Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman kami bercuti di Medan baru baru ini . Percutian ini agak menarik kerana ianya merupakan first time kami menempuh pelbagai dugaan bermula dengan tidak dibenarkan menaiki pesawat , pertukaran pesawat dan dugaan di Medan ....... tapi Alhamdulillah semuanya kami hadapi dengan sabar dan tenang ... redha dengan Qada dan Qadar nya ... yang penting kami sekeluarga selamat !
Pakej kami merupakan percutian 4D3N . Seperti yg saya share dipost sebelum ini . Pertukaran flight kami terbaru adalah pukul 11;10 malam , tetapi telah ditunda kepada pukul 11:50 malam . Kali ini pukul 8 malam , kami dah berada di KLIA2 . Terus check in dan berada di boarding hall pada pukul 9 malam . Disana kami singgah dikedai Chicken rice shop untuk dinner . Selesai kami terus ke boarding gate . Rasanya flight malam itu terlewat , takeoff dalam pukul 12:20 malam . Juruterbang AirAsia berulang kali memohon maaf diatas kelewatan tersebut .... dalam hati terasa juga , jika kami lewat , kami tak dibenarkan menaiki pesawat , terpaksa keluar duit untuk tukar pesawat .... kalau pesawat takeoff lewat , kami terpaksa terima , no monetary claim before 6 hours delay ! ( Insuran Policy )
International Departure |
Boarding Hall |
Dinner @ Chicken Rice Shop |
AirAsia |
Alhamdulillah , kami tiba di Kualanamu International Airport selepas terbang dalam masa 45 min . Tiada lagi "disembark form" yg perlu kami isi , cuma ketua keluarga perlu isi "monetary declaration" form sahaja . Airport ini design nya lebih kurang KLIA jer tetapi ianya lebih kecil . Di arrival hall , kelihatan nama saya dipegang oleh seorang jejaka . Kami terus menerpa kearahnya dan terus berkenalan . Nama nya ialah Pak Erul dan beliau merupakan supir kepada Pak Yudi , travel agen Pakej Medan Lake Toba . Orangnya agak peramah dan berasal luar dari Medan . Katanya kebanyakkan penduduk yg tinggal di Medan adalah terdiri dari pendatang yg asalnya berhijrah dari Jawa , Tanjung Balai dan sekitarnya . Semuanya datang ke Medan untuk cari rezeki . Untuk schedule kami yg terbaru , malam ini kami akan bermalam di Medan iaitu hotel Madani yg mana perjalanan lebih kurang 45 min dari airport .
Welcome @ Kualanamu International Airport |
Hello Kitty ... van wisata yg menarik luarannya ! |
Berikut adalah pengalaman percutian kami selama 4D3N di Medan :
Day 1 :
Perjalanan kami mengambil masa kira kira 45 min dari Airport ke Medan ( Hotel ) . Kami akan bermalam di hotel Madani . Hotel ini merupakan hotel bertaraf syariah sepenuhnya . Terletak ditengah bandar berhampiran dengan masjid Raya Medan . Biliknya agak besar tetapi kelihatan agak lama . Begitu juga bilik airnya , terdapat banyak kerosakkan . Tapi yang bestnya pula WIFI nya laju serta breakfastnya sedap .
Selepas breakfast kami diperkenalkan dengan Pak Yudi oleh Pak Erul , boss pakej yg kami ambik . Orangnya masih muda dan juga peramah . Ingatkan kami perlu kekantornya untuk selesai bayaran pakej tetapi beliau terlebih dahulu mengambil inisiatif bertemu kami di hotel . Satu tindakan yg dipuji untuk tarik pelanggan . Beliau menyatakan bizness beliau agak baik dikalangan warga Malaysia setelah promosi meluas dari blogger Kak Izzu dan Insyaallah melalui blog ini , saya cuba promosi juga Pak Yudi berdasarkan pengalaman saya . For info setakat ini Pak Yudi sudah mempunyai 2 kantor , satu berdekatan dgn airport dan satu lagi di Medan . Beliau juga menjual pakej simkad dengan harga yg menarik .
Selepas selesai berurusan dengan Pak Yudi , kami pun terus berangkat ke van untuk terus ke Lake Toba . Beliau sempat memberi pesanan kepada supirnya agak melayan kami dengan baik . Terima kasih !
Dewan makan Hotel Madani . Ramai tourist dari Malaysia |
Pemandangan masjid dari hotel |
bersama Pak Yudi |
Day 2 :
Pagi bertolak ke Lake Toba ( 5 jam perjalanan ). Dipertengahan perjalanan saya membeli simkad untuk data sahaja , harga dlm Rp40 ribu untuk 2 GB ... tetapi saya syorkan better beli 6GB jika kita berada disana dlm 3/4 hari bagi mereka yg travel dgn family , sharing data guna "hotspot" macam saya . Apabila sampai didaerah Simalungan , kami singgah dikedai bernama Paten untuk membeli barangan yg diperbuat dari dari kacang . Nama nama makanan disini agak unik .. tenteng , tingting , tangtang , tungtung . Pak Erul bagitau namanya sempena bunyi yg dikeluarkan apabila kita makan kacang tersebut ... ha .. ha .. ha
Kedai yang hasil products dari kacang |
Selepas itu kami bergerak lagi dan apabila sampai didaerah Pematangsiantar , kami berhenti untuk lunch di Panorama nasi padang serta mengerjakan solat Jamak & Qasar disurau berhampiran . Masakannya agak enak . Kami makan sehingga lauknya habis . Walaupun matahari disitu agak cerah tetapi suhu nya agak dingin menyebabkan tidak terasa panas . Selesai menunaikan kewajiban , kami terus bergrak lagi kali ini terus menuju ke Parapat ( Lake Toba ) .
Nasi padang .. enak rasanya |
Keadaan jalan kesana bersimpang siul seperti di Cameron Highlands . Pemandu disana agak ganas , boleh over take dimana mana termasuk selekoh ... agak ngeri juga mengalami dan melihatnya... tetapi Pak Erul , nampaknya memandu agak berhemah dimana dia selalu memberi ruang kepada pemandu yg tidak sabar sabar .
Sampai di Parapat dalam pukul 4 petang . Petang ini hari hujan serta suhu agak dingin . Pemandangan Lake Toba yg luas terbentang amat memukaukan . Indah sungguh kejadian Allah SWT . Kami terus menaiki boat untuk kepulau Samosir . Berbagai ragam didalam boat . Boat ini terdiri dari 2 tingkat . Ada tandas , Ada aktiviti menjual, nyanyian dari anak pengamin serta ada orang yg selamba jer merokok . Sepanjang perjalanan kesana , kami teruja mengambil gambar lake Toba , sungguh indah disamping airnya yang tenang lagi jernih . Untuk pengetahuan kami duduk ditingkat atas .
Dipulau Samosir , penduduknya terdiri dari kaum batak yg kebanyakkannya beragama Kristian . Sesampai disana kami terus berjalan ketempat tumpuan pelancung iaitu Desa Tomok , melalui deretan kedai kedai yg menjual kain , baju serta cenderahati . Kami mengambil foto disana sebagai kenangan serta mencuba pakaian tradisi batak .
Boat menuju pulau Samosir |
Tasik yg indah dan tenang |
Deretan gerai jualan pakaian dan cenderahati |
Desa Wisata Tomok |
Bersama Pak Erul |
traditional dress |
Selesai berfoto bagai , kami terus kesalah satu deretan kedai disana ( direkomen oleh pak supir ) . Mulanya kami bertanya harga pada pekedai harga pakaian/kain yg kami minat . Hairan , beliau agak keberatan nak bagitau , katanya pilih ajer nanti dia bagai diskaun . Saya memilih 2 kain sarung dan isteri memilih 3 kain dan 1 baju ... harga yg disebut agak mengejutkan iaitu dlm Rp1.95 juta ( RM560 untuk 6 barangan ) . Saya terasa harganya amat mahal .... lebih mahal dari harga di Malaysia !! . Saya dan isteri "argued" serta minta lebih diskaun dan akhirnya kami rela dalam paksa membayar Rp1.55 juta ( RM 450 ) ... sebabnya kami dah tersuka pilihan kami ! So , guys please make sure you know the price and asked for discount before you move further , since if you have fall in love it is really hard for you to let it go !! . Satu pengajaran buat kami .
Kami mengambil boat terakhir ke Parapat dlm jam 6 petang . Agak ramai penumpang ketika ini . Sesampainya disana , kami terus menaiki van kami dan terus menuju ke hotel Paltra Comfort untuk bermalam . Diperjalanan kami membeli buah mangga untuk dimakan dihotel .
Kami tiba dihotel , hari dah gelap . Sebelum masuk bilik , kami makan malam terlebih dahulu . Terdapat ramai tourist dari Malaysia yg sedang dinner bersama kami . Sesudah itu , kami pun terus masuk bilik masing masing untuk mendirikan solat serta membersih diri .
Bilik kami ditingkat bawah . Bilik agak besar berserta dengan katil yg empuk . Yang menarik hotel ini ada informasi mengenai kejadiaan mengenai Lake Toba serta pulau Samosir . Wifi internetnya agak laju . Watching movie sekejap , selepas itu kami tidur dengan keletihan .....
Patra Comfort hotel |
Informasi yang menarik |
Bilik kami |
Day 3 :
Hari ini merupakan hari ketiga kami Indonesia . Bangkit awal jam 5 pagi untuk solat serta mengemas beg untuk perjalanan seterusnya ke Brastagi . Terlebih dahulu kami mengambil breakfast dihotel . Pemandangan sunrise serta hening pagi di Lake Toba amat memukau . Kedinginan pagi terasa ke tulang . Yang menarik , dewan makan hotel ini menghadap hala ke Lake Toba jadi kami mengambil breakfast sambil menikmati keindahan alam tersebut . Selepas breakfast , kami menghabiskan masa lebih kurang sejam berselfie serta family foto dipersekitaran hotel .. Kebanyakkan foto family diambil oleh Pak Erul . Thanks
Bapak bapak masih ngantuk yer |
Apabila semuanya dah ready , kami terus check out . Bila menghampiri van wisata , kami lihat Pak Erul tidak keruan . Bila ditanya , kami dikabarkan berita dukacita yang aircond van bermasalah . Jadi ianya tidak menghasilkan suhu sejuk . Bimbang dimarahi kami dan Pak Yudi , katanya . Kami bagi akuan yang kami redha dengan perkara yg dah berlaku , ketentuan dari ilahi , so jangan bimbang be cool . Beliau ada bagi suggestion samada repair aircond ( mungkin memakan masa dari segi troubleshooting & parts replacement ) atau teruskan perjalanan ke Brastagi , ikut jadual without waste so much time . Memikirkan cuaca agak dingin dan sejuk , kami buat decision untuk meneruskan perjalanan kesana . Alhamdulillah , keputusan kami tepat kerana sepanjang perjalanan memang suhu sejuk jadi sebagai penumpang kami masih selesa tanpa aircond .........
Perjalanan ke Brastagi mengambil masa dalam 3 jam 40 min . Sebenarnya suhu di Brastagi adalah lebih sejuk dibandingkan dgn di Parapat , ini disebabkan kedudukannya lagi tinggi . Pak Erul bagitau kami akan berhenti dibeberapa tempat yg menarik untuk bergambar ( selfie platform ), membeli kopi dan makan pisang goreng yg enak . Untuk bergambar/selfie ada sedikit bayaran dikenakan antara Rp2ribu - Rp15ribu bergantung kepada keadaan tempat selfie tersebut , ianya termasuk mereka mengambil gambar kita dan save didalam phone memory card . Amat berbaloi untuk dicuba especially anak anak muda sebagai kenangan sharing dalam instagram or facebook masing masing .
Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik kerana setiap masa kita dapat lihat Lake Toba . Keadaan jalan agak buruk , banyak lopak serta ada kesan tanah runtuh serta banyak pokok tumbang . Agak bahaya bila memandu waktu malam . Disamping itu kelihatan banyak gereja disepanjang perjalanan , juga kelihatan banyak gerai yang menjual B1 ( khinzir ) dan B2 ( anjing ) . Rupanya B1 dan B2 merupakan makanan kesukaan disini .
Selain daripada itu terdapat banyak tanaman sayuran , kopi , jagung dan buah buahan ditanam oleh petani disini . Sepanjang jalan juga kelihatan banyak buah jeruk ( limau ) dijual .... tapi kami tidak membelinya jadi no comment pasal kemanisan buahnya ..
Simalungun ... Panorama Selfie |
Simarjarunjung Hill |
Order kopi panas , pisang goreng dan ubi goreng disini ..... rasanya crispy & enak |
Setelah hampir 1 jam perjalanan iaitu hampir dipenghujung Lake Toba , kami singgah dikawasan air terjun Si Piso Piso . Ketika kami tiba , hari mulai hujan tetapi Alhamdulillah kami sempat berfoto . Kami mengambil peluang membeli T shirt disitu sebagai kenangan . Apabila van berjalan keluar dari kawasan Si Piso Piso , satu lagi dugaan mendatang , tayar dihadapan bocor . Ketika itu waktu hujan tapi nasib baik ada pondok berteduh untuk keluarga sambil Pak Erul bertungkus lumus menukar tayar . Saya dan anak anak teruna membantu apa yang perlu . Walaupun banyak dugaan mendatang tetapi kami masih bersyukur yang kami tetap selamat . Kami lihat semangat Pak Erul menjaga kami dengan baik serta menyelesai masalah dengan tenang dan cepat , menjadikan Pak Erul merupakan supir terbaik yg pernah kami kenal . Kata orang perangai sebenar akan terburai bila ada musibah diuji .... Terima kasih Pak Erul !
kesejukkan hujan mulai turun |
Si Piso Piso ... 30 min jika ingin turun kesana |
Alhamdulillah , selepas tayar ditukar , perjalanan kami ke Brastagi terus lancar ...
Di Brastagi , kami lunch masakan Melayu/Indo di Panorama restoren . Rasa masakannya menepati selera kami. Disini kami juga terus menunaikan solat Zuhur/Asar . Selesai makan kami terus ketempat wisata Karo menghadap gunung Sinabung , anak anak gembira dapat peluang naik kuda ( Rp40 ribu/pax ) .
Brastagi town |
Gunung Sinabung dibelakang |
Selepas itu kami kepasar Brastagi untuk membeli buah salak , pisang dan avocado . Cuba juga bertanya harga pakaian disitu daripada peniaga disana , nampaknya harga disitu agak murah compared to gerai di Samosir dan Si Piso Piso . Disini juga kelihatan ramai pelancung asing selain daripada orang Malaysia .
Buah buahan dipasar ... manis rasanya |
Seterusnya kami pergi check in di hotel Green Garden , Brastagi . Hotel ini nampak menarik . Bilik agak besar dan selesa . Terdapat kolam renang yg besar ditengah tengah ruang hotel . Yang tak menariknya WiFi hanya diruang lobi .... tetapi agak malang signalnya very poor !
Untuk dinner , kami keluar kerestauran Cindelaras . Ianya terletak agak hampir dengan hotel hanya beberapa min dengan mobil . Terdapat ramai pelanggan pada malam itu . Rasa masakan disini juga enak cuma agak pedas .
Lagi satu dugaan , pada malam itu banyak kejadian "blackout" termasuk di hotel dan di restauran ini . Rasanya malam itu mereka menggunakan "generator set" untuk menyalakan lampu . Tak tahu mengapa .......
Sekembali kami dihotel , kami terus masuk tidur . Untuk info , dibilik tiada aircond tetapi suhu disini sudah sejuk dan dingin jadi tiada keperluan aircond .. Good nite !
Day 4 :
Hari ini merupakan hari terakhir kami diKepulauan Sumatra . Kami bertolak keMedan seawal pukul 6 pagi . Jadi breakfast kami ditapau oleh pehak hotel . Semuanya diuruskan oleh Pak Erul . Perjalanan kami nanti akan mengambil masa 1 jam 30 min . Dari Medan keairport pula akan mengambil masa 45 min lagi . Oleh sebab kekangan masa , Pak Erul syorkan last min shopping dikedai kenalannya pada pukul 8 pagi . Juga kami order kek Rika bika Ambon dan Rika lapis Legit ( Rp90 /pax ) yg dihantar khas dikedai tersebut .
Sesampai dikedai tersebut diMedan , kami terus membeli kain batik , kain pelikat serta baju batik dengan harga Rp2.9 juta semuanya . Harga agak berbaloi dengan jumlah kuantiti barang yg kami beli agak banyak compared to shopping diSamosir tempuh hari . Disini juga kami makan breakfast yg ditapau dari hotel . Selepas itu kami terus bergerak ke airport . Pak Erul ada tunjukkan kantor Pak Yudi yg berhampiran dgn airport semasa melepasinya . Sedikit perihal Pak Erul , tidak silap beliau mempunyai 3 orang anak dan isterinya berkerja di Sungai Buloh , Malaysia . Berasal dari luar Medan tetapi mencari rezeki disini sebagai pemandu pelancong .
Alhamdulillah kami tiba diKualanamu Airport dalam pukul 10 pagi . Masih awal , departure time kami pukul 12:02 tengah hari . Kami luangkan masa lepak dan minum kopi diboarding hall. Dan akhirnya kami landed diKLIA2 dalam pukul 2 petang ( waktu Malaysia ) dengan selamat . Welcome back to Malaysia .
Foto kenangan bersama Pak Erul |
Coffee Latte , Green tea and apple cake |
>>>>>> BYE BYE BYE BYE
OUR JOURNEY : MEDAN - TEBING TINGGI- PEMATANGSIANTAR- PARAPAT- BRASTAGI -MEDAN |
Kesimpulan / tips :
1. Apabila penerbangan melalui KLIA2 , please make sure min. 1 hour sebelum boarding time , kita dah berada diboarding hall disebabkan perjalanan ke boarding gate agak jauh seperti kami diQ17 ... bimbang terlepas flight .
2. Waktu penerbangan terbaik ke Medan adalah awal pagi since perjalanan ketempat wisata terutamanya Lake Toba agak jauh . contohnya seperti kami , pada awalnya flight kami 10 pagi tetapi disebabkan kelewatan sampai keboarding gate , kami terpaksa berlepas waktu malam dan terpaksa bermalam diMedan , jadi ada aktiviti wisata kami yang terpaksa skip atau singkatkan masa ... manusia merancang tetapi Allah SWT menentukan .
3. Berhati hati apabila membeli diSamosir / Pulau Tomok , jurujual mereka banyak helah .
4. Registered Celcom roaming diMalaysia tetapi agak malang tidak dapat diguna disini . Elok beli simkad data diMedan . Ianya agak murah dan mendapat liputan yang baik termasuk di Lake Toba dan Brastagi .
5. Mengenai travel ejen kami ,( FB : PAKEJ MEDAN LAKE TOBA ), Pak Yudi dan supirnya Pak Erul : layanan amat baik , peramah , menepati masa , ringan tulang serta memberi bantuan dengan baik apabila ada keperluan serta persoalan sejak dari Malaysia sehinggalah bila tiba diMedan . Juga , Terima kasih atas diskaun yg diberi . Cuma perlu upgrade lagi dari segi maintenance mobilnya agar tiada masalah yang akan berbangkit diperjalanan . Minta maaf kalau ada kesilapan atau terkasar bahasa . Insyaallah ada rezeki , ketemu lagi !