Tuesday, 10 September 2019

Winter Trip to London - Europe Day 12

Salam semua ..

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Kota London . Kami dah siap berkemas barang barang kami malam tadi . Tetapi ada barang yg terpaksa kami tinggalkan disebabkan dah tak muat bag , semuanya terdiri dari makanan berbentuk biskut  dan juga  mini rice cooker . Pagi tu sempat juga berkeliaran disekeliling hotel ...

Dalam pukul 9 pagi , kami mula proses check out . Sempat juga berfoto dengan pembantu hotel dan para receptionist ....
Driver kami dah siap tunggu dilobby hotel , very punctual  . Selepas itu kami terus menuju ke Heathrow Airport . Cuaca pagi ini agak cerah , secerah hati kami yang akan kembali ke tanah air yang kami cintai ... Malaysia !

Pernerbangan kami hari ini ke Kuala Lumpur adalah  menaiki Emirates , A380  . Mengikut schedule penerbangan kami akan transit di Dubai lebih kurang 3 jam dan seterusnya menaiki pesawat lain , A380 juga , terus  ke Kuala Lumpur .

Untuk pengetahuan semua , terlebih dahulu sebelum kami check in flight , kami selesaikan VAT Refund di terminal 2 , Heathrow Airport . Terminal 2 merupakan terminal khas untuk pesawat Emirates . Ianya agak selesa , terdapat banyak tempat makan serta surau untuk solat .

Alhamdulillah , perjalanan kami selamat , dipenuhi dengan pengalaman pengembaraan serta saat saat yg indah semasa kami berada dan bercuti di Amsterdam , Switzerland , Perancis serta England .  Satu kenangan indah  percutian bersama keluarga tercinta . Insyaallah ada rezeki , kami kembali lagi

Kesimpulan :

1.Kos pembelanjaan kami semua selama 12 hari bercuti di eropah adalah lebih kurang RM50 ribu untuk 5 orang termasuk tiket penerbangan ( multiple city ) , local transport , hotel , makanan dan shopping ! It's about RM15K  spends for shopping  . Untuk kos individu pula , ianya dalam  RM7K per person   ! Tambahan pula kebanyakkan tempahan termasuk hotel , attractions serta local transport dilakukan secara ON LINE  dimana banyak discount boleh diperolehi . Agak menjimatkan jika pergi sendiri , uruskan sendiri , tanpa mengguna perkhidmatan travel agent !

2. Pergi bercuti dengan anak dibawah 15 tahun agak menjimatkan , ada setengah negara seperti Switzerland , tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan awam jika travel bersama family . Tiket untuk attractions & local transport , boleh mendapat discount sehingga 50%

3. Berhati hati jika bersiar siar di pavement pedestrian walk atau tepian taman  , jika tidak anda mungkin " terperangkap"  oleh najis atau kencing anjing . Di Eropah , mereka suka bersiar siar bersama anjing .. apabila anjing sakit perut , tempat tersebut selalunya menjadi " tandas " mereka !

4. Untuk local transport seperti train atau bus , better beli tiket berbentuk pakej , ... samada 1, 2 atau 3 hari ...   amat menjimatkan budget anda !

5. Bagi menjimatkan masa serta tidak mengulang melawat tempat yg sama di Eropah , better pilih flight multicity ...  walaupun agak mahal tetapi berbaloi jika "masa" dan "tiada  ulangan melawat tempat yg sama " menjadi keutamaan anda ! .. contohnya kami ... KL > Amsterdam  > Switzerland > Paris > London > KL


Bye Bye semua   ..........





Di lobby hotel  .... pekerja semuanya baik n helpful













pakai kasut selepas menunaikan solat jamak sebelum menaiki pesawat


Di Heathrow Airport , terminal 2





Transit di Dubai Airport 

Persediaan untuk berangkat ke KLIA 

No comments:

Post a Comment