Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Kota London . Kami dah siap berkemas barang barang kami malam tadi . Tetapi ada barang yg terpaksa kami tinggalkan disebabkan dah tak muat bag , semuanya terdiri dari makanan berbentuk biskut dan juga mini rice cooker . Pagi tu sempat juga berkeliaran disekeliling hotel ...
Dalam pukul 9 pagi , kami mula proses check out . Sempat juga berfoto dengan pembantu hotel dan para receptionist ....
Driver kami dah siap tunggu dilobby hotel , very punctual . Selepas itu kami terus menuju ke Heathrow Airport . Cuaca pagi ini agak cerah , secerah hati kami yang akan kembali ke tanah air yang kami cintai ... Malaysia !
Pernerbangan kami hari ini ke Kuala Lumpur adalah menaiki Emirates , A380 . Mengikut schedule penerbangan kami akan transit di Dubai lebih kurang 3 jam dan seterusnya menaiki pesawat lain , A380 juga , terus ke Kuala Lumpur .
Untuk pengetahuan semua , terlebih dahulu sebelum kami check in flight , kami selesaikan VAT Refund di terminal 2 , Heathrow Airport . Terminal 2 merupakan terminal khas untuk pesawat Emirates . Ianya agak selesa , terdapat banyak tempat makan serta surau untuk solat .
Alhamdulillah , perjalanan kami selamat , dipenuhi dengan pengalaman pengembaraan serta saat saat yg indah semasa kami berada dan bercuti di Amsterdam , Switzerland , Perancis serta England . Satu kenangan indah percutian bersama keluarga tercinta . Insyaallah ada rezeki , kami kembali lagi
Kesimpulan :
1.Kos pembelanjaan kami semua selama 12 hari bercuti di eropah adalah lebih kurang RM50 ribu untuk 5 orang termasuk tiket penerbangan ( multiple city ) , local transport , hotel , makanan dan shopping ! It's about RM15K spends for shopping . Untuk kos individu pula , ianya dalam RM7K per person ! Tambahan pula kebanyakkan tempahan termasuk hotel , attractions serta local transport dilakukan secara ON LINE dimana banyak discount boleh diperolehi . Agak menjimatkan jika pergi sendiri , uruskan sendiri , tanpa mengguna perkhidmatan travel agent !
2. Pergi bercuti dengan anak dibawah 15 tahun agak menjimatkan , ada setengah negara seperti Switzerland , tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan awam jika travel bersama family . Tiket untuk attractions & local transport , boleh mendapat discount sehingga 50%
3. Berhati hati jika bersiar siar di pavement pedestrian walk atau tepian taman , jika tidak anda mungkin " terperangkap" oleh najis atau kencing anjing . Di Eropah , mereka suka bersiar siar bersama anjing .. apabila anjing sakit perut , tempat tersebut selalunya menjadi " tandas " mereka !
4. Untuk local transport seperti train atau bus , better beli tiket berbentuk pakej , ... samada 1, 2 atau 3 hari ... amat menjimatkan budget anda !
5. Bagi menjimatkan masa serta tidak mengulang melawat tempat yg sama di Eropah , better pilih flight multicity ... walaupun agak mahal tetapi berbaloi jika "masa" dan "tiada ulangan melawat tempat yg sama " menjadi keutamaan anda ! .. contohnya kami ... KL > Amsterdam > Switzerland > Paris > London > KL
Bye Bye semua ..........
Di lobby hotel .... pekerja semuanya baik n helpful |
pakai kasut selepas menunaikan solat jamak sebelum menaiki pesawat |
Di Heathrow Airport , terminal 2 |
Transit di Dubai Airport |
Persediaan untuk berangkat ke KLIA |