Saturday, 17 August 2019

Winter Trip to London - Europe Day 11

 Salam semua ..

Ketemu lagi , selepas 2 bulan menyepi . Hari ini saya sambung balik pengalaman kami di London . Ianya merupakan hari ke 6 di London dan hari ke 11 di bumi Eropah ini .

Hari ini merupakan hari kedua Krismas dan ini kelihatan aktiviti disekitar hotel ada lebih banyak pergerakkan berbanding dari hari semalam .

Seperti biasa kami bangkit awal , menunaikan solat subuh serta buat persiapan untuk breakfast . Cuaca masih dingin dan dijangka akan turun salji dibeberapa tempat atau daerah di London ini .

Aktiviti kami hari ini , kami akan dijemput kembali oleh abang student ini untuk melawat ditempat yg telah dijadualkan serta bershopping di Bicester Village .

Antara aktiviti kami :
1. Melawat Harry Potter Platform 3/4 di King Cross Station
2. Melawat Emirates Stadium ( Arsennal )
3. Melawat Oxford University
4. Bershopping di Bicester Village ( Agenda Utama !! .. ha ha ha )

Aktiviti agak padat , bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam ....

A; King's Cross  B: Emirates Stadium  C; Oxford  D: Bicester Village   E: Bayswater


Early morning :

King's Cross Station :

Bergerak meninggalkan hotel terus ke King's Cross Station . Sesampai disana , kami terus menuju ke Harry Potter Platform 3/4 . Yang paling semangat adalah my daughter  , ini antara wish list dia .... nak bergambar disini ..  Walaupun masih awal pagi , kelihatan ramai pengemar cerita Harry Potter ini dah berbaris panjang . Alhamdulillah masih tak terlalu panjang .... anakanda tak lama beratur . Bila saat bergambar ...  petugas disitu bercerita apa aksi yg perlu dibuat untuk bergambar ....  hasilnya seperti gambar dibawah . Option .. kita boleh beli gambar kita disini atau sebaliknya . Anakanda memilih tidak membeli , cukup hanya gambar kenangan amatur yg diambil oleh papanya ...  ha ha ha

























Emirates Stadium ( Arsennal )  :

Selepas menghabiskan masa di kawasan King's Cross dan St Pancraas Station , kami menaiki kereta dan terus bergerak ke Emirates Stadium . Ianya tak lah begitu jauh dari area King's Cross . Cuaca agak sejuk serta berangin , ada salji yg nipis nipis turun seakan akan habuk dan bila tersentuh tanah ianya terus cair . Kami terus mengambil foto disekitar luar stadium , kemudian terus bergegas kedalam stadium disebabkan cuaca yg dingin sehingga ketulang ...  Bagi peminat Arsenal , mungkin mereka rasa amat bangga dan teruja bila sampai disini , walaupun kami peminat MU ,perasaan tu ada juga sebab kami tidak ada peluang melawat MU stadium , at least melawat di stadium ini dah ada auranya ....   insyaallah jika ada rezeki apabila ke LOndon , kami cuba masukkan itenari visit ke Manchester United .

Semasa didalam stadium . saya terserempak dgn satu keluarga dari Malaysia , cuba bertegur sapa tetapi malangnya respondnya agak dingin ... teringat ada penulis blog lain bercerita mengenai isu ini , berhati hati apabila bertegur sapa dgn rakyat Malaysia jika terjumpa di UK , mereka menpunyai 1000 macam sebab untuk ignore kita .... jadi janganlah rasa kecewa sangat ! ... Ignore and Delete ! Tapi thumb up untuk students yg belajar disini , mereka very friendly ..









Oxford University :

Selepas menghabiskan masa di Emirates Stadium , kami mula journey menuju ke Oxford Universiti .
Perjalanan agak jauh ( luar dari Kota London )  dengan melalui jalan kampung serta highway . Speed agak perlahan kerana jalan dilitupi salji yg sedang turun .... Berhati hati kata driver , sebab jalan agak licin . Bagi kami , ini adalah pengalaman yg menyeronokkan , berkereta semasa salji turun serta pemandangan sekeliling yg kelam bagai gambar black and white sahaja .......... Disebabkan perjalanan agak jauh serta sejuk , terasa nak terkucil pulak . Driver kami terpaksa exit keluar untuk mancari rest room di rest kiosk . Oleh kerana cuti krismas , banyak  rest kiosk yg tutup . Selepas melewati dua tiga kiosk , akhir sekali terjumpa Inn ( hotel kecil ) , kami tumpang buang air disitu . Kami juga minum hot coklat serta cofee latte dari Costa Coffee machine yg terletak disebelahnya .. untuk menghangatkan badan . Untuk pengetahuan Costa Coffe  kini sedang meletup letup di Malaysia  ! , mesin pembancuhnya banyak terdapat di Shell petrol kiosk dan terbaru dah wujud beberapa outlet Costa Coffee di Malaysia shopping mall ... jadi anda boleh menikmatinya tanpa pergi di UK lagi !




Apabila sampai dikawasan Oxford , salji dah berhenti turun . Kami keluar dari kereta  dan terasa amat sejuk dan dingin sekali . Ambil gambar sebentar kemudian terus bergegas masuk ke Oxford Museum yg famous itu .. Alhamdulillah , didalam museum ini , badan mula terasa hangat sikit . Terdapat ramai pengunjung disitu , kebanyakkan family with the kids . Terdapat banyak tulang tulang binatang pra sejarah yg dipamerkan disini . Kami betuah kerana dapat melawat , menyentuh serta membaca cerita disebalik pameran yg ditunjukkan disini .. what a great day !



















Bicester Village :

Akhir sekali , kami bergerak ke Bicester Village . Kedudukkanya  tidak jauh dari Oxford University . Dari jauh kelihatan deretan kereta serta bus disepanjang jalan ...  amat banyak sekali ... maklumlah hari ke2 Boxing Day , Keruntuhan harga barang masih banyak lagi ! Terbayang perasaan keseronokkan diwajah isteri serta anak perempuan dan kelihatan tak sabar sabar untuk bershopping .. ha ha ha .

Disini kami berpecah . Isteri & my daughter pergi kehaluan mereka sendiri untuk beli belah , saya dan anak lelaki kehaluan kami , mencari barang keperluan lelaki . Kami berjanji akan bertemu balik dlm jangka masa dua jam . Manusia agak ramai yg terdiri dari para tourist dari serata ceruk dunia  .... China , Malaysia , Middle East dll ...

Disini terdapat tempat disediakan untuk solat yg dinamakan Contemplation Room . Juga terdapat makanan halal untuk makan , cuma berhati hati membaca label serta ingredients sebelum membeli .


















Selepas hampir 2 jam dan hari dah gelap , kami pun berjumpa dimeeting point kami . Kelihatan penuh barang barang yg dibeli ditangan masing masing ... what a great shopping day ! ... agaknya habis puluhan ribuan RM ... ha ha ha . Ye lah bukannya selalu bawa family shopping disini , kan  !


Bayswater  :

Selepas drop barang barang shopping kami dihotel , kami terus berjalan ke restaurant halal  untuk dinner . Disini terdapat ramai pelanggan dimana kami perlu bersabar untuk tunggu order kami sampai , rasanya dalam satu jam setengah  menunggu  . Sabar itu separuh dari iman !! > nak food  review tak ada mood pulok ... ha ha ha . tapi boleh lah ...........

Selepas bersih diri dan solat dihotel , kami bertiga ( daughter & second son ) keluar untuk explore di kawasan Bayswater . Sebenarnya kawasan ini aat sesuai untuk pelancung muslim , terdapat banyak restaurant dan kedai halal . Berhampiran juga terdapat banyak hotel hotel dari Malaysia seperti Holiday Villa , Grand Plaza  dan pejabat Embassy Malaysia ,,, Ianya juga agak hampir dgn Hyde Park , Whiteleys dll .














Foto diambil oleh makcik omputih 


Sambil berjalan jalan , menikmati suasana malam diBayswater , kami juga mengambil foto foto yg menarik dan berselfie . Ada satu ketika sedang kami bergambar , ada makcik dan pakcik London ni menawarkan diri mengambil gambar kami ,,, mulanya agak risau , tetapi memandangkan omputih ini kelihatan baik , kami beranikan diri membenarkan mereka tolong ambik gambar kami bertiga . Alhamdulillah , tiada perkara buruk berlaku  ... Lepas tu berkenalan dgn mereka tapi lupa pulok ambik gambar bersama ... thanks for your kindness !!

Selepas ini kami pun berjalan pulang kehotel ... masa untuk berkemas , esok bermula pula perjalanan kami pulang ke Kuala Lumpur dari Heathrow Airport dan transit di Dubai ......... menaiki Emirates

Jumpa lagi >>>>>>>>>>>>>>




No comments:

Post a Comment