Salam semua . Selamat menyambut tahun baru 2019 !
Hari ini saya nak share review sedikit pasal percutian selama 3D2N di JB baru baru ini especially berkaitan hotel dan makanan . Percutian ini adalah cuti "sambil menyelam minum air " iaitu bersantai sambil menziarah anakanda yg belajar disana .
Kali ini kami tinggal di De Sweet Boutique Hotel . Hotel ini masih baru dan deco didalamnya agak menarik . Ianya terletak bertentangan dgn Aeon pasaraya . Disini kami menempah family room . Biliknya agak basic dan sesuai dengan harganya . Kekurangnya , ianya agak jauh dari tempat makan . Tetapi jika kita berkereta ianya tidak menjadi hal .
Sebenarnya kami dah selalu sangat bercuti di JB , jadi banyak tempat tempat yg menarik disini yg telah kami jelajahi . Terdapat banyak Permainan Tema disini contohnya Legoland , Hello Kitty dan lain lain lagi .... agak sesuai untuk percutian family khasnya untuk kanak kanak . Selain daripada itu JB merupakan pusat belibelah yg menarik tumpuan dewasa serta warga Singapura seperti Aeon Tebrau , IKEA , JPO dan Paradigm Mall
JB juga terkenal dengan pilihan berbagai juadah dengan harga dari yg agak murah berbanding dari harga makanan dibandar minyak dipantai timur yang saya tinggal sekarang .. Antara yg makanan yang terkenal disini adalah kacang pool . Kacang pool merupakan salah satu dari wishlist menu makanan kami di JB . Jadi pada trip kali ini , kami tidak melepaskan peluang ke kedai Kacang Pool Haji . Sebenarnya kedai ini mempunyai banyak cawangan , yg kami cuba adalah kedai yg berhampiran balai bomba JB . Senang ajer nak pergi , tekan saja Waze .....
Dibawah adalah menu makanan yg terdapat dikedai tersebut . Kedainya memang menarik serta bersih . Malam itu terdapat juga beberapa orang pelanggan lain . Kelihatan seperti tourist sama macam kami . Kami order beberapa set kacang pool daging dan kambing . Cara memakannya adalah cicah bersama dengan roti . Rasanya amat best dan memenuhi citarasa kami . Resepinya anda boleh tanya Pak cik Google ....
Cubalah bila anda ke JB ! Pasti anda akan menyukainya .... hmmm BEST !!
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$