Ketemu lagi , selepas 2 bulan menyepi . Hari ini saya sambung balik pengalaman kami di London . Ianya merupakan hari ke 6 di London dan hari ke 11 di bumi Eropah ini .
Hari ini merupakan hari kedua Krismas dan ini kelihatan aktiviti disekitar hotel ada lebih banyak pergerakkan berbanding dari hari semalam .
Seperti biasa kami bangkit awal , menunaikan solat subuh serta buat persiapan untuk breakfast . Cuaca masih dingin dan dijangka akan turun salji dibeberapa tempat atau daerah di London ini .
Aktiviti kami hari ini , kami akan dijemput kembali oleh abang student ini untuk melawat ditempat yg telah dijadualkan serta bershopping di Bicester Village .
Antara aktiviti kami :
1. Melawat Harry Potter Platform 3/4 di King Cross Station
2. Melawat Emirates Stadium ( Arsennal )
3. Melawat Oxford University
4. Bershopping di Bicester Village ( Agenda Utama !! .. ha ha ha )
Aktiviti agak padat , bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam ....
A; King's Cross B: Emirates Stadium C; Oxford D: Bicester Village E: Bayswater |
Early morning :
King's Cross Station :
Bergerak meninggalkan hotel terus ke King's Cross Station . Sesampai disana , kami terus menuju ke Harry Potter Platform 3/4 . Yang paling semangat adalah my daughter , ini antara wish list dia .... nak bergambar disini .. Walaupun masih awal pagi , kelihatan ramai pengemar cerita Harry Potter ini dah berbaris panjang . Alhamdulillah masih tak terlalu panjang .... anakanda tak lama beratur . Bila saat bergambar ... petugas disitu bercerita apa aksi yg perlu dibuat untuk bergambar .... hasilnya seperti gambar dibawah . Option .. kita boleh beli gambar kita disini atau sebaliknya . Anakanda memilih tidak membeli , cukup hanya gambar kenangan amatur yg diambil oleh papanya ... ha ha ha
Emirates Stadium ( Arsennal ) :
Selepas menghabiskan masa di kawasan King's Cross dan St Pancraas Station , kami menaiki kereta dan terus bergerak ke Emirates Stadium . Ianya tak lah begitu jauh dari area King's Cross . Cuaca agak sejuk serta berangin , ada salji yg nipis nipis turun seakan akan habuk dan bila tersentuh tanah ianya terus cair . Kami terus mengambil foto disekitar luar stadium , kemudian terus bergegas kedalam stadium disebabkan cuaca yg dingin sehingga ketulang ... Bagi peminat Arsenal , mungkin mereka rasa amat bangga dan teruja bila sampai disini , walaupun kami peminat MU ,perasaan tu ada juga sebab kami tidak ada peluang melawat MU stadium , at least melawat di stadium ini dah ada auranya .... insyaallah jika ada rezeki apabila ke LOndon , kami cuba masukkan itenari visit ke Manchester United .
Semasa didalam stadium . saya terserempak dgn satu keluarga dari Malaysia , cuba bertegur sapa tetapi malangnya respondnya agak dingin ... teringat ada penulis blog lain bercerita mengenai isu ini , berhati hati apabila bertegur sapa dgn rakyat Malaysia jika terjumpa di UK , mereka menpunyai 1000 macam sebab untuk ignore kita .... jadi janganlah rasa kecewa sangat ! ... Ignore and Delete ! Tapi thumb up untuk students yg belajar disini , mereka very friendly ..
Oxford University :
Selepas menghabiskan masa di Emirates Stadium , kami mula journey menuju ke Oxford Universiti .
Perjalanan agak jauh ( luar dari Kota London ) dengan melalui jalan kampung serta highway . Speed agak perlahan kerana jalan dilitupi salji yg sedang turun .... Berhati hati kata driver , sebab jalan agak licin . Bagi kami , ini adalah pengalaman yg menyeronokkan , berkereta semasa salji turun serta pemandangan sekeliling yg kelam bagai gambar black and white sahaja .......... Disebabkan perjalanan agak jauh serta sejuk , terasa nak terkucil pulak . Driver kami terpaksa exit keluar untuk mancari rest room di rest kiosk . Oleh kerana cuti krismas , banyak rest kiosk yg tutup . Selepas melewati dua tiga kiosk , akhir sekali terjumpa Inn ( hotel kecil ) , kami tumpang buang air disitu . Kami juga minum hot coklat serta cofee latte dari Costa Coffee machine yg terletak disebelahnya .. untuk menghangatkan badan . Untuk pengetahuan Costa Coffe kini sedang meletup letup di Malaysia ! , mesin pembancuhnya banyak terdapat di Shell petrol kiosk dan terbaru dah wujud beberapa outlet Costa Coffee di Malaysia shopping mall ... jadi anda boleh menikmatinya tanpa pergi di UK lagi !
Apabila sampai dikawasan Oxford , salji dah berhenti turun . Kami keluar dari kereta dan terasa amat sejuk dan dingin sekali . Ambil gambar sebentar kemudian terus bergegas masuk ke Oxford Museum yg famous itu .. Alhamdulillah , didalam museum ini , badan mula terasa hangat sikit . Terdapat ramai pengunjung disitu , kebanyakkan family with the kids . Terdapat banyak tulang tulang binatang pra sejarah yg dipamerkan disini . Kami betuah kerana dapat melawat , menyentuh serta membaca cerita disebalik pameran yg ditunjukkan disini .. what a great day !
Bicester Village :
Akhir sekali , kami bergerak ke Bicester Village . Kedudukkanya tidak jauh dari Oxford University . Dari jauh kelihatan deretan kereta serta bus disepanjang jalan ... amat banyak sekali ... maklumlah hari ke2 Boxing Day , Keruntuhan harga barang masih banyak lagi ! Terbayang perasaan keseronokkan diwajah isteri serta anak perempuan dan kelihatan tak sabar sabar untuk bershopping .. ha ha ha .
Disini kami berpecah . Isteri & my daughter pergi kehaluan mereka sendiri untuk beli belah , saya dan anak lelaki kehaluan kami , mencari barang keperluan lelaki . Kami berjanji akan bertemu balik dlm jangka masa dua jam . Manusia agak ramai yg terdiri dari para tourist dari serata ceruk dunia .... China , Malaysia , Middle East dll ...
Disini terdapat tempat disediakan untuk solat yg dinamakan Contemplation Room . Juga terdapat makanan halal untuk makan , cuma berhati hati membaca label serta ingredients sebelum membeli .
Selepas hampir 2 jam dan hari dah gelap , kami pun berjumpa dimeeting point kami . Kelihatan penuh barang barang yg dibeli ditangan masing masing ... what a great shopping day ! ... agaknya habis puluhan ribuan RM ... ha ha ha . Ye lah bukannya selalu bawa family shopping disini , kan !
Bayswater :
Selepas drop barang barang shopping kami dihotel , kami terus berjalan ke restaurant halal untuk dinner . Disini terdapat ramai pelanggan dimana kami perlu bersabar untuk tunggu order kami sampai , rasanya dalam satu jam setengah menunggu . Sabar itu separuh dari iman !! > nak food review tak ada mood pulok ... ha ha ha . tapi boleh lah ...........
Selepas bersih diri dan solat dihotel , kami bertiga ( daughter & second son ) keluar untuk explore di kawasan Bayswater . Sebenarnya kawasan ini aat sesuai untuk pelancung muslim , terdapat banyak restaurant dan kedai halal . Berhampiran juga terdapat banyak hotel hotel dari Malaysia seperti Holiday Villa , Grand Plaza dan pejabat Embassy Malaysia ,,, Ianya juga agak hampir dgn Hyde Park , Whiteleys dll .
Foto diambil oleh makcik omputih |
Selepas ini kami pun berjalan pulang kehotel ... masa untuk berkemas , esok bermula pula perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur dari Heathrow Airport dan transit di Dubai ......... menaiki Emirates
Jumpa lagi >>>>>>>>>>>>>>