Saturday, 10 November 2018

Bercuti di Muar , Johor


Sekarang kami kerap bercuti di Muar , Johor . Ini adalah kerana salah seorang daripada anak kami sedang menuntut di UIAM , Pagoh , jadi apabila ada masa free , kami akan pergi menziarahi beliau . Kata orang sambil menyelam , minum air . Sebenarnya ,terdapat banyak tempat yg menarik serta makanan yang enak di Muar ni .

Memandangkan kami dari timur . Selalunya perjalanan kami adalah melalui Gambang , Bandar Muadzam Shah dan bandar Segamat , seterusnya menempuhi Bukit Kepong dan akhir sekali  menuju ke Pagoh serta kebandar  Muar .  Ada option lain iaitu melalui Kampung Alai , Gunung Ledang serta Bukit Gambir .... Jalan lain adalah melalui highway LPT , Karak dan PLUS tetapi perjalanan makan masa yang amat jauh lebih kurang 6 jam .

Selain daripada makanan yg enak , Muar juga terkenal dgn bandar Diraja Maharani dan merupakan daerah yg terbersih di Asia . Apa yg menarik juga disini terdapat banyak kebun kebun tanaman pokok landscape .

Diantara hotel yg pernah kami bermalam di Muar ialah Hotel Tropicana Boutique , Citizen dan Grace . Terbaik adalah Hotel Tropicana Boutique .  Hotel diMuar ini ada juga yg berkonsepkan kabin/kontena serta resort . Yang berkonsepkan kabin , Insyaallah satu hari nanti kami akan cuba . Terbaru kami cuba tinggal di Muo Resort ... a new gems in Muar town . Nampaknya ianya  juga salah satu hotel yg menarik yg berkonsepkan kampung .....


wazaruha
Entrance to the resort

wazaruha

wazaruha

wazaruha
Bersantai samnil minum kopi disini

wazaruha


wazaruha

wazaruha



wazaruha
our deluxe room

wazaruha


wazaruha
Antara pokok landscape yg menarik perhatian 

wazaruha
Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh




Resort ini terletak ditengah tengah bandar Muar bukannya terletak bersebelahan dengan  Sungai atau Laut , tetapi perasaan kita apabila aje berada dikawasan resort ini kita boleh rasakan seolah olah kita berada ditempat tersebut . Laluan masuk agak kecil tetapi apabila dah diperakangan resort , kita terasa nyaman serta feeling terasa suasana kampung dengan kawasan parking agak luas serta deretan bilik yg menarik . Saya pasti anak anak akan suka .... dimana terdapatnya kandang arnab , meja permainan ping pong serta karaoke . Boleh juga sembang santai dgn minum kopi FOC dihalaman berhampiran check in counter ...  hmm mendamaikan .


Disamping hotel yg menarik ini , terdapat berbagai tempat makanan yg menarik di Muar yang kami telah pergi dan rasai  . Contohnya  :
1.Ikan bakar Sabak Awor ,
2.Asam pedas dekat Balai Bomba ,
3.Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
4.Mee Bandung Udang Galah Muo Ori  .
5.Food truck dikawasan station bus Muar . ( Malam sahaja )
6.Food court diseberang jalan depan Hotel Tropicana Boutique . ( Malam sahaja )
7.Warung nasi ayam madu dan aneka Sup . ( Sarapan & berhampiran Muo Resort )
8.Warung Ayam Penyek . ( Berhampiran Muo resort )
9.Warung mee udang @ SimeDarby Pagoh

Rasanya amat enak serta harga yg berpatutan .

Insyaallah dilain kunjungan kami akan cuba Kopi Muar dan Satay Muar ..







Thursday, 8 November 2018

Wnter Trip : Switzerland : Europe Day 5

Alhamdulillah , dah 5 hari kami kembara di bumi Eropah dan hari ke 2 di negara Switzerland ...

Kami ada 2 agenda pada hari ini , disebelah pagi , lawatan ke Jungfraujoch dan disebelah petang kami akan melawat Murren .

Pagi :

Hari ini merupakan hari yg dinanti nantikan dimana kami akan menjelajah ke Top of Europe , Junfraujoch . Perjalanan kami bermula dengan menaiki train dari station Lauterbrunnen  yang berhampiran dengan hotel kami pada pukul 7 pagi . Hari yg masih pagi menyebabkan gerabak train kami agak kosong . Untuk pengetahuaan kami dikenakan sedikit bayaran bagi tambang train ini untuk kesana selepas discount dlm CHF88 . Tiket ini dibeli semasa didalam train .   Sepanjang perjalanan , bumi dipenuhi oleh salji yang tebal serta pemandangan yang indah walaupun suasana kelam umpama melihat 2 warna , hitam dan putih .

Berikut adalah aktiviti kami pagi ini :
1. Train : Lauterbrunnen --- Kleine Scheidegg ( 42min ).. change train ... Kleine Scheidegg ..... Jungfaujoch ( 35min ) ( Saya tak cerita lebih mengenai perjalanan kesana kerana banyak yg dah dishare oleh blogger blogger yang pernah datang kesini ..  hi hi hi  )
2. Lepak di Jungfraujoch selama 3 jam , menikmati pemandangan banjaran Alps , bermain salji serta berfoto foto .
3. Membeli coklat Swiss .. berbaloi , harganya agak murah disini . Tips : sebelum membeli perhatikan ingredients agar tiada bahan yg meragukan .
4. Semasa dipuncak .. saya berasa agak dizzy , mungkin disebabkan tekanan serta paras Oxygen yg berkurangan tetapi kembali normal apabila perjalanan menghala kebawah , Alhamdulillah ...


   



wazaruha
Mula bergerak dari hotel . Photo ini pernah keluar di website " TripAdvisor "



wazaruha
Train dari Lauterbrunnen  ke  Klenie Scheidegg  . 

wazaruha
Stopped at Klenie  Scheidegg . Change with another train to Jungfraujoch 

wazaruha

wazaruha
Train station di Jungfraujoch

wazaruha

wazaruha

wazaruha


wazaruha
Dipuncak Alps ... boleh keluar untuk bermain salji

wazaruha

wazaruha
Kelihatan banjaran Alps dibelakang


wazaruha
Swiss coklat agak murah disini 


Tengah hari , kami kembali turun ke hotel kami di Lauterbrunnen . Isteri dan anak anak memasak nasi untuk lunch didapur yg disediakan oleh pehak hotel . Amat enak , makan nasi berlaukkan daging masim , sambal bilis , kari ayam Brahim serta bersayurkan timun sambil melihat salji yg memutih dari dewan makan .... really miss this moments !

wazaruha
Pemandangan diluar hotel ...   snow everywhere

wazaruha
Hotel kitchen and dining hall  ...   clean and spacious




Agenda kami sebelah petang :
Lebih kurang pukul 2 ptg , kami bergerak berjalan kaki  ke station cable car untuk ke Murren . Sebenarnya dari Murren , kami boleh kepuncak Schilthorn  yg dikenali sebagai James Bond Mountain , dimana pengambaran filem James Bond diadakan . Tetapi disebabken kekangan waktu , kami hanya melawati Murren sahaja .

Berikut adalah perjalanan kami :
1. TRAVEL TO MURREN via Lauterbrunnen cable car - Grutschalp train - Murren   ( 26min )
2. TRAVEL FROM  MURREN via Murren - Grutschalp train - Lauterbrunnen cable car (  26min )


Di Murren , kami meninjau keadaan sekeliling . Terdapat beberapa buah hotel disini . Keadaan agak sepi disini tetapi pemandangan senja disitu agak memukau . Kelihatan nun sayut dibawah terlihat kelip kelip cahaya datang dari perkambungan disana . Ada beberapa restaurant dibuka untuk pengunjung dan kelihatan warga tempatan menikmati dinner disitu . Kami tidak mencuba , dikhuatari halal status nya . Selepas lebih kurang 1 jam , kami pun bergerak kearah train stain untuk kembali ke Lauterbrunnen .



wazaruha
Mendaki gunung dgn Lauterbrunnen cable car

wazaruha

wazaruha

wazaruha
Pemandangan hitam putih yg menakjubkan !

wazaruha


wazaruha

wazaruha


wazaruha

wazaruha

wazaruha
Pemandangan  perkampungan Lauterbrunnen disebelah malam


Kami sampai dihotel dari Murren dalam pukul 8 malam . Hari dah gelap , jadi pemandangan dipenuhi oleh lampu lampu kuning yang indah . Cuaca agak terang pada malam itu disebabkan tiada salji turun . Sampai sahaja dihotel , isteri segera menyiapkan makanan malam . Selepas solat dan makan malam , kami berehat sambil sambil  update social media masing masing untuk dikongsikan bersama ahli keluarga lain serta rakan rakan ... di Malaysia .
Selepas itu kami pun tidur bermimpi yg indah indah belaker  .. hi hi hi ...   ZZZZZZZZ


Valley Hostel adalah pilihan terbaik disini . Really recommended  :
1. Dekat dgn station Lauterbrunnen senang untuk ke Jungfraujoch dan Murren .
2. Bilik besar , bersih dan selesa .
3. Ruang memasak dan makan yg luas serta bersih . Mempunyai pemandangan luaran yg indah .
4. Dekat dgn kedai cenderamata serta COOP untuk membeli bahan untuk masakan.
5. Ada pusat laundry dibangunan dihadapan hotel .



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>