Tuesday, 25 December 2018

Percutian yang mencabar di Medan 4D3N

Salam semua , bertemu lagi !

Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman kami bercuti di Medan baru baru ini . Percutian ini agak menarik kerana ianya merupakan first time kami menempuh pelbagai dugaan bermula dengan tidak dibenarkan menaiki pesawat , pertukaran pesawat dan dugaan di Medan ....... tapi Alhamdulillah semuanya kami hadapi dengan sabar dan tenang ... redha dengan Qada dan Qadar nya ... yang penting kami sekeluarga selamat !

Pakej kami merupakan percutian 4D3N . Seperti yg saya share dipost sebelum ini . Pertukaran flight kami terbaru adalah pukul 11;10 malam , tetapi telah ditunda kepada pukul 11:50 malam . Kali ini pukul 8 malam , kami dah berada di KLIA2 . Terus check in dan berada di boarding hall pada pukul 9 malam . Disana kami singgah dikedai Chicken rice shop untuk dinner . Selesai kami terus ke boarding gate . Rasanya flight malam itu terlewat , takeoff dalam pukul 12:20 malam . Juruterbang AirAsia berulang kali memohon maaf diatas kelewatan tersebut ....   dalam hati terasa juga , jika kami lewat , kami tak dibenarkan menaiki pesawat , terpaksa keluar duit untuk tukar pesawat  ....  kalau pesawat takeoff lewat , kami terpaksa terima , no monetary claim  before 6 hours delay ! ( Insuran Policy )



wazaruha



wazaruha
International Departure


wazaruha
Boarding Hall

wazaruha
Dinner @ Chicken Rice Shop

wazaruha
AirAsia



Alhamdulillah , kami tiba di Kualanamu International Airport selepas terbang dalam masa 45 min . Tiada lagi "disembark form" yg perlu kami isi , cuma ketua keluarga perlu isi "monetary declaration" form sahaja . Airport ini design nya lebih kurang KLIA jer  tetapi ianya lebih kecil . Di arrival hall , kelihatan nama saya dipegang oleh seorang jejaka . Kami terus menerpa kearahnya dan terus berkenalan . Nama nya ialah Pak Erul dan beliau merupakan supir kepada Pak Yudi , travel agen Pakej Medan Lake Toba . Orangnya agak peramah dan berasal luar dari Medan . Katanya kebanyakkan penduduk yg tinggal di Medan adalah terdiri dari pendatang yg asalnya berhijrah dari Jawa , Tanjung Balai dan sekitarnya . Semuanya datang ke Medan untuk cari rezeki . Untuk schedule kami yg terbaru , malam ini kami akan bermalam di Medan iaitu hotel Madani yg mana perjalanan lebih kurang 45 min dari airport .


wazaruha
Welcome @ Kualanamu International Airport

wazaruha

wazaruha
Hello Kitty ...  van wisata yg menarik luarannya !




Berikut adalah pengalaman percutian kami  selama 4D3N di Medan  :

Day 1 :
Perjalanan kami mengambil masa kira kira 45 min dari Airport ke Medan ( Hotel ) . Kami akan bermalam di hotel Madani . Hotel ini merupakan hotel bertaraf syariah sepenuhnya . Terletak ditengah bandar berhampiran dengan masjid Raya Medan . Biliknya agak besar tetapi kelihatan agak lama . Begitu juga bilik airnya , terdapat banyak kerosakkan . Tapi yang bestnya pula WIFI nya laju serta breakfastnya sedap .
Selepas breakfast kami diperkenalkan dengan  Pak Yudi oleh Pak Erul , boss pakej yg kami ambik .  Orangnya masih muda dan juga peramah . Ingatkan kami perlu kekantornya untuk selesai bayaran pakej tetapi beliau terlebih dahulu mengambil inisiatif bertemu kami di hotel . Satu tindakan yg dipuji untuk tarik pelanggan . Beliau menyatakan bizness beliau agak baik dikalangan warga Malaysia setelah promosi meluas dari blogger Kak Izzu  dan Insyaallah melalui blog ini , saya cuba promosi juga Pak Yudi berdasarkan pengalaman saya  . For info setakat ini Pak Yudi sudah mempunyai 2 kantor , satu berdekatan dgn airport dan satu lagi di Medan . Beliau juga menjual pakej simkad dengan harga yg menarik .
Selepas selesai berurusan dengan Pak Yudi , kami pun terus berangkat ke van untuk terus ke Lake Toba . Beliau sempat memberi pesanan kepada supirnya agak melayan kami dengan baik . Terima kasih !





wazaruha
Dewan makan Hotel Madani . Ramai tourist dari Malaysia

wazaruha
Pemandangan masjid dari hotel


wazaruha
bersama Pak Yudi 


Day 2 :
Pagi bertolak ke Lake Toba ( 5 jam perjalanan ). Dipertengahan perjalanan saya membeli simkad untuk data sahaja , harga dlm Rp40 ribu untuk 2 GB ... tetapi saya syorkan better beli 6GB jika kita berada disana dlm 3/4 hari bagi mereka yg travel dgn family , sharing data guna "hotspot" macam saya . Apabila sampai didaerah Simalungan , kami singgah  dikedai bernama  Paten  untuk membeli barangan yg diperbuat dari dari kacang . Nama nama makanan disini agak unik .. tenteng , tingting , tangtang , tungtung . Pak Erul bagitau namanya sempena bunyi yg dikeluarkan apabila kita makan kacang tersebut ...  ha .. ha .. ha


wazaruha
Kedai yang hasil products dari kacang


Selepas itu kami bergerak lagi dan apabila sampai didaerah Pematangsiantar , kami berhenti untuk lunch di Panorama nasi padang  serta mengerjakan solat Jamak & Qasar disurau berhampiran . Masakannya agak enak . Kami makan sehingga lauknya habis . Walaupun matahari disitu agak cerah tetapi suhu nya agak dingin menyebabkan tidak terasa panas . Selesai menunaikan kewajiban , kami terus bergrak lagi kali ini terus menuju ke Parapat ( Lake Toba ) .

wazaruha
Nasi padang ..  enak rasanya


Keadaan jalan kesana bersimpang siul seperti di Cameron Highlands . Pemandu disana agak ganas , boleh over take dimana mana termasuk selekoh ...  agak ngeri juga mengalami dan melihatnya...  tetapi Pak Erul , nampaknya memandu agak berhemah dimana dia selalu memberi ruang kepada pemandu yg tidak sabar sabar .
Sampai di Parapat dalam pukul 4 petang . Petang ini hari hujan serta suhu agak dingin . Pemandangan Lake Toba yg luas terbentang amat memukaukan . Indah sungguh kejadian Allah SWT . Kami terus menaiki boat untuk kepulau Samosir . Berbagai ragam didalam boat . Boat ini terdiri dari 2 tingkat . Ada tandas , Ada aktiviti menjual, nyanyian dari anak pengamin serta ada orang yg  selamba jer merokok . Sepanjang perjalanan kesana , kami teruja mengambil gambar lake Toba , sungguh indah disamping airnya yang tenang lagi jernih . Untuk pengetahuan kami duduk ditingkat atas .
Dipulau Samosir , penduduknya terdiri dari kaum batak yg kebanyakkannya beragama Kristian . Sesampai disana kami terus berjalan ketempat tumpuan pelancung iaitu Desa Tomok , melalui deretan kedai kedai yg menjual kain , baju serta cenderahati . Kami mengambil foto disana sebagai kenangan serta mencuba pakaian tradisi batak .

wazaruha
Boat menuju pulau Samosir

wazaruha
Tasik yg indah dan tenang

wazaruha
Deretan gerai jualan pakaian dan cenderahati


wazaruha
Desa Wisata Tomok 

wazaruha



wazaruha
Bersama Pak Erul

wazaruha
traditional dress


Selesai berfoto bagai , kami terus kesalah satu deretan kedai disana ( direkomen oleh pak supir ) . Mulanya kami bertanya harga pada pekedai harga pakaian/kain yg kami minat . Hairan , beliau agak keberatan nak bagitau , katanya pilih ajer nanti dia bagai diskaun . Saya memilih 2 kain sarung dan isteri memilih 3 kain dan 1 baju ... harga yg disebut agak mengejutkan iaitu dlm Rp1.95 juta  ( RM560  untuk 6 barangan ) . Saya terasa harganya amat mahal ....  lebih mahal dari harga di Malaysia !! . Saya dan isteri "argued" serta minta lebih diskaun dan akhirnya kami rela dalam paksa membayar Rp1.55 juta ( RM 450 ) ...  sebabnya kami dah tersuka pilihan kami ! So , guys please make sure you know the price and asked for discount before you move further , since if you have fall in love it is really hard for you to let it go !! . Satu pengajaran buat kami .
Kami mengambil boat terakhir ke Parapat dlm jam 6 petang . Agak ramai penumpang ketika ini . Sesampainya disana , kami terus menaiki van kami dan terus menuju ke hotel Paltra Comfort untuk bermalam . Diperjalanan kami membeli buah mangga untuk dimakan dihotel .
Kami tiba dihotel , hari dah gelap . Sebelum masuk bilik , kami makan malam terlebih dahulu . Terdapat ramai tourist dari Malaysia yg sedang dinner bersama kami . Sesudah itu , kami pun terus masuk bilik masing masing untuk mendirikan solat serta membersih diri .
Bilik kami ditingkat bawah . Bilik agak besar berserta dengan katil yg empuk  . Yang menarik hotel ini ada informasi mengenai kejadiaan mengenai Lake Toba serta pulau Samosir . Wifi internetnya agak laju . Watching movie sekejap , selepas itu kami tidur dengan keletihan  .....


wazaruha
Patra Comfort hotel


wazaruha
Informasi yang menarik


wazaruha
Bilik kami


         

Day 3  :
Hari ini merupakan hari ketiga kami Indonesia  . Bangkit awal jam 5 pagi untuk solat serta mengemas beg untuk perjalanan seterusnya ke Brastagi . Terlebih dahulu kami mengambil breakfast dihotel . Pemandangan sunrise serta hening pagi di Lake Toba amat memukau . Kedinginan pagi terasa ke tulang . Yang menarik , dewan makan hotel ini menghadap hala ke  Lake Toba jadi kami mengambil breakfast sambil menikmati keindahan alam tersebut . Selepas breakfast , kami menghabiskan masa lebih kurang sejam berselfie serta family foto dipersekitaran hotel .. Kebanyakkan foto family diambil oleh Pak Erul . Thanks


wazaruha

wazaruha
Bapak bapak masih ngantuk yer   


wazaruha


Apabila semuanya dah ready , kami terus check out  . Bila menghampiri van wisata , kami lihat Pak Erul tidak keruan . Bila ditanya , kami dikabarkan berita dukacita yang aircond van bermasalah . Jadi ianya tidak menghasilkan suhu sejuk . Bimbang dimarahi kami dan Pak Yudi , katanya . Kami bagi akuan yang kami redha dengan perkara yg dah berlaku , ketentuan dari ilahi , so jangan bimbang be cool . Beliau ada bagi suggestion samada repair aircond ( mungkin memakan masa dari segi troubleshooting & parts replacement ) atau teruskan perjalanan ke Brastagi , ikut jadual without waste so much time  . Memikirkan cuaca agak dingin dan sejuk , kami buat decision untuk meneruskan perjalanan kesana . Alhamdulillah , keputusan kami tepat kerana sepanjang perjalanan memang suhu sejuk jadi sebagai penumpang kami masih selesa tanpa aircond .........
Perjalanan ke Brastagi  mengambil masa dalam 3 jam 40 min . Sebenarnya suhu di Brastagi adalah lebih sejuk dibandingkan dgn di Parapat , ini disebabkan kedudukannya lagi tinggi . Pak Erul bagitau kami akan berhenti dibeberapa tempat yg menarik untuk bergambar ( selfie platform ), membeli kopi dan  makan pisang goreng yg enak . Untuk bergambar/selfie ada sedikit bayaran dikenakan antara Rp2ribu - Rp15ribu bergantung kepada keadaan tempat selfie tersebut , ianya termasuk mereka mengambil gambar kita dan save didalam phone memory card . Amat berbaloi untuk dicuba especially anak anak muda sebagai kenangan sharing dalam instagram or facebook masing masing .
Pemandangan sepanjang perjalanan agak menarik kerana setiap masa kita dapat lihat Lake Toba . Keadaan jalan agak buruk , banyak lopak serta ada kesan tanah runtuh serta banyak pokok tumbang . Agak bahaya bila memandu waktu malam . Disamping itu kelihatan banyak gereja disepanjang perjalanan , juga kelihatan banyak gerai yang menjual B1 ( khinzir ) dan B2 ( anjing ) . Rupanya B1 dan B2 merupakan makanan kesukaan disini .
Selain daripada itu terdapat banyak tanaman sayuran , kopi , jagung  dan buah buahan ditanam oleh petani disini . Sepanjang jalan juga kelihatan banyak buah jeruk ( limau ) dijual ....  tapi kami tidak membelinya jadi no comment pasal kemanisan buahnya ..

wazaruha
Simalungun ...   Panorama Selfie


wazaruha
Simarjarunjung Hill


wazaruha
Order kopi panas , pisang goreng dan ubi goreng disini  .....  rasanya crispy & enak

wazaruha

wazaruha

wazaruha




Setelah hampir 1 jam  perjalanan iaitu hampir dipenghujung Lake Toba , kami singgah dikawasan air terjun Si Piso Piso . Ketika kami tiba , hari mulai hujan tetapi Alhamdulillah kami sempat berfoto . Kami mengambil peluang membeli T shirt disitu sebagai kenangan . Apabila van berjalan keluar dari kawasan Si Piso Piso , satu lagi dugaan mendatang , tayar dihadapan bocor . Ketika itu waktu hujan tapi nasib baik ada pondok berteduh untuk keluarga sambil Pak Erul bertungkus lumus menukar tayar . Saya dan anak anak teruna membantu apa yang perlu . Walaupun banyak dugaan mendatang tetapi kami masih bersyukur yang kami tetap selamat . Kami lihat semangat Pak Erul menjaga kami dengan baik serta menyelesai masalah dengan tenang dan cepat , menjadikan Pak Erul merupakan supir terbaik yg pernah kami kenal . Kata orang perangai sebenar akan terburai bila ada musibah diuji .... Terima kasih Pak Erul !




wazaruha
kesejukkan hujan mulai turun


wazaruha
Si Piso Piso ...  30 min jika ingin turun kesana


Alhamdulillah , selepas tayar ditukar , perjalanan kami ke Brastagi terus lancar ...
Di Brastagi , kami lunch masakan Melayu/Indo di Panorama restoren . Rasa masakannya menepati selera kami. Disini kami juga terus menunaikan solat Zuhur/Asar . Selesai makan  kami  terus ketempat wisata Karo  menghadap gunung Sinabung , anak anak gembira dapat peluang naik kuda ( Rp40 ribu/pax ) .



wazaruha

wazaruha
Brastagi town 



wazaruha
Gunung Sinabung dibelakang 




wazaruha

wazaruha

wazaruha




Selepas itu kami kepasar Brastagi untuk membeli buah salak , pisang dan avocado . Cuba juga bertanya harga pakaian disitu daripada peniaga disana , nampaknya harga disitu agak murah compared to gerai di Samosir dan Si Piso Piso . Disini juga kelihatan ramai pelancung asing selain daripada orang Malaysia .

wazaruha
Buah buahan dipasar  ...  manis rasanya

Seterusnya kami pergi check in di hotel Green Garden , Brastagi . Hotel ini nampak menarik . Bilik agak besar dan selesa . Terdapat kolam renang yg besar ditengah tengah ruang hotel . Yang tak menariknya WiFi hanya diruang lobi ....  tetapi agak malang signalnya very poor  !




wazaruha

wazaruha

wazaruha


Untuk dinner , kami keluar kerestauran Cindelaras . Ianya terletak agak hampir dengan hotel hanya beberapa min dengan mobil . Terdapat ramai pelanggan pada malam itu . Rasa masakan disini juga enak cuma agak pedas .
Lagi satu dugaan , pada malam itu banyak kejadian "blackout" termasuk di hotel dan di restauran ini . Rasanya malam itu mereka menggunakan "generator set" untuk menyalakan lampu . Tak tahu mengapa .......
Sekembali kami dihotel , kami terus masuk tidur . Untuk info , dibilik tiada aircond tetapi suhu disini sudah sejuk dan dingin jadi tiada keperluan aircond .. Good nite !


 

Day 4  :
Hari ini merupakan hari terakhir kami diKepulauan Sumatra . Kami bertolak keMedan seawal pukul 6 pagi . Jadi breakfast kami ditapau oleh pehak hotel . Semuanya diuruskan oleh Pak Erul . Perjalanan kami nanti akan mengambil masa 1 jam 30 min . Dari Medan keairport pula akan mengambil masa 45 min lagi . Oleh sebab kekangan masa  , Pak Erul syorkan last min shopping dikedai kenalannya pada pukul 8 pagi . Juga kami order kek Rika bika Ambon dan Rika lapis Legit ( Rp90 /pax ) yg dihantar khas dikedai tersebut .
Sesampai dikedai tersebut diMedan , kami terus membeli kain batik , kain pelikat serta baju batik dengan harga Rp2.9 juta semuanya . Harga agak berbaloi dengan jumlah kuantiti barang yg kami beli agak banyak compared to shopping diSamosir tempuh hari . Disini juga kami makan breakfast yg ditapau dari hotel . Selepas itu kami terus bergerak ke airport . Pak Erul ada tunjukkan kantor Pak Yudi yg berhampiran dgn airport semasa melepasinya . Sedikit perihal Pak Erul , tidak silap beliau mempunyai 3 orang anak dan isterinya berkerja di Sungai Buloh , Malaysia . Berasal dari luar Medan tetapi mencari rezeki disini sebagai pemandu pelancong .
Alhamdulillah kami tiba diKualanamu Airport dalam pukul 10 pagi . Masih awal , departure time kami pukul 12:02 tengah hari . Kami luangkan masa lepak dan minum kopi diboarding hall. Dan akhirnya kami landed diKLIA2 dalam pukul 2 petang ( waktu Malaysia )  dengan selamat . Welcome back to Malaysia .

wazaruha

wazaruha
Foto kenangan bersama Pak Erul


wazaruha
Coffee Latte , Green tea and apple cake

wazaruha

>>>>>>        BYE BYE BYE BYE


wazaruha
OUR JOURNEY : MEDAN - TEBING TINGGI- PEMATANGSIANTAR- PARAPAT- BRASTAGI -MEDAN



Kesimpulan / tips  :
1. Apabila penerbangan melalui KLIA2 , please make sure min. 1 hour  sebelum boarding time ,  kita dah  berada diboarding hall disebabkan perjalanan ke boarding gate agak jauh seperti kami diQ17 ... bimbang terlepas flight .
2. Waktu penerbangan terbaik ke Medan adalah awal pagi since perjalanan ketempat wisata terutamanya Lake Toba agak jauh . contohnya seperti  kami , pada awalnya flight kami 10 pagi tetapi disebabkan kelewatan sampai keboarding gate , kami terpaksa berlepas waktu malam dan terpaksa bermalam diMedan , jadi ada aktiviti wisata kami yang terpaksa skip atau singkatkan  masa ... manusia merancang tetapi Allah SWT menentukan .
3. Berhati hati apabila membeli diSamosir / Pulau Tomok , jurujual mereka banyak helah .
4. Registered Celcom roaming diMalaysia tetapi agak malang tidak dapat diguna disini . Elok beli simkad data diMedan . Ianya agak murah dan mendapat liputan yang baik termasuk di Lake Toba dan Brastagi .
5. Mengenai travel ejen kami ,( FB :  PAKEJ MEDAN LAKE TOBA ), Pak Yudi dan supirnya Pak Erul :   layanan  amat baik , peramah , menepati masa , ringan tulang serta memberi bantuan dengan baik apabila ada keperluan serta persoalan sejak dari Malaysia sehinggalah bila tiba diMedan . Juga , Terima kasih atas  diskaun yg diberi . Cuma perlu upgrade lagi dari segi maintenance mobilnya agar tiada masalah yang akan berbangkit diperjalanan .  Minta maaf kalau ada kesilapan atau terkasar bahasa . Insyaallah ada rezeki , ketemu lagi !





         
         
   
         




Thursday, 13 December 2018

Denial boarding by AirAsia

Salam semua .


wazaruha




Semua orang bila ingin pergi bercuti keluar negara dengan menaiki pesawat impikan semuanya smooth  bermula dari check in , boarding dan seterusnya berlepas " take off " . Tetapi semuanya tidak begitu , saya percaya ada diantara kita yg mempunyai pengalaman pahit dan manis  bila menaiki pesawat . Selalunya yang "Manis" ditelan jer , habis cerita .... tetapi bila tang yang "Pahit" tu lah yang kita luahkan  , yang mana selalunya famous word ialah "miss flight"  or " denial from boarding " .  Alasannya adalah samada lambat untuk "check in"  atau  " boarding " disebabkan kelewatan tiba di boarding gate  or seribu macam  alasan  lagi .

Berikut adalah pengalaman kami dengan pesawat AirAsia . Kami sepatutnya menaiki pesawat QZ135 ETD : 10:00 pagi ke Medan . Proses check in smooth dan selesai bag drop lebih kurang pukul 8 pagi . Pada  boarding pass tertera boarding time pukul 9:20 pagi  dan gate akan ditutup dlm 9:40 ( Hanya 20 min ...  agak terkejut masa agak pendek yg diberikan  , mungkin kami tak perasan duration tersebut sebelum ini )

Selepas itu kerana masih ada masa , kami bergerak ke food court yang berhampiran untuk bersarapan . Dalam pukul 9 pagi , kami mula berjalan untuk kedewan perlepasan antarabangsa seterusnya melepasi imigresen . Ketika berjalan , salah seorang anak mengadu sakit perut untuk hajat besar . Mungkin kerana masalah sakit perut , beliau mengambil masa agak lama dimana waktu itu jam menunjukkan pukul 9:30 pagi . Dalam hati dah berdebar . Saya buat keputusan , saya , isteri serta 2 anak berjalan terus ke boarding gate  Q17 . Sementara seorang anak lagi menunggu si adik  yang masih didalam tandas . Bila berhampiran kaunter final checking , saya menunggu 2 orang anak sementara isteri bersama 2 anak terus ke boarding gate  Q17 . Menurut mereka , mereka tiba disitu dalam pukul 9:45 pagi ( 5 min lewat ) tetapi sudah tidak dibenarkan masuk . Bersama mereka terdapat 3 orang penumpang wanita  lagi dan sekeluarga suami isteri bersama anak anak yg masih kecil  , yg juga tidak dibenarkan masuk boarding . Mereka cuba merayu tetapi gagal . Saya tiba sejurus selepas itu dlm 9:50 pagi . Terpampang didepan mata pesawat AirAsia masih disitu ( parking bay ) . Tetapi saya akur dan redha dengan apa yg berlaku . Ini merupakan pengajaran yg baik untuk kami dimana first time ianya berlaku terhadap kami , sepanjang kami bercuti menaiki pesawat  untuk keluar negara serta menjadi pedoman kepada kami .

Bagaimana kami menghadapi masalah ini dan tindakan susulan :
1. Saya bertanya dengan pegawai yg bertugas apa yg perlu kami lakukan untuk selesaikan masalah serta posibility untuk tukar flight . ( Be cool and calm )
2. Terlebih dahulu beliau sarankan  agar pick up luggage di dewan arrival antarabangsa yg terletak  berhampiran dgn conveyor belt no.10 . Ada sebarang masalah boleh bertanya dgn pegawai AirAsia disana . Selepas itu  boleh terus naik ke kaunter Customer Service , 2nd floor , untuk soal pertukaran pesawat AirAsia yang lain berserta harga atau penalti yg perlu dibayar . Kalau tak sure boleh buat pertanyaan dengan pegawai bertugas ( Airasia staff , Imigresen dan Kastam )
3. Semasa didewan pick up luggage / area conveyor belt # 10 , kami terpaksa menunggu kira kira 30 min untuk bag kami sampai , ketika itu jam dalam 10:40 pagi .
3. Selesai mengambil beg , kami terus ke 2nd floor menuju ke Customer Service Counter untuk soal pertukaran flight  . Pegawai disana ada menanyakan mengapa terlepas flight ? Saya menceritakan keluarga sampai digate jam 9:45 pagi , lewat 5 min kerana anak  buang air besar tapi dah tidak dibenarkan masuk .Tetapi beliau menjelaskan mengikut report katanya dalam 9:55 pagi . Saya secara positif  berkata "Whatever is , things already happened and lets move forward to settled the issue " . Alhamdulillah dengan bantuan pegawai AirAsia Customer Service , kami dapat booking penerbangan QZ123 pada pukul 11:02 malam  dengan tambahan bayaran sebanyak RM780 .
4. Untuk pengetahuan , jarak boarding gate KLIA2 agak jauh , jadi bagi ruang masa sekurang kurangnya 30 min untuk berjalan sebelum boarding time yg tertera ditiket .
5. Untuk makan makan , saya syorkan , selepas check in terus ke boarding hall , terdapat banyak kedai disitu . Boleh bersantai disitu dan lepas makan tak perlu terkejar ke departure gate .
6. Untuk "ground package " di Medan . Saya menghubungi agent kami , Pak Yudi , dimana beliau agak simpati dengan masalah kami dan sanggup menunggu lampu hijau dari kami untuk tindakan susulan . Terima kasih kerana mendengar ! Doakan agar percutian kami nanti dipermudahkan serta selamat pergi dan kembali . Aamiin


Semoga pengalaman kami tidak dibenarkan menaiki pesawat ini menjadikan panduan serta pengajaran yang terbaik untuk kami di masa akan datang dan kami doakan agar tidak berlaku lagi !


>>>>>>>>>>>>>>>