untuk mendapat pilihan hotel termurah . Pilihan saya adalah Agoda.com dimana saya perhatikan harga tawarannya termurah serta selalunya , saya booking dan terus bayar .... meringankan beban hutang ... ha ha ha
4. Untuk transportation antara negara disana , saya menggunakan EasyJet dari Amsterdam Schiphol ke Basel EuroAirport ( Switzeland ) , EuroRail ( dari Geneva ke Paris ) dan Eurostar ( dari Paris ke London ) . Semuanya saya tempah melalui website masing masing .
5. Untuk public transport serta melawat tempat menarik didalam negara tersebut , saya membuat pilihan jika membeli online lebih murah saya akan terus membelinya terus seperti holidaytaxis.com ( dari Paris Gare De Lyon station ke Hotel Richmond , Paris , bayaran 60 Euro ) , BigBusTours.com ( Paris dan London ) serta Madamme Tusaad , Canal Cruise di Amsterdam .
Di Amsterdam , saya membeli tiket train/tram terus di kaunter . Di Switzeland , kami membeli SwissPass untuk 3 hari dikaunter SBB di airport Basel , CHF216 Adult , CHF185 Youth serta 15 tahun dan kebawah adalah percuma . Di London , saya membeli Oxyster card di kaunter St Pancras International station dengan bayaran 5Pound untuk kad serta tambahan 5Pound untuk topup per person . Untuk makluman kad ini boleh refundable jika kita return sebelum pulang kenegara masing masing . Di London juga , saya guna perkhidmatan pelajar Malaysia melalui website JomjalanUK.com , tempah melaui whattsapp dan bayar selepas perkhidmatan . Nama pelajar tersebut adalah Nik Azhar dan Fikri , sesiapa berminat boleh hubungi mereka . Alhamdulillah , kami terima perkidmatan yg terbaik dari mereka .
6. Untuk tempat solat serta makanan halal . Selain rujukkan daripada blog blog , saya juga rujuk kepada muslimpro.com dan halaltrip.com . Untuk pergi ketempat tersebut , saya menggunakan waze , google maps serta citymapper sebagai panduan perjalanan . Kebanyakkan airport , train station serta bandar besar ( Amsterdam , Paris , Geneva , Luzern , Interlaken OST ) mempunyai tempat solat samada dipanggil Islamic center , Contemplation room , Multifaith room atau silent room . Atau jika tiada , solat ajer disatu sudut atau ditempat yg sunyi jauh dari laluan orang ramai . Untuk makanan halal , jangan bimbang , banyak lokasi lawatan mempunyainya terutamanya middle east cuisine .
Untuk WIFI , kebanyakkan hotel di Europe , Station keretapi , dalam train atau Airport memyediakan free wifi tetapi untuk keselesaan lebih , boleh tempah pocket Wifi di Malaysia sebelum berangkat diEurope atau beli kad prabayar disana , contohnya di London Line3 .
7. Semua orang tahu , selain dari kos tambang penerbangan dan hotel , kos makanan juga tinggi kalau bercuti diEropah. Harga makanan boleh mencecah 10Euro atau 10Pound per meal per person . Cuba bayangkan kalau convert kpd RM yakni dalam RM45 atau RM56 seorang per meal . Jadi bagi kami sekeluarga , kami membawa bekal dari Malaysia . Bekalan terbaik adalah food pack jenama Brahim , Maggi , rendang , sambal bilis serta roti . Kalau ada ruang lebih dalam beg , bawa sekali rice cooker serta beras yg telah dipek kecilkan seperti kami . Elakkan membawa makanan yg berkuah bimbang tekanan udara semasa flight menumpahkannya serta mengotori beg . Untuk pengetahuan kami khaskan satu beg diisikan bahan makanan ini dan kelebihannya apabila kosong ,boleh disi barang barang shopping serta cenderahati yg dibeli semasa di Eropah untuk dibawa pulang . Tak perlu beli beg baru kan .........
8. Kami sekeluarga suka bercuti semasa winter . Kelebihannya tak banyak pakaiaan kita bawa sbb susah kotor , cuma yg tebal , sweater dan winter coat . Tapi untuk meringankan beg , pakai saja semasa menaiki flight atau masukkan dalam vacuum or compressed bag dan disimpan didalam cabin luggage . Selain daripada itu , winter merupakan off season , jadi kos melancung sedikit murah seperti harga hotel serta other attractions . Bagi yang suka shopping , pilihan shopping semasa boxing day ; 26hb Disember adalah terbaik ... harga discount sehingga 80% ... harga yg betul betul murah berbanding dari Malaysia . Ini adalah realiti based on our experienced . Pilihan terbaik adalah beg beg yg berjenama mewah serta winter coat . Pastikan anda berada di shopping outlets atau shopping streets pada hari ini . Contohnya , pada 26hb kami berada di Oxford Streets , London dan pada 27hb kami di Bicester Village .
Namun keburukkan musim winter , hari siang adalah pendek .............jadi mulakan perjalanan anda seawal 7:30 pagi ! Di Amsterdam , Paris dan Switzerland jam 5 petang ianya mulai gelap tetapi di London , jam 4 petang dah gelap .
Semoga sharing diatas bermanafaat . Selamat Bercuti !
No comments:
Post a Comment