Hi , selamat pagi semua . Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang .
Kita masih didalam waktu PKP dek kerana penangan penyakit Covid 19 . Bagaimanapun kita harus redha dengan ketentuan Nya , sebenarnya banyak hikmat yg dapat daripada keadaan kita yg dihadapi jika kita lihat kearah positif ! Antaranya ikatan persaudaraan antara ibu, bapa serta anak anak bertambah utuh , juga banyak aktiviti dapat dijalankan seperti sembahyang berjemaah , ngaji Al Quran bersama , belajar memasak , mengemas rumah dan bersenam ringkas " tabata " melalui you tube .
Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman merasai makanan di kedai " Kakilima Kemaman " . Untuk rekod , pengalaman ini dalam bulan 2 lepas , sebelum perintah PKP dan Covid 19 dinaik taraf menjadi pandemik .
Sebenarnya kami terasa "missed " kat restoren yg pernah menjadi pilihan kami di Kemaman ni . Banyak lagi restoren yg kami suka , tapi hari ini kami ingin mengetengahkan restoren ini .
Nama restoren ini agak unit , " Kakilima " , ianya juga bermaksud laluan jalanan atau koridor . Rasanya ianya merupakan branch yg ke 2 selepas restoren di Dungun .
Menu yg disediakan adalah masakan western dan local . Maaf , lupa nak ambil foto menu . Hiasan didalamnya agak menarik serta selesa dimana kawasan dining terbahagi kpd dua bahagian , sebelah luar open air , manakala didalam pula ada Aircond . Harga agak berpatutan dan terdapat pilihan untuk rasai steak premium tetapi masih murah jika dibandingkan dengan premium steak di restoren " Menate " di Shah Alam ....
Rasa masakan boleh bagi lima bintang dari lima , sedap . Sebagai pengemar kopi latte , rasanya juga sedap dengan bau aromanya yg harum ...
Insyaallah , kami akan kesini lagi ... bila ??? ... Insyaallah , selepas PKPB , bila keadaan betul betul selamat dan strictly mengikut SOP yg diberikan oleh kerajaan Malaysia !
Improvement !
1. Perlu ada front people mengucapkan "Selamat Datang" dan "Terima kasih" , untuk mengikat hati pelanggan .
2. Perlu ada menu disediakan "dimeja " serta "kertas order" untuk ditulis oleh pelanggan bagi pilihan order , since restoren ini mengamalkan take order di kaunter .
3. Dari segi susunan kedai , kebersihan dan food presentation , amat bagus !
Sama samalah kita doakan kita selamat dari penyakit Covid 19 ! Aamiin
>>>>>>>>>>>>> Sekian . Sehingga ketemu lagi !
No comments:
Post a Comment